29 March 2007

Jawapan kepada komen yg diberi...

Lahabau dan Warongkopi dah kira yg yg cemerlang, gemilang dan terbilang ... untuk pemimpin kaki tidor, hp6 gomen dan 3/4 mps. Kesian mereka ni kena defend si badut. Takpa lah bukak lah ayat quran suruh orang berbaik sangka, berbudi bahasa, dan beradab sopan. Demi PM yg bongok, menantu yg kaki belit, dan anak yg tamak haloba. Cari makan beb, nak macam mana. Syukor yg aku defend memang negarawan terbilang.
KomenKu:
Bongok pun jadi PM gak, engkau? Pencacai ?
Takde siapa yang menafikan Tun sebagai negarawan terbilang, kasih sayang kami tetap kepada Tun.Sewaktu DSAI mengasak Tun , kami tetap menyokong Tun, sekarang pun kami masih menyayangi Tun. Tapi kami tak pulak menghina pemimpin yang ada sekarang semata-mata mahu berpihak kepada Tun. Kedua-duanya kami sayang. Kedua-duanya kami jaga air muka.
Tak guna kita membuka pekung pemimpin kita kepada orang luar, orang luar setakat bertepuk tangan sahaja bolehlah, yang akan rosak dan menderita kelak bangsaku juga tak kira mereka menyokong Tun atau Pak Lah. Tapi kalau yang melampau sangat tu kami blasahlah blogger tu, kedua-dua pemimpin tu tak pun bergaduh, tapi tukang laga je ramai. Nak tengok mereka berpecah.

Kepada Tun Mahathir yang kami sanjungi, kami amat menyayangi Tun dan kami mendoakan kesejahteraan Tun, tapi kami tak tahan tengok , blogger yang melampau, menghina pemimpin kami Pak Lah. Kurang ajar tak bertempat,kalau ada yang menghina Tun, kami juga akan melakukan perkara yang sama.

1 comment:

spongegoat said...

Sang kelembai ni dulu pernah menulis buku bertajuk "Bila lagi Mahathir nak sedar " tahun 2001. berdasarkan penulisan dia tu.. apa persepsi dia pada Mahathir pada masa tu…