02 April 2007

Mana Pendakwah Melayu atau NGO Melayu?

Saya berada di Hospital KL sejak dua minggu lalu kerana menjaga ibu saya yang terlantar di sana. Setiap petang Ahad terdapat sekumpulan rakyat Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu dan juga bangsa lain yang datang melawat ke katil-katil pesakit.
Mereka membawa hadiah-hadiah di dalam kotak-kotak kecil dan juga minuman botol. Daripada gaya dan penampilan mereka, saya boleh agak yang mereka ini dari kumpulan pendakwah agama tertentu.
Mereka menghampiri katil-katil pesakit dengan senyum dan kata-kata nasihat yang sangat manis. Mereka menawarkan pesakit bantuan dan memberikan nombor untuk dihubungi apabila keluar dari hospital nanti. Tumpuan mereka ialah pada wad-wad kelas bawah yang dihuni golongan miskin dan tidak mampu.
Itulah taktik mereka. Menghulur bantuan, memberi nasihat dan semangat. Agaknya jika yang tengah nazak dan kesempitan tentunya akan menurut apa saja seruan mereka.
Sepanjang tempoh berada di HKL itu juga, tidak pernah saya terserempak dengan orang-orang Islam yang datang bagi tujuan tersebut. Saya tertanya-tanya di manakah NGO, badan-badan amal, agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan dakwah serta individu yang cakap berdegar-degar tentang isu murtad dan gejala sosial? Mengapakah tiada usaha yang sedemikian?
KomenKu:
Kenapa Tanya orang? Awak sendiri apahal? Pergi tak melawat orang di hospital sebelum ni? Atau masuk hospital semata-mata kerana mak awak dalam wad? Melayu dan Islam sering meletakkan kesalahan di bahu orang lain, kalau ada kelemahan. Kenapa tak tanya diri sendiri?

Juga, daripada e-mel yang saya terima (spam) saban hari, ramai orang Melayu (Islam) yang menawarkan pendapatan ratusan ribu malah berjuta melalui skim cepat kaya, e-biz, SMS portal dan sebagainya. Siap dengan gambar cek yang diterima mereka yang berjumlah ratusan ribu ringgit. Oleh itu apalah salah jika 'dicampakkan' sedikit wang untuk berbakti kepada masyarakat.
KomenKu:
Tahukah kamu kalau mereka memberi sedekah. Ada orang yang memberi tanpa tangan kanan mengetahuinya.

Tapi apabila sesuatu badan (saya mengambil contoh Sahabat Interaktif Malaysia - SIM) ingin mengadakan aktiviti untuk rumah anak-anak yatim Nurhikmah, kenapa harus meminta-minta? Tiadakah antara yang kaya raya dengan skim tadi dapat membantu rumah-rumah anak-anak yatim tadi, tanpa perlu lagi kita meminta-minta?
Jika semakin ramai anak-anak Melayu yang dimurtadkan...jangan sentiasa salahkan pihak lain. Jika pendakwah agama tertentu mengambil alih rumah-rumah kebajikan, jangan nak mengamuk nak bakar itu ini. Salahkan diri sendiri kerana tak berusaha mengatasi dan membantu kesulitan dan kesusahan sesama ummah.
KomenKu:
Masalahnya pegawai kerajaan yang ada di agensi pertubuhan berkaitan agama , ramai yang menyokong pembangkang. Cakap berdegar-degar pasal politik, tapi malas bekerja. Pendakwah tak mau keluar berdakwah, lebih suka duduk dalam pejabat. Di Universiti buat kursus dakwah dan kepimpinan, tapi bila diberi kerja , tak mau berdakwah. Gaji kerajaan bayar ambil, tapi dalam masa yang sama kutuk kerajaan, kerja tak buat jugak. Masuk pejabat setakat punch card je. Fikir sendiri la , halal atau haram duit gaji tu.

Bukan saja di HKL, di HB Ipoh pun perkara yang sama berlaku. Kumpulan ini akan menghampiri pesakit yang tidak ada pelawat. Di samping tutur kata yang manis mereka juga membawa buah tangan pelbagai rupa. Setiap petang kumpulan ini datang bertanya khabar, latar belakang dan masalah pesakit.
Mereka akan beredar sebaik sahaja kaum keluarga atau pelawat pesakit datang. Wasalam. – lanh
KomenKu:
Pendakwah agama lain tahu cari kesempatan, “orang alim” kita asyik menyalahkan kerajaan dalam pelbagai hal, too politicking. Agaknya tunjuk imej waraq untuk imej politik je.

1 comment:

spongegoat said...

kat Malaysia ni memang ada satu puak yang memang suka menghentam orang je kerjanye... nampak salah orang je... tapi nak menyumbang utk kepentingan bangsa, negara malahan agama langsung tarak... bahkan bab hutan digondol pun masih nak salahkan orang, tp yg peliknya bila bab untung, cepat je sapu...