12 May 2008

Ahli PKR keluar parti

Artikel dipetik dari Blog Mat Saman Kati

Ingatkan budaya Umno ada dalam PKR saja, rupa-rupanya dalam PAS pun ada. Dalam PKR, belit-membelit berlaku sesama sendiri didalam parti, tapi dalam Pas, bukan setakat dalam parti, malah sanggup belit member diluar parti.

Lepas Taiping, aku pergi keKg. Stesyen. Kg. Stesyen ni terletak dalam Parlimen Padang Rengas, DUN Lubuk Merbau. Kg. Stesyen ni pengundinya hampir 2,000 orang dan sekitar 70% adalah orang India. Kalau diTaiping, orang India berebut masuk PKR, kat Kg. Stesyen, orang India berebut keluar PKR. Jangan hairan! dah perangai semut, kat mana ada gula kat situlah depa berkerumun.

Semua taiko-taiko PKR Perak turun ke Kg. Stesyen semalam. YB Kesavan, Genabala, Tannimalai, Muthu terpaksa turun sebab keadaan dah gawat. India dah gaduh sesama India sebab PKR dan Pas.

Sebelum Hindraff, aku masuk kampung ni, kereta aku kena calar. Lepas Hindraff, aku masuk depa sambut dengan tabla. Pas langsung tak boleh masuk kampung ni. Masa kempen dulu, aku buat ceramah kat kampung ni dan masa ceramah, Calon Pas datang tumpang tui. Secara peribadi, aku tak suka kat calon Pas ni sebab aku tau peribadinya. Dulu dia Pengarah JPJ, dan bapa saudara aku ada driving school. Ingat lagi lesen terbang? Bapa saudara aku jadi runner kepada Pengarah JPJ ni, dan bila BPR masuk, bapa saudara aku sangkut. Tapi Pengarah JPJ ni lepas. Dan sekarang jadi calon Pas.

Tapi aku buat muka hipokrit, promote jugak lah. Dalam hati aku kata, kalau dia ni menang, aku susah. Nak takdir, dia menang. Dan memang betul, sekarang aku susah.

Masa kempen, aku dapat kumpul lebih kurang 300 ahli PKR. Dan dapat lah tubuhkan satu Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) kat situ. Lepas mengundi, dan bila PR menang, beratus lagi nak jadi ahli tapi ramai sangat nak jadi ketua sampai bertelagah. Pulak tu, masing-masing demand macam-macam. Nak duit ni tok sah cakaplah.

Sejak tu aku tak masuk Kg. Stesyen. Lagi pun bukan kawasan aku. Aku cuma kempen saja.

Dalam diam-diam, ADUN Pas ni mula main jarum. Dia bagi tau kat orang India ni, kalau nak bantuan kena tubuh Kelab Penyokong Pas. Mula-mula dia bagi RM500 untuk tubuh KPP. Apa lagi, berduyun lah orang India keluar PKR masuk KPP. ADUN Pas ni juga jadi EXCO negeri, jadi loaded la sikit. Tapi kalau orang PKR pi tanya nak mintak bantuan, dia tak layan pun. Kalau nak minta bantuan untuk poket sendiri, lain lah. Ni kita nak buat morei kat surau pun dia buat dak saja. "Program PKR, PKR sendiri kena cari la."

Kelab Penyokong Pas Kg. Stesyen dah mula buat aktiviti. Depa cari sapa-sapa nak minta bantuan repair rumah, bantuan anak nak belajar. Bagus la. Tapi dengan syarat, mesti masuk jadi ahli Kelab Penyokong Pas. Masuk PKR dapat apa? MB kita pun MB PAS. PKR ada apa? Ini bukan rasuah ka? Ini bukan politik wang ka?

Penyokong PKR naik marah. PKR tak dak duit nak bagi. Tapi kalau dah mula nak main duit,.....teruk la yob.

Semalam pun, bila aku sampai kat Kg. Stesyen, tak ada sapa sambut aku dengan tabla. Nasib baik la ada dua tiga orang member yang setia. Tu pun kena perli " Lu mana pigi macha! Sekarang sudah senang, muka pun tarak nampak." Kereta aku kena tarik hangpa tak tau!

Susah la macam ni.

Komen

Memang susah yob, bila pemimpin terdiri dari orang-orang sentiasa kurang prihatin atau tak prihatin dengan rakyat bawahan, balik balik isu duit, teman ingatkan orang PAS ni baik baik, rhopanya
lebih teruk.

1 comment:

ashraf haikal affendi said...

pekung Parti Pakatan Rakyat ni memang dah lama terbuka... cumanya org yang cetek akal sahaja yang menjadikan mereka sebagai idola untuk menaungi negeri mereka. Marahkan nyamuk kelambu dibakar... yang jadi mangsa akhirnya adalah diri sendiri