23 March 2007

Noh ugut guru-guru: Pindah atau berhenti

dipetik dari Roslan SMS Corner

Ahli parlimen Tanjung Karang ini dikatakan memang mempunyai rekod yang bengis. Dizaman mudanya rekod percampuran beliau tidaklah begitu baik khabarnya. Tiba-tiba melonjak naik dan kini jadi Timbalan Menteri.
KomenKu:
Apa yang melonjaknya? Dia naik ikut step. Kalau tak tahu jangan cakap nanti jadi fitnah! Apa yang bengisnya? Berapa orang dah yang dia pukul sampai masuk hospital?

Sepatutnya dengan status Timbalan Menteri itu beliau perlu banyak merobah keperibadiannya supaya setanding dengan kedudukannya itu.
Sebelum ini beliau didakwa kononnya pernah berada di sebuah kelab urut eksklusif di Subang Jaya ketika pihak penguatkuasa mengadakan serbuannya di sana. Beliau akhirnya berjaya melolos diri walaupun beberapa jurukamera dan petugas media mengakui nampak kelibat beliau. Beliau kemudiannya membuat kenyataan bahawa dakwaan itu fitnah kerana beliau ketika itu berada di Johor (tak tahulah siapa yang betul kerana kes itupun diam begitu sahaj dan Noh pun kemudiannya ditukar ke kementerian lain).
KomenKu:
Nampak kelibat tak semestinya dia, mungkin pelanduk dua serupa.

Dalam akhbar hari ini Noh telah dilaporkan berkata di lobi Parlimen bahawa guru-guru perlu menerima arahan tukar ke kawasan-kawasan luar bandar demi para pelajar jika tidak mereka sepatutnya berhenti sahaja.
KomenKu:
Memang pun dia kata gitu, masa interview semua sanggup, bila dapat kerja banyak kerenah! Kalau tak sanggup lebih baik menganggur sahaja daripada menyusahkan anak murid. Lagipun kalau cikgu –cikgu tak cukup di sesuatu sekolah, kerajaan jugak akan disalahkan. Pembangkang ni nak cari populariti je , nak jadi hero konon bela cikgu-cikgu, tapi bila murid-murid susah mereka pun cucuk jarum jugak. Dasar hipokrit!!! Biarlah rasional.

Kata beliau kementeriannya tidak lagi akan melayan apa sahaja alasan yang diberikan oleh guru-guru yang diarahkan tukar ini. Tambah beliau lagi jika kakitangan kerajaan di jabatan lain contohnya Polis boleh berpisah dengan suami-isteri masing-masing, mengapa tidak guru?
KomenKu:
Jawab pembangkang ! Kalau macam tu takde tentera le nak jaga di sempadan.

Saya menyedari bahawa di sana terdapat masalah kekurangan guru iaitu di kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman. Tetapi pihak kementerian jangan hanya meletakkan beban pertanggungjawaban di atas kepala guru semata-mata.Isu ini bukan sesuatu yang baru malah berpenjangan sejak zaman berzaman. Saya bersimpati dengan guru-guru ini terutama mereka yang telah berkeluarga. Mereka diarahkan bertukar ke kawasan-kawasan ini untuk mengajar anak-anak bangsa tetapi siapa pula yang akan menjaga anak-anak mereka.
KomenKu:
Habis tu engkau nak buat apa lagi? Kalau takde sumber pendapatan menanggung anak bini lagi susah. Pendatang asing tu sanggup bersabung nyawa mencari rezeki di Malaysia. Anak-anak tentera dan polis pun siapa jaga? Berhenti kerja jadi petani la bagi guru-guru yang enggan berpindah ikut arahan kementerian tu.

Sepatutnya pihak kementerian termasuklah Noh teah mengkaji perkara ini dan telah ada kaedah penyelesaian yang lebih praktikal. Sebelum ini kita pernah menyaksikan di TV betapa graduan UPSI dan beberapa graduan dari IPTA yang lain yang tidak mempunyai pekerjaan menyatakan kesanggupan untuk diarahkan kemana sahaja asalkan ada pekerjaan. Mengapa tidak digunakan tenaga mereka ini?
Mengapa ketika pengambilan guru-guru pelatih dahulu tidak dikhususkan tenaga yang akan dihantar ke kawasan-kawasan inis ejak awal-awal lagi?
KomenKu:
Dah khusus le tu , tapi mengaku kata sanggup masa interview!

Seperkara lagi pihak kementerian juga perlu melihat kemudahan asas di sekolah-sekolah ini yang jauh berbeza dari sekolah-sekolah lain sedangkan anak-anak murid tadi diperlukan mempelajari dan menduduki peperiksaan berdasarkan sukatan pelajaran yang sama.
Guru-guru merupakan jentera di barisan hadapan yang akan melatih modal-modal insan berguna dan berjaya untuk masyarakat dan negara. Kerana itu nasib dan kebajikan mereka perlu diberi perhatian. Mereka adalah insan-insan istimewa. Malah siapakah Noh jika tidak melalui proses bimbingan dan pendidikan oleh guru-guru beliau dahulu.
KomenKu:
Kalau berlembut sangat kerja tak jalan, kerajaan jugak kena hentam!

Sepatutnya Noh cermat mengunakan bahasa dan jangan bersikap samseng terhadap insan-insan yang berharga jasa mereka kepada negara ini. Carilah penyelesaian yang baik dan praktikal namun janganlah diugut dan mereka sebagaimana mengugut Mat Rempit dan penagih dadah (agak Noh masih terbayang yang beliau berada di kementerian sebelumnya?)
KomenKu:
Mat Rempit dan Penagih dadah engkau nak berlembut? Hancur negara. Teruskan usaha murni mu Noh. Buat apa yang patut. Orang ni kalau beri muka sangat dia naik sampai kepala kita. Lagipun apa yang kerjaan buat , penyokong pembangkang ni tak pernah bersyukur.

3 comments:

cicakmankampung said...

tentera, polis dan guru adalah insan yang paling penting dalam mendukung tanggungjawab negara. Tugas guru sgt2 dihargai sebenarnya kerana masa depan nusa dan bangsa terletak pada keberkesanan kata2 guru yang terpahat dalam minda anak muridnya. Tetapi apabila guru sendiri enggan terikat dengan disiplin dan tanggugjawab serta kesusahan demi nusa dan bangsa, bayangkanlah pula bagaimana nasib generasi muda...apakah pula yang akan terpahat di dalam minda mereka?
Teringat puisi Sasterawan Negara Usman Awang...Guru oh Guru
"Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca."

spongegoat said...

segelintir guru memang dah lemak skrg ni... masa interview, bgtau nak dihantar ke pedalaman semua kata sanggup, bile dah habis kursus time posting mcm2 alasan... mulalah minta sokongan sana sini, x dpt tukau, marah2 kt org... itulah jiwa org yg jd guru bkn sbb minat or nak didik anak bangsa... sbb..... dah xde keje lain...

pok_badok said...

wahai cikgu2...

trima kasih atas jasamu krn menabur bakti seikhlas hati. budi yg ditabur akan dikenang smpai mati..

dl klu sebut cikgu, sumer org akan tunduk hormat. patuh kpd penurun ilmu ini sgtlh bsr ertinya. tp sjk skrg, mcm2 kes timbul. x tau la kenapa. ada sesetgh tu, jd cikgu sbb itu pilihan t'akhir. jd x ikhlas la namanya kn... mgkin ini slh satu sbb kenapa ramai yg xnk mengajar di luar bandar.

jd, sblm jd cikgu pikir2 la dl...