20 March 2007

Machap: PAS Beri Laluan Kepada DAP

KUALA TERENGGANU, 19 Mac (Bernama) -- PAS tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka, kerana hendak memberi laluan kepada DAP untuk menentang calon Barisan Nasional (BN). Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata keputusan itu dibuat kerana kerusi DUN Machap adalah tempat tradisi DAP menentang BN pada setiap pilihan raya umum. "Kita tidak masuk (bertanding), confirm (sah)...Machap bukan kawasan kita pun...," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di sini. Beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata parti itu juga tidak akan membantu berkempen mana-mana parti pembangkang atau menghalang anggota parti itu keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Machap. Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Wira Poh Ah Tiam, 55, akibat sakit buah pinggang, Khamis lepas. Poh, yang juga Pengerusi MCA Melaka dan anggota exco negeri, merupakan wakil rakyat BN kawasan itu sejak pilihan raya umum 1999. Pada pilihan raya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP Liou Chan Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

1 comment:

doc_palam said...

Pas parti Pencuri Kesempatan.... dlm Pas apa pun boleh jadi. bukanlah sesuatu yg mengejutkan kalau Pas x boikot p'raya kecil machap. kalau yg haram pun Pas boleh halalkan, yg halal pun Pas boleh haramkan..apa nak heran. nak menang punya pasal nik aziz sendiri pun pernah cakap boleh berkawan dgn syaitan