Pengerusi DAP, Karpal Singh terus menjadi objek serangan pihak media termasuklah ahli-ahli Parlimen BN yang berucap di Dewan Rakyat siang tadi. Kontroversi yang beliau cetuskan termasuklah mencabar Raja-raja Melayu mustahil dirasakan dapat reda dalam waktu terdekat. Bagi BN khasnya Umno inilah peluang terbaik mereka untuk menyerang tokoh pembangkang veteran itu termasuklah menyerang pakatan pembangkang Pakatan Rakyat yang walaupun merupakan pembangkang di Parlimen tetapi memimpin 5 buah negeri.
Dalam akhbar THE SUN hari ini Karpal nampaknya terus mencari musuh, kali ini dengan mengulangi serangannya terhadap PAS pula. Beliau dilaporkan berkata kesungguhan PAS untuk mengekalkan agenda Negara Islamnya sebenarnya menyusahkan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Katanya jika PAS berterusan dengan pendirian ini masyarakat akan berpandangan yang Pakatan Rakyat sebenarnya berkrisis.
Menurut akhbar berkenaan Karpal telah ditemuramah oleh akhbar berbahasa Cina iaitu Nanyang Siang Pau dan dalam temuramah itu Karpal telah menegaskan bahawa Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berunding dengan PAS bagi mempengaruhi parti itu agar menggugurkan perjuangan negara Islamnya.
Tambah Karpal ideologi negara Islam PAS ini merupakan penghalang terbesar terhadap kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan jika PAS enggan menggugurkan ideologi itu tidak mustahil DAP akan meninggalkan pakatan tersebut.Pakatan Rakyat katanya mempunyai prospek untuk mempertingkatkan lagi pencapaiannnya dalam PRU yang seterusnya oleh itu PAS wajar menghentikan sebarang kenyataan berhubung ideologinya itu.
Siapa pun tidak berhak memadam atau menggugurkan apa sahaja yang diperjuangkan oleh PAS, Umno telah berusaha selama lebih 50 tahun, namun gagal, dan kini Karpal pula.
Setahu saya tidak ada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat, yang paling banyak menonjol dan mengadu-domba perpaduan dalam Pakatan Rakyat sendiri selain Karpal, mengapakah begitu? Ancaman untuk keluar meninggalkan Pakatan Rakyat ini saya kira sesuatu yang sangat "childish" atau keanak-anakkan dan tidak langsung mengambil-kira kelangsungan kerajaan yang telah sama-sama dibentuk Pakatan Rakyat yang bergantung antara satu sama lain khasnya antara PAS dan DAP sendiri iaitu di Perak dan Selangor.
Langkah yang paling baik bukannya untuk mendesak Anwar berunding dengan PAS, kerana asas perjuangan PAS tidak boleh dirunding-rundingkan, tetapi yang lebih baik adalah untuk Anwar menasihati Karpal secara individu agar menghargai kepercayaan rakyat, menghormati antara satu parti dengan yang lain, ketepikan perbezaan dan kenal-pasti persamaan.
Saya yakin dan percaya majoriti pemimpin dan ahli-ahli serta penyokong Pakatan Rakyat samada dari PAS, DAP atau PKR tidak bermasalah berkerjasama dan bermuafakat, yang bermasalah nampaknya Karpal seorang, lalu apa yang sebaiknya dilakukan?
Dipetik dari Blog Roslan SMS
Komen;
Permasalahan Karpal Singh ini bukan lah satu isu yang kecil di dalam Pakatan Rakyat dan Malaysia secara amnya. Kredibility beliau sebagai peguam tersohor di Malaysia bukan lah sesuatu yang asing, jadi segala perkataan yang keluar dari mulut beliau dalah manifestasi dari pemahaman keseluruhan parti DAP itu sendiri. Tak sampai 3 bulan PRU12 berakhir tapi masalah intergriti antara Parti-Parti Pakatan Rakyat seolah olah tanpa noktah.
Penulis Roslan SMS juga mencadangkan sepaya DSAI menasihati Karpal secara individu untuk "kepentingan keutuhan" Pakatan Rakyat. Apakah PAS hanya mengharapkan DSAI untuk menghadapi Karpal Singh? Siapa PAS boleh harapkan jika DSAI tiada?
15 May 2008
Cukuplah Karpal.............cukuplah
at 9:20 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment