07 March 2007

Perdana Menteri Idaman Malaya


Sejak akhir-akhir ini Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi serangan blogers dgn pelbagai isu.Beliau dikaitkan dgn bermacam-macam skandal termasuklah yang menyentuh peribadinya dan juga keluarganya.Sebagai Perdana Menteri, memanglah di akui bahawa tidak semua perkara yang diputusakannya mendapat respon positif dari rakyat.


Sememangnya, Pemimpin inginkan sokongan dan rakyat inginkan pemimpin yang adil dan telus. Namun dengan serangan sedemikian…tidak terdetikkah di sudut hati kalian semua…apakan ciri-ciri penting Perdana Menteri.Dan sekarang keadaan juga semakin rumit apabila Dato’ Sri Najib Tun Razak juga turut diserang dengan pelbagai spekulasi. Kepimpinan beliau turut dipertikai, ketelusan beliau disanggah dan kesetian beliau diragui. Ibaratnya, apa sahaja yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang ini tidak manis, tidak sedap mata memandang, hambar sahaja.

Lalu…apakah yang dimahukan oleh rakyat semua?

Setiap kenyataan Perdana Menteri akan difikirkan secara negatif. Jika Timbalan Perdana Menteri tidak bersuara, dikata tidak sebulu dengan Perdana Menteri dan jika Timbalan Perdana Menteri menyokong kenyataan Pak Lah maka dikata pula kroni….

Begitu juga dengan ahli Majlis Tertinggi dan pemimpin barisan komponen yang lain. Bersuara dikata kroni, tak bersuara dikata tidak bersetuju dengan Perdana Menteri. Jadi apa kesudahannya dan apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat.

Jika benar tidak mahu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, cuba tolong cadangkan siapakah yang benar-benar layak mentadbir Malaysia dalam wawasan menuju negara maju 2020 nanti???

3 comments:

gilerpolitik said...

Kita mahukan pemimpin yang adil dan sanggup berjuang apa sahaja untuk kepentingan rakyat...pemimpin yang tulen, berjiwa pemimpin, yang sayangkan rakyat, sayangkan agama, sayangkan negara, sayangkan UMNO...

Unknown said...

adil, telus, jujur...siapa yang 'perfect'? mari la kita ingat-mengingati di antara satu sama lain wahai pemimpin-pemimpin sekalian...

gaban said...

masa belum dapat jawatan, macam2 janji yang diberi, berjanji akan adil, telus, jujur.. tetapi bila dah dpt jawatan, jd haprak, lupa bangsa, itulah segelintir...