10 February 2009

Bapa Segala Lanun

Jika UMNO diumpamakan lanun kerana merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak maka Anwar Ibrahim, Husam Musa dan pemimpin-pemimpin PAS, PKR & DAP boleh dianggap bapa lanun kerana usaha dan perancangan mereka untuk merampas Kerajaan Persekutuan pada 16 September, seterusnya ditunda ke beberapa tarikh yang lain. Bukankah ketidak tentuan yang mereka timbulkan akibat pelbagai deadline itu, sesuatu tindakan yang sememangnya menipu rakyat? Jika anda semua ingat kesungguhan mereka untuk "melanun" amat jelas dan nyata sehingga sanggup memburu dan menagih simpati Ahli-ahli Parlimen BN yang membuat lawatan ke Taiwan.

Pada 25 January 09, mereka ini amatlah gah dan angkuh kerana berjaya memujuk ADUN BN Bota untuk lompat parti masuk PKR. Segala pujian yang menggunung diterima dari "bapa-bapa lanun" ini Anwar Ibrahim, Husam Musa dan pemimpin-pemimpin PAS, PKR & DAP. Mereka menyifatkan ini tindakan mulia, murni dan berkhemah kerana berjaya meninggalkan UMNO. Bila sudah kena batang hindung sendiri maka baru lah sedar tinggi rendahnya langit ini.

Berikut adalah antara statement "lanun" yang dibuat Dato Husam Musa di Harakah

Tindakan Umno rampas Perak umpama lanun - Husam

KOTA BHARU, 9 Feb (Hrkh) - Tindakan Umno merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak seumpama kumpulan lanun dengan mengulangi peristiwa yang pernah berlaku pada 1961 di Terengganu dan 1968 di Kelantan.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tindakan Umno 'merompak' hak mutlak seseorang dengan cara paksaan sudah menjadi tradisi yang diulangi lagi bagi menafikan kerajaan yang dipilih rakyat.

2 comments:

afrohead said...

harakah beb..
biasala tu..
haha

MnasBes said...

tak taulah apa nak jadi sekarang ni...dia buat halal je...kita buat HARAM. Kata kepimpinan menurut Islam...Agama pun dah dimanipulasi oleh orang yang kononya berimejkan agama. The Doomsday will be arriving fast....