Jawapan kepada insan yang menjadi petualang bangsa - SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak , Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Pahang terpaksa membuat kenyataan menafikan apa yang tertulis laman - laman web yang kononnya dia tidak sehaluan lagi dengan Abdullah Hj Ahmad.
Apa pun kenyataannya dengan menggunakan perkataan "dongeng" dan "karut" adalah tidak penting dalam penafiannya itu. Yang penting ialah dimana dia berucap. Dia berucap dihadapan orang kampung di sekitar kawasan Pekan yang terdiri dari Ketua-ketua Kampung. Maka dengan sendirinya Najib Tun Razak sudah memperakui kesan laman web dan blogger terhadap kerjaya sebagai orang politik sehingga terpaksa memberi ikrar macam aku janji bahawa dia setia dengan Abdullah Hj Ahmad.
KomenKu:
Sekurang-kurangnya Najib bermaruah, tidak boleh dibeli macam engkau. Dulu engkau tikam Anwar Ibrahim habis-habisan sampai tersungkur. Sekarang engkau jilat tapak kaki dia? Sebab apa? Duit? Sudahlah engkau jangan tunjuk terror la….siapa tak kenal engkau pencacai tua tak sedar diri. Pencacai upahan.
Najib Tun Razak selaku Menteri Pertahanan sudah pasti punyai Ko Risek sendiri dan mungkin maklumat dari Cawangan Khas yang mana dia juga berhak untuk mengetahuinya bahawa sudah tersebar luas kepercayaan orang bahawa terdapat masalah antara dua pemimpin ini.
Website dan blogger tidak menulis secara terperinci masalah atau konflik kedua-dua orang pemimpin ini tetapi kerana pengendali laman dan blog ini selalu berdamping dengan masyarakat, sebilangan blogger mereka berjaya memperolehi maklumat dari sumber yang boleh dipercayai khasnya sekarang dengan adanya gerakan yang akronimnya bernama GAN-Gerakan Anti Najib. Khabar ceritanya didalangi oleh menantu kesayangan Abdullah Hj Ahmad. Maka bertanyalah orang, kenapa ini tidak dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut?
KomenKu:
Apasal sibuk pasal UMNO? Suka sangat Melayu berpecah dan Melayu tak berkuasa lagi. Suka sangat engkau belai jambang Benggali Karpal atau makan sup fisball Tian Chua?
Lebih mengharukan lagi selepas ikrar taat setia dan aku janji itu Abdullah Hj Ahmad tidak membuat ulasan apa-apa terhadap kenyataan Najib Tun Razak, maka ini membolehkan orang ramai membuat tafsiran betul atau tidak bahawa kedua - dua pemimpin ini nampaknya sudah bergesel. Bagi orang politik yang melihat, ada petandanya bahawa kedua - dua mereka ini sedang berdepan dengan masalah. Ingat sewaktu Anwar Ibrahim di saat-saat akhirnya menjaja aku janji yang sedemikian rupa. Namun indikasi yang jelas mengenai keretakan perhubungan mereka ialah kesahihan faktor bahawa Abdullah Hj Ahmad tidak pernah melawat atau menghadirikan diri untuk majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan sebaliknya banyak masa diberi kepada Muhyiddin Yasin, menteri di Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Di beritakan, semenjak Najib Tun Razak digosipkan dengan isu Razak Baginda, sudah ada majlis makan malam di rumah Muhyiddin Yassin yang diaturkan oleh orang tertentu, sehingga puak ini ada yang mengatakan bahawa Najib Tun Razak akan letak jawatan sebaik balik dari lawatan ke Jepun dan Korea. Anehnya pada saat itu ada beberapa Menteri Besar menyertai yang rombongan itu dipanggil balik untuk berjumpa dengan Abdullah Hj Ahmad di Langkawi.
KomenKu:
Sudah la…pemimpin UMNO semua meluat dengan engkau, mereka cukup lega bila engkau kena buang dari UMNO. Aku difahamkan engkau selalu peras ugut pemimpin!! Tak payahla engkau nak lagakan Najib dan Muhyiddin pula. Jangan jadi jaguh melaga-lagakan orang, esok nak mati belum tentu dapat minta maaf terhadap mereka. Sekarang bila terima duit seronok , tapi kelak bila kena telan API NERAKA camana?
Apa pun kisah dua orang ini tidak perlu untuk didebatkan. Setiap mereka memang ada rasa ketakutan. Si Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk buang Timbalannya, Si Timbalan ini jika dibandingkan pengaruh akar umbi, dia melebihi si Perdana Menteri sungguhpun Si Perdana Menteri tidak menyedari bahawa yang ada didalam UMNO bukan generasinya sebaliknya Generasi Si Timbalan ini. Perkara ini tidak disedari oleh si Perdana Menteri berkemungkinan kerana dia terlampau banyak tidur. Kalau adapun generasi si Perdana Menteri, ianya sudah berpecah dua, satu yang pemimpin UMNO yang independen dan ada perjuangan ikut Tun Dr Mahathir dan satu lagi adalah pembesar UMNO yang bercita tinggi dan masih tamak mahu mengikut menyokong si Perdana Menteri.
Yang perlu didebatkan sekarang penerimaan UMNO bahawa website dan blogger sebagai satu ancaman. Lonjakan ini tidak dimulakan oleh website sebaliknya dimulakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang sesuai dipanggil Firaun Hadhari bila memecat penulis blog yang mengkritiknya dalam UMNO, walau pun sudah membuat aku janji secara bersurat akan berhenti menulis kerana sudah ditegur oleh Lembaga Disiplin. Kemudian ditambah dengan arahan macainya, menggunakan duit Syarikat ULC-Umno Link Company menyaman dua blogger. Dan akhir - akhir ini pihak PDRM memberi perhatian terhadap kes rasuah Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang berdasarkan tulisan dalam blogger. Inilah yang menyebabkan ada lonjakan terhadap populariti laman web dan blogger.
