21 March 2007

PERKARA BAIK SELALUNYA TAK DAPAT PERHATIAN

Sebelum itu, beliau berucap di majlis Ijtima‘ Muzakkir 2007 peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan.Seramai 300 peserta terdiri daripada muzakkir di seluruh Johor menghadiri majlis tersebut yang berlangsung selama dua hari.Menurut Mohd. Puad, beliau mengakui kebanyakan golongan muda kini lebih menggemari laman-laman web bebas dan juga milik parti pembangkang kerana pendekatan digunakan adalah lebih berbentuk sensasi.
KomenKu:
Memang le seronok sebab ada maki hamun, mengutuk dan memfitnah. Manusia lebih cenderung kepada perkara sedemikian, Bukan maknanya kami menentang kenyataan Dr. Puad, yang nyata manusia memang sukakan kontroversi. Orang ramai lebih gemar ke Pameran Hantu daripada ceramah agama. Berduyun-duyun berbaris demi nak tengok hantu daripada berduyun-duyun ke masjid daripada belajar melemahkan tipu daya dan hasutan hantu. Bukan aku nak bela gomen atau laman web parti, tapi kalau sekadar fakta tepat dan benar memang sukar dapat perhatian. Golongan muda sekarang pun banyak masalah….anti establishment konon, tak sedar berjaya dan hidup selesa sekarang hasil daripada perjuangan Melayu dahulu yang berada di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Bukan nak ungkit…tapi sebab mereka ni selalu sangat lupa diri dan tak kenal sejarah. Bila berjaya dalam hidup macam-macam kelemahan kerajaan dia nampak tapi masa dia beringus, mak dia beranak pun silap gaya subsidi kerajaan (hospital gomen, gomen gak bayar gaji nurse dan doktor).

Beliau berkata, orang ramai termasuk golongan ini lebih suka melayari laman web sedemikian walaupun ia mengandungi maklumat tidak tepat dan lebih buruk lagi turut mengandungi unsur-unsur fitnah.Katanya, unsur-unsur negatif begini memang seronok dibaca dan lama-kelamaan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan orang yang sering melayarinya.‘‘Perkara ini jika diteruskan akan merugikan pihak kerajaan kerana usaha menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar dan polisi kerajaan tidak akan sampai kepada kumpulan sasar,” katanya.Sementara itu, Mohd. Puad berkata, majlis-majlis ijtima muzakkir penting bagi mencapai matlamat mengumpulkan para muzakkir untuk membina jaringan kerjasama antara jabatan dan masyarakat di peringkat akar umbi.
KomenKu:
Memang kena teruskan, kerana kalau kita mengharapkan perubahan demi perubahan dari kerajaan dan parti komponen tanpa sendiri mau usaha, maka susahlah kita semua. Ramai orang yang pandai bercakap saja tapi usaha takde, balik-balik depa kata laman web gomen dan penyokongnya tak menarik. Boleh kalau nak sensasi dan kontroversi, tapi kita sebagai orang Islam kena bertanggung jawab atas perkataan dan penerbitan yang kita siarkan. Diakhirat kelak kita akan dipersoalkan.

Beliau berkata, para muzakkir golongan yang mempunyai ilmu agama tinggi perlu menjalani kursus untuk memantapkan lagi keupayaan mereka dalam menyampaikan maklumat kerajaan dengan baik dan berkesan.Katanya, mereka harus mempunyai kebolehan menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah dan menarik dan yang penting mudah difahami oleh rakyat.
‘‘Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sering menegur bahawa sistem penyampaian maklumat yang tidak berkesan menjadi antara punca setiap usaha baik ingin dilakukan oleh kerajaan gagal difahami oleh rakyat,” katanya.

No comments: