Secara teknikalnya, toleransi bermaksud sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang; sikap dpt menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. Malah terminologi ini telah memang sinonim dengan cara hidup rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk, kepelbagaian budaya dan kepercayaan agama. Cuba kita lihat kembali, apakah penghayatan toleransi itu benar-benar dipraktikan dalam kehidupan kita sehari-hari dan sejauh mana toleransi itu telah berjaya dizahirkan dalam konteks kenegaraan setiap dari kita sebagai rakyat Malaysia.
Konsep tolensari ini telah wujud dengan jelas sekali ketika Negara kita yang tercinta sudah begitu hampir untuk mencapai kemerdekaan. Orang-orang melayu perlu bersetuju untuk memberi kerakyatan kepada bangsa Cina & India dengan formula Jus Soli dan pada masa yang sama mereka pula perlu menerima hak-hak istimewa Melayu sebagai bumiputera, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan Islam pula sebagai agama rasmi. Walaupun pada peringkat awalnya bangsa Cina dan India tidak begitu berminat untuk mendapatkan taraf kerakyatan. Lebih-lebih lagi bangsa Cina yang asalnya tidak kisah tentang hak orang Melayu asalkan mereka boleh berniaga dengan jayanya.
Ketika itu, British telah menetapkan kemerdekaan Tanah Melayu hanya akan diberikan jika kerakyatan dibuka kepada bangsa Cina & India. Pada hakikatnya mereka tidaklah 100% jujur pada kita semua. British berpendapat Tanah Melayu tidak akan maju dan berdaya saing jika kemerdekaan telah diberi dan dibentuk oleh komposisi tiga kaum besar, Melayu, Cina dan India yang telah menjalani dasar pecah dan perintah. Tetapi mereka salah. Kita, rakyat Malaysia melalui toleransi yang dibina sejak sekian lama telah berjaya membuktikan yang teori British salah sama sekali dan ini dibuktikan segala kemajuan dan keamanan yang kita kecapi.
Tapi kini, semakin hari semakin lantang suara-suara yang mempersoalkan hak orang Melayu. Padahal apa yang dikatakan hak orang Melayu itu adalah hak yang diwarisi oleh bangsa Melayu dalam sejarahnya sejak ratusan tahun dahulu, sebelum kedatangan bangsa-bangsa lain di rantau Melayu ini. Misalnya, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kerajaan Melayu, bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan di seluruh rantau yang disebut rantau kepulauan Melayu ini sejak sekurang-kurangnya abad ke-12 lagi. Agama Islam juga adalah agama yang dominan di rantau ini. Malahan rantau ini juga dikenali sebagai Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago.
British yang telah menjajah tanah melayu, negeri dan kerajaan Melayu dan bangsa melayu telah memberi kemerdekaan kepada apa yang dijajahnya, dan dalam konteks ini tidak melibatkan bangsa Cina & India kerana mereka telah dibawa dari negara asal mereka untuk bekerja disini dan bukan untuk dijajah. Disebabkan keadaan yang sedemikian rupa, mereka tidak terlibat sama sekali dalam penentangan penubuhan Malayan Union pada 1946-1948 kerana berpendapat isu ini lebih merupakan masalah antara orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, dengan kerajaan British. Tambahan pula mereka masih lagi belum menganggap diri mereka sebagai rakyat Tanah Melayu dan juga rakyat kepada raja-raja Melayu.
Sifat toleransi orang Melayu sekali lagi teruji apabila tiada seorang wakil orang Melayu dilantik untuk mengangotai Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Memang orang melayu telah banyak mengambil sikap toleransi atau bertolak-ansur ini dan itu adalah fakta yang tidak dapat disangkal. Apakah kita akan lihat bangsa Cina atau India mengambil pendekatan yang sama jika hal ini terjadi di tanah air mereka?
Untuk Malaysia terus menjadi negara yang aman dan damai manakala penduduk pelbagai kaumnya hidup bersatu padu, maka formula tolak ansur yang asal itulah yang patut dipertahankan dan dihormati, jangan dipersoalkan, dijadikan isu lagi dan dicairkan dengan pelbagai tuntutan dan desakan yang lain, atau dimusnahkan dengan pelbagai tolak ansur lain yang dibuat oleh mana-mana kaum berdasarkan kepentingan politik, budaya dan ekonomi etnik masing-masing.
13 May 2008
Toleransi
at 11:20 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Toleransilah yang menyatukan rakyat di Tanah Melayu hinggalah ke hari ini dan kerana toleransi inilah maka kita mampu mengecapi nikmat kesejahteraan.
Tidak kira sama ada Melayu, Cina atau India tetapi dengan toleransi inilah maka kemerdekaan dapat dikekalkan
Cakap boleh lah... toleransi sesapa pun boleh cakap tapi nak laksanakan ..., sikit2 Melayu kena kikis dan korbankan macam-macam
dah banyak sangat melayu ini bertolkeransi atau bertolak ansur dengan kaum-kaum lain nie. Kita yang kena pijak kepala.
Mereka yang kaya, kita apa ada.
Jangan sampai anak cucu kita sendiri yang akan kencingkan kubur kita satu hari nanti.
Kalau tak percaya, cubalah utk terus bertoleransi dengan mereka.
Post a Comment