KomenKu:
Pirahhhhh……….hidup atas kesusahan orang lain. Baik TV3, ada kredibliti!!
Hari ini purata 6 juta rakyat mengunjungi internet dan jika terdapat dua juta sahaja yang membaca website dan blogger yang tidak pro kerajaan (sebenar yang tak suka Abdullah Hj Ahmad) ini sudah melebihi sasaran. Website dan Blogger terdiri juga dari mereka yang berlatar belakang ahli UMNO atau simpati terhadap UMNO dan mereka menulis bukan kerana anti UMNO atau Barisan Nasional kecuali mereka berlatar belakang sebagai ahli dan penyokong parti di luar Barisan Nasional tetapi menjurus kepada menyedarkan rakyat khas ahli UMNO yang hendak berjuang bahawa kini wujud Presiden UMNO yang boleh dikira sebagai orang yang akan membawa UMNO ke lubang kubur untuk ditanam hidup-hidup jika masih lagi mengamalkan sikap nepotism, kronis kepada sahabatnya macam Sharif Udang di Pulau Pinang, yang semua kontrak diberikan kepadanya dan kemudian di Ali Baba-kan dan juga penyakit tidurnya.
KomenKu:
Kalau tak Ali Baba….bangsa Asing nak makan apa? Harap projek swasta je? Maka rusuhan kaum akan bermula. Ali Baba ni sama-sama rasa…Cuma engkau je belum merasa…kalau dapat rasa engkau pun diam la. Macam dulu-dulu tu….sekarang Anwar pulak bela engkau!!
Kehadiran laman web dan blogger sudah memasyarakatkan rakyat dalam bandar dan juga di luar bandar. Parti Pembangkang juga tidak perlu berhempas pulas untuk memberi ceramah kerana mereka yang cerdik dan celik IT meningkat setiap hari dan masyarkat Malaysia sudah mula menerima kehidupan Internet sama seperti datangnya Televisyen ditahun 60an sebagai satu keperluan dalam kehidupan.
Sebilangan besar genarasi ketiga (yang lahir selepas penubuhan Malaysia) dan generasi keempat (yang belum layak jadi pengundi dan lahir setelah tamat DEB-1990) mempunyai kemahiran internet dan celik IT. Saluran maklumat sudah masuk ke dalam setiap rumah. UMNO mesti meyedari bahawa setiap laman web dan blogger mengetahui akan jumlah tetamu setiap hari, malah sudah ada alat mengesan dari mana sumber yang melayarnya. Dari itu UMNO sudah tidak boleh lagi berbohong atau cuba menipu seperti yang cuba hendak dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad, kerana dia perlu sedar bahawa popularitinya tidak seperti yang dia banggakan.
KomenKu:
Popular tak popular pun dia jadi PM jugak!! Engkau Pencacai tua jugak!!
Dahulunya UMNO atau Barisan Nasional boleh bermegah setiap kali Pilihanraya Umum, kerana akan menang mudah. Tetapi kali ini parti pembangkang akan menukar strategi. Dahulu setiap kali pilihanraya mereka sekadar bertanding tetapi sekarang mereka bertanding dan terus memberi tahu siapa Perdana Menterinya dan jika peringkat negeri siapa yang menjadi Menteri Besarnya. Perlu di ingat kenapa Pulau Pinang boleh ditawan Gerakan adalah kerana sebelum pilihanraya 1969 mereka sudah mencalonkan Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri menggantikan Wong Phow Nee jika menang. Maka pengundi Pulau Pinang sudah tahu siapa bakal jadi Ketua Menteri jika Gerakan menang di Pulau Pinang. Begitu juga Joseph Pairin Kitingan. Kenapa PBS menang di Sabah pada tahun 1986? Mereka menggunakan strategi yang sama dan strategi inilah juga yang digunakan di Kelantan, bila Nik Aziz Che Mat disebut menggantikan Mohamad Yaakub.
Dalam sejarah Parlimen begitu juga, pengundi sudah mula memberikan sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU 1999 tetapi kerana kebodohan pengundi Melayu termakan umpan gambar Tengku Razaleigh Hamzah memakai lambang kristian, pengundi Melayu menarik diri dari memberikan sokongan kepadanya. Maka pada pilihanraya akan datang, jika Parti Pembangkang bersatu dan bersedia bertolak ansur dan dapat menamakan siapa yang hendak dinamakan sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah Hj Ahmad, tidak ada sebab pengundi generasi ketiga dan dengan sedikit pengundi generasi kedua akan dapat memberikan kemenangan kepada Parti Pembangkang di peringkat Parlimen dan Negeri seterusnya menubuhkan kerajaan.
Sang Kelembai: Selagi Parti Pembangkang tidak menamakan siapa Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi membentuk kerajaan jika menang di Parlimen dan Negeri, Barisan Nasional akan tetap dapat memerintah walau dalam "simple" majoriti.
KOMENKU:
BN bertunjangkan UMNO yang ikhlas memperjuangakan AGAMA dan BANGSA, bukan “BERMATA DUITAN MACAM ORANG TU”. Wahai orang-orang Melayu bersatulah dibawah pimpinan UMNO, sesungguhnya tanpa kekuatan kepada UMNO , usahlah disebut kekuatan terhadap Islam di Malaysia. PAS? Porrah!!! Ayah Pin pun tak mampu dikesan mereka. Sampai ramai menyeleweng.
21 March 2007
Dalam Dongeng Dan Karut
at 10:43 AM Posted by cicakmankampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment