21 March 2007

Setinggangarden Yang Berada

Baru-baru ini ada terbaca didada akhbar pasal setinggan ini. Pada ketika itu terfikir akan hal setinggan yang berada disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan kalau diteliti akan hal sebenar hal setinggan ini isu lama yang seringkali dikaitkan dengan kerajaan. Mahu tidaknya dikatakan pengusiran dan penganiyaan kepada penduduk setinggan.

Cuba kita renungkan orang yang menyewa rumah di taman-taman, di apartment dan kondominum yang telah dibinakan oleh beberapa pemaju syarikat perumahan bagi yang tidak berkemampuan untuk membeli tetapi mereka ini dapat menyewa dan mengumpul duit untuk membeli rumah mereka sendiri dengan cara bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh.

Jangan hanya mengharapkan kerajaan nak bagi semua permintaan walaupun kerajaan itu org Melayu yang memerintah tapi harus diingat bahawa dengan hanya mengharap bantuan dari kerajaan yang mana apa kemahuan kita tidak dapat dipenuhkan. Penduduk setinggan kena beringat bahawa tanah yg diduduki itu adalah hak kerajaan yang memerintah negara ini.

Dari satu segi penglihatan pulak ramai penduduk setinggan ini yang mempunyai piring satellite dan kereta mewah. Dikalangan dia orang ini lah ada yang mempunyai 2 or 3 biji buah rumah utk disewakan!

Jadi mengapa jadi bergini? Bukan nak dengki akan rezeki setinggan ini tetapi bila kena berpindah (bukan halau terus tapi ada berpampasan lagi tuuu...) kena lah pindah dan kosongkan kawasan itu.

Ada pulak yang menyatakan mereka ini menyokong Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO dan mengatakannya ingin menyeksa penduduk setinggan ataupun penyokong kuat ...

Adakah pimpin nak penyokongnya dok setinggan aje ke?

Mestilah nak kan penyokongnya hidup lebih sempurna dan sekaligus kempan kerajaan ingin membasmi kemiskinan diseluruh Malaysia. Bukan dengan menyokong sahaja tapi kena lah ikut saranan dan kemajuan yang sering pada ketika ini.

Bila lagi penduduk setinggan ini nak sedar diri ye? Rasa kerajaan cukup baik melayan kerenah penduduk setinggan ini. Tapi yang malang sekali Pegawai yang menjalankan tugas dan amanah juga kena maki hamun dengan penduduk setinggan ketika mana rumah mereka ingin dirobohkan oleh Pihak berkuasa.

Alasan yang mereka guna notis singkat...24 jam walhalnya dah lama diberi notis kepada penduduk setinggan ini. Bukan kerajaan tidak tahu undang-undang... tapi itu lah hakikatnya.

Diseru agar penduduk setinggan ini membina kehidupan yang sempurna dan lebih baik agar masa hadapan tidak terjadi macam mengemis di tempat sendiri.

1 comment:

badak_berendam said...

Setinggan oh setinggan?

Isu setinggan tak pernah basi utk diperkatakan dimana2 shj. Soal pampasan, soal rumah, soal tak puashati... byk persoalan yg boleh diperdebatkan. Apatahlg org yg memperkatakan itu adalah penduduk setinggan.

x dinafikan wujudnya kawasan setinggan ini adlh krna keperitan sesetengah golongan yg x mmpu menyewa apthlg m’beli rumah. Maka b’mulalh episod penerokaan kwsn2 yg mereka rasakn sesuai. Namun persoalan yg timbul kini ialah sampai bl mrka mahu kekal hdup bgtu?

Yg agak m’jengkelkn, tdkkah pnduduknya m’cari jln utk meningkatkn taraf hidup stlh kian lama menetap di kawasan yg tdk perlu dibayar sewa dan cukai. Anda lbih beruntung drpd org lain yg terpaksa berhempas pulas mncari rezeki bagi melunaskan sewa rumah, duit kereta, duit pinjaman dan sebagainya.

Tiada usahakh utk m’perbaiki sistem hidup supaya dpt tinggal di tmpt yg lbh baik. Realitinya, bkn semua yg hdup susah. Krna itulah kerajaan perlu meneliti latarbelakang pnduduk yg hendak diberkn pampasan ketika mereka diarahkn keluar. Perlu ada siasatan t’perinci utk memastikn taraf hidup penduduk ini.

Sudah muak rasanya utk memperkatakn ttg isu ini. Fikir2 lah sndri...