Secara mudahnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) adalah satu rundingan yang berhasrat menghapuskan tariff dan halangan perdagangan bagi memudahkan dan mengingkatkan perdagangan dua hala untuk manfaat ekonomi bersama. Pelbagai rundingan telah diaturkan sejak 18 Mac tahun lalu mengenai FTA Malaysia AS ini yang mencakupi 18 perkara antaranya barangan perindustrian, tekstil, prosedur kastam, hak harta intelek, pertanian, perkhidmatan kewangan, pelaburan dan lain-lain lagi.
Demi menjaga kedaulatan dan kepentingan negara, Pak Lah memberi jaminan bahawa FTA antara negara dan AS tidak akan sekali-kali menggadaikan maruah negara berhubung perjanjian tersebut. Maka, selayaknya mereka yang berasa gundah gulana akan kesan FTA ini, yakinlah apa yang Pak Lah buat adalah yang terbaik untuk negaranya dan bangsanya.
Pada 2006, jumlah dagangan Malaysia ke AS bernilai kira-kira AS$36.5 bilion (RM135.05 bilion) melebihi nilai dagangan AS ke Malaysia AS$12.6 bilion (RM46.62 bilion). Adalah diharapkan, kerajaan melalui kementerian dan agensi yang terbabit dapat memberi penerangan serta kelebihan perjanjian tersebut kepada rakyat terutamanya kepada golongan usahawan dan korporat.

3 comments:
masalahnye ramai orang masih takut, Malaysia pernah mengalami proses dijajah secara langsung. sekarang ni rakyat takut dijajah kembali.. mula2 nanti dgn FTA ni dijajah dgn ekonomi(sbb diorg lebih upaya dr segi kewangan dgn dokongan Yahudi)lepas tu secara tidak langsung dr segi politik lak... secara realitinya aku cukup risau, bagaimana dgn survival anak bangsa sebangsa dgn aku...
seharusnya gaban pun kena yakini apa jua keputusan yang kerajaan buat adalah utk kebaikan rakyatnya...
Sememangnya Malaysia mampu bersaing dlm apa jua bidang, sebagai cth; dalam bidang perabot, Malaysia tergolong antara 10 negara pengeluar perabot yg terbaik di dunia. nilai dagangan shj berjumlah US$ 2bilion. semua ini dpt dicapai kerana apa? kerana kita ada kepakaran, mempunyai tenaga mahir dan juga kemampuan deliver brg on time.
begitu juga dgn perdagangan bagi elektronik dan penghawa dingin yang mana jumlah dagangan berbilion ringgit.
selama ini malaysia membuat perdagangan dua hala dgn pelbagai negara, dan ternyata ianya menguntungkan kedua2 belah pihak.
FTA perlu diperhalusi dgn sebaik2nya. kena lihat dlm pelbagai sudut. kalau boleh FTA tidak dipersetujui secara pakej sebaliknya melihat kpd situasi menang2. kita kena ingat rakan kita ini AS adalah sebuah ng yg besar & maju. ada bidang2 atau bab2 tertentu yg jika tersalah langkah akan menyebabkan kita djajah semula dlm bentuk baru. apapun kita mesti yakin jaminan yg telah diberikan oleh PM kita.
Post a Comment