15 May 2008

Wan Azizah dakwa rasuah...rupanya Anwar luluskan


Tuduhan wujudnya unsur rasuah dalam pemberian kontrak kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail mengundang padah apabila Dewan Rakyat diberitahu Menteri Kewangan yang meluluskan penswastaan projek berkenaan kepada syarikat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat. Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salah semua orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari Rabu bagi pihak Kementerian Pertahanan berhubung dengan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda TLDM oleh Dr. Wan Azizah.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan 27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember 1995 untuk tempoh 15 tahun.

Menurut perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru.

Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada tahun 2006.

Kesannya bagi memastikan enam buah kapal tersebut dapat diteruskan pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.

Pada tahap ini, Dr. Wan Azizah bangun bertanya apakah kriteria untuk memilih syarikat yang hendak diberikan kontrak itu pada awalnya.

Bingkas bangun sebelum Najib menjawab Ahli Palrimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyatakan soalan Dr. Wan Azizah tidak ada kaitan.

“Tadi yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval Dockyard diluluskan pada 11 Disember 1995. Kita tahu bahawa tidak ada satu penswastaan pun di Malaysia ini tanpa kelulusan daripada Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan, Saya ingin tanya soalan pendek sahaja, siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu,” tanyanya.

Ekoran soalan itu beberapa Ahli Parlimen BN kedengaran berkata “jawab…jawab”.

Maka, Najib menjawab “Setahu saya Menteri Kewangan pada ketika itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat”.

Dalam penggulunggannya juga Najib menjelaskan semua tuduhan yang dikaitkan dengan amalam rasuah dalam pembelian kapal selam oleh TLDM dan jet pejuang Sukhoi oleh TUDM.

Najib juga pada kesempatan itu turut menyentuh mengenai cubaan mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

“Alhamdulillah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan, dengan niat untuk mencemarkan nama saya.

“Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini,” tegasnya.

Sumber Agenda Daily

Komen

Simpati pada Datin Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail kerana cubaan untuk memburukan kredibiliti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam isu pemberian kontrak kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard telah mengakibatkan nama suami beliau sendiri iaitu DSAI terbabit sama kerana hal ini berlaku pada zaman beliau sebagai Menteri Kawangan :) .

4 comments:

Anonymous said...

ANWAR IBRAHIM - PELACUR POLITIK YANG TERDESAK…

Keadaan tenang……masih lagi tenang setenang air di kali….. Tak kedengaran pun ura-ura Ahli Parlimen dari BN ingin sertai PKR. Malah hampir semua Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan menyertai PKR menafikannya. Apa nih ANWAR IBRAHIM????…… Cakap tak serupa bikin la……Ingat senang ker nak RASUAH Ahli Parlimen dari BN dengan wang ringgit dan kesenangan. Ingat Ahli Parlimen tak ada maruah diri?… Cuma ANWAR yang selalu pentingkan dirinya.

Tak usahlah bermimpi di siang hari. Masih teriang-riang di telinga aku ANWAR menyatakan bahawa hari Rabu, 14 MEI 2008 merupakan sejarah dalam politik dimana lebih dari 17 Ahli Parlimen dari SABAH dan SARAWAK akan lompat parti ke PKR.

Betapa bodohnya kenyataan itu….. Rasanya dengan membuat provokasi sebegini akan melemahkan semangat Ahli Parlimen SABAH DAN SARAWAK dan timbul tidak percaya kepada pemerintahan sekarang. Tolong laaa… Ingat pemimpin BERWAWASAN dari SABAH dan SARAWAK nih tak tahu memilih antara BN dengan PKR. Kalaulah wang ringgit dan kemewahan dijadikan sandaran bagi Ahli Parlimen dari BN untuk berubah ke PKR…. Ternyata … salah percaturannya.

Sememangnya tindakan ANWAR memancing Ahli Parlimen dari BN adalah amat tak beretika dan tidak boleh diterima oleh rakyat….. Sekutunya iaitu DAP dan PAS tidak mahu terlibat dengan apa yang dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM. Bayangkan dalam satu pakatan sendiri tak boleh bersatu hati….. Terlalu desperate si ANWAR nih…. Betapa JIJIKnya manusia bernama ANWAR IBRAHIM.

Kalau nak diikutkan…. Mereka patut lebih sentiasa berwaspada dengan kedudukan kerusi ADUN di PERAK… dan bukannya mencari populariti murahan di SABAH dan SARAWAK. Dengan tindakan KARPAL SINGH yang mempertikaikan institusi KESULTANAN …. boleh menyebabkan ADUN Pembangkang menyertai BN.. Harus diingat , BN hanya memerlukan 2 kerusi ADUN bagi membolehkan BN menumbangkan kerajaan PAKATAN RAKYAT. Tak adalah pulak tindakan memujuk ADUN PERAK dengan wang ringgit sebagaimana dilakukan oleh ANWAR IBRAHIM kepada Ahli Parlimen SABAH dan SARAWAK.

Mana ANWAR dapat duit yang begitu banyak untuk membiayai Ahli Parlimen dari BN menyertai PKR?. Tak hairankah kita?…. Siapa yang sponsor ANWAR IBRAHIM??> Apa yang aku perhatikan , ianya merupakan pemikiran dan idea ANWAR IBRAHIM dalam usahanya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya benar… apa bezanya PKR dengan UMNO???…. PKR secara terang-terang akan menyerahkan wang ringgit dan jawatan sekiranya Ahli Parlimen lompat ke PKR.

Lihatlah betapa kotor dan jijiknya….. tindakan ANWAR IBRAHIM…..

pedasberapi.wordpress.com

cicakmankampung said...

inilah jadinya kalau meludah ke langit, yg kena kan diri sendiri...hehehe...kesian dia. Sure muka wan azizah merah giler tahan malu

AIDC said...

Salam

Untuk mengenali siapakah Anwar, harap luangkan masa tonton video2 ni…

Video 5
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 3
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber : http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Panglima Perang Cyber said...

memaku dulang paku serpih...mengata orang dia yang lebih...

kenapa berita ni tidak disiarkan di semua blog? patut dihebohkan kerana ia satu point cukup kuat untuk menembak pembangkang...

moga kita dapat tembak dengan pena kita satu persatu serangan liar mereka...