20 May 2008

Dato Mukhriz Tetap Setia Dgn UMNO & Tidak Letak Jawatan


Petang tadi, bertempat di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel telah berlangsung sebuah sidang media khas oleh Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau menjelaskan 4 perkara merujuk kepada tindakan ayahandanya yang telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO pada 19 May 2008.

1-Beliau tidak akan meletakkan jawatan samada di dalam UMNO, sebagai Ahli Parlimen Jerlun mahupun sebagai ahli UMNO. Beliau berikrar akan menjadi suara yang lantang dalam menegur kepincangan kepimpinan parti.

2-Beliau mendesak dengan sekeras-kerasnya agar YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera.

3-Beliau juga mendesak agar MT UMNO memansuhkan sistem kuota, membenarkan EGM di adakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu dan tidak menafikan prinsip-prinsip demokrasi melalui arahan, kekangan ataupun larangan.

4-Akhir sekali beliau menggesa ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia supaya menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara lebih terbuka bagi memberi tekanan agar YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi segera meletakkan jawatan.

Menurutnya lagi, lebih daripada 50 orang di kalangan Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian serta penyokong beliau telah hadir pada sidang media tersebut.

Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir pada petang tadi.



No comments: