13 March 2007

Pak Lah di mata dunia!


Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menerima pengiktirafan terbaru apabila menerima Anugerah Kepimpinan Global Yayasan Napoleon Hill sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan beliau dalam kepimpinan global. Yayasan Napoleon Hill ialah sebuah institusi pendidikan yang berpusat di Amerika Syarikat.

Di peringkat negara Asean, pada bulan lepas Pak Lah baru saja mendapat anugerah Bintang Republik Indonesia Adi Pradana yang merupakan pengiktirafan tertinggi daripada Republik tersebut dan yang lebih membanggakan, anugerah yang pertama kalinya diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia. Dalam masa yang sama juga Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menganugerahkan bintang pramuka Lencana Tunas Kencana, bintang tertinggi kepada tokoh yang banyak berjasa kepada pergerakan pengakap.

Kerajaan Malaysia juga buat pertama kalinya akan menjalinkan kerjasama terbaru yang dipersetujui antara Pak Lah dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan dua hala mereka mengenai pembangunan di sempadan bersama di Kalimantan sepanjang lebih 1,900 kilometer yang sudah semestinya membuka lembaran baru bagi ekonomi penduduk berhampiran.

Baru-baru ini, Kerajaan Thai yang yakin dengan kepimpinan Pak Lah bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama bagi memulihkan keamanan di wilayah selatan Thai di Yala, Pattani dan Narathiwat yang mempunyai majoriti penduduk Islam bahkan mempelawa pelabur Malaysia meneroka peluang perniagaan di sana.

Sebagai negara yang diakui mempunyai pengaruh, Malaysia turut menjadi perantara antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan perantara di dalam proses perdamaina antara kerajaan Indonesia dengan Aceh.

Sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sentiasa mengutamakan peningkatan ekonomi antara negara ahli dan turut prihatin terhadap masalah yang dihadapi penduduk Asia Barat yang selama ini ditindas oleh Israel. Kunjungan beliau ke Syria amat bermakna bagi kepimpinan tertinggi negara tersebut yang mendapat sokongan daripada OIC dalam usaha mendapat kembali wilayah Golan.

Pelbagai negara yang kagum dengan konsep Islam Hadhari dan pembangunan modal insan antaranya seperti Yaman yang turut mendapat pengiktirafan dari ulama Al-Azhar.

3 comments:

kopi_likat said...

CONGRATS... TAPI...

haiii... ade pape ke ngan amerika skang ni? baiknyer... siap leh dpt anugerah... sjk akhir2 ni amerika spt sgt sinonim ngan malaysia kn... siap nk jalinkn kerjasama dlm FTA lg. pelik...

indonesia pon bg anugerah gak. sbb malaysia dh byk tolong depa padam api kt hutan yg t'bakar ke? tiap2 tahun t'bakar, pe citer. xkn indon xde cara utk elakkan drpd t'bakar? ke sengaja dibakar? malaysia ni baik sgt kn..

hehehe... dlm positif ade negatifnye bebs! hati2...

gilerpolitik said...

apalah korang ni...asyik ambik yg negatif aje...Cuba la pikir positif sikit tentang pemimpin kita. Ni tidak, apa2 saja main balun...kalau rakyat sendiri nak menyingkirkan pemimpin kita biarlah kena caranya...jangan buat syak wasangka macam-macam. Pengiktirafan dari negara luar kepada pemimpin kita ini sudah membuktikan kebolehan dan juga kepimpinan di persada antarabangsa

doc_palam said...

org nak bg anugerah amik jela....bukan kena bayar pun....dlm politik kena smart mcm org Pas ajar kat org kampung...bg kain amik, bg gula kacau, bg baja pakai...undi belum tentu... he,he,he.....