02 March 2007

Pak Lah Pergi Parti???



Gambar lama Pak Lah pergi parti GP Securities tahun 1985 keluar balik di Malaysia Today. GP Securities semasa itu tempat Nizam Tun Razak kerja. Kemudiannya diambil alih Public Bank jadi PB Securities. Gambar hampir serupa boleh didapati dalam buku Syed Hussein Al Attas bertajuk Musa Derhaka. Yang dalam buku tak jadi kontroversi. Rasanya ini dari gambar dalam Malay Mail kerana ingat satu opis bercerita pasal Pak Lah pergi parti. Kenapa atas meja tak ada gelas orange juice atau coke?



.................Its ok. Everyone have a past. Bertobatlah masing2. MUdah2an berjaya tak buat lagi. Soalnya adakah Pak Lah ini memang seorang yg benar dalam menghayati Islam dan perjuangan Islam? Walaupun ayah atuk orang aliran Islam, tak semesti dia mengikut aliran itu. Kita jangan lupa bahawa walaupun dia pass dari Pengajian Islam UM, dia tidak mengikuti aliran Islam. Dia masuk Civil Service. Aliran politik dan aktivismanya menebal Nasionalisma Melayu. Itu bukan isunya Adakah Islam Hadhari tajaan Pak Lah ini betul2 atau hanya lakunan politik yang tak ikhlas? Gambar tersebut menunjukkan satu lagi dilemma dalam hiduponya. Adakah dia hanya faham Islam Hadhari sebagai oneupmanship terhadap Penerapan Nilai2 Islam dan Wawasan 2020 Tun Dr. Mahathir dan Masyarakat Madani AI? Adakah dia hanya faham Moderate Muslim yang dia khutbahkan adalah perang theological warfare terhadap orang Islam? Undur ... Lah dari kerja Munafiq.



Yg dpt dibuktikan oleh gambar itu ialah PakLah menghadiri parti..tak salah menghadiri parti jika ianya melibatkan pergaulan yang terbatas. Dan dalam gambar ini juga, jelas tunjuk yang minuman keras tu atas meja...so jangan la primitif sgt...terus menuduh macam. Tak semestinya Pak Lah minum...kecualilah kalau gambar tu tunjuk yg memang Pak Lah minum.
Takkanlah dah ketandusan isu untuk memburukkan pemimpin negara dan kemudian, cerita2 lama...20 tahun lepas dibuka semula. Mentaliliti biarlah setaraf dengan Malaysia yang sedang berkembang maju.

Surah Al-Ahzab; “Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni Nya dosa-dosa kamu.”

Hadis Riwayat At Tirmidzi; “Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya”.




1 comment:

Unknown said...

ada nampak pak lah pegang cawan air haram tu ker? rasanya takda...