05 October 2007

Bila Lawyer di jalanan

Berdasarkan Artikel Abd Zaharin Mohd Yasin - Sang Kelembai pada 28 Sept 2007. Berita Penuh

Agaknya kepala-kepala di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri atau kumpulan sewaktu dengannya yang cuba untuk mempertahankan kuasa Abdullah Hj Ahmad sedang bertungkus lumus hendak menggunakan taktikal apa yang di panggil “Psychological War and “strategically plan” atau dalam Bahasa Melayu lebih kurang dipanggil “perancangan strategik perang saraf” bagi mengalihkan pandangan rakyat Agaknya kepala-kepala di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri atau kumpulan sewaktu dengannya yang cuba untuk mempertahankan kuasa Abdullah Hj Ahmad sedang bertungkus lumus hendak menggunakan taktikal apa yang di panggil “Psychological War and “strategically plan” atau dalam Bahasa Melayu lebih kurang dipanggil “perancangan strategik perang saraf” bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu-isu yang menjejaskan Abdullah Hj Ahmad yang terkena sindrom sakit gila “koridor”.

Walau pun segala usaha sudah dibuat, bagi menarik perhatian rakyat beralih kepada isu-isu yang melupakan akan perihal Abdullah Hj Ahmad yang di Indonesia dipanggil “Maling menyebut Maling” atau visi Malaysia dipanggil Pencuri menjerit pencuri, rakyat masih tidak mahu menerima pelarian isu itu, mereka balik ke isu asal bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah tidak layak lagi menjadi Perdana Menteri dan desakan untuk meletakan jawatan walau tidak dibuat secara terbuka tetapi akan dibuat di dalam PRU- Pilihan Raya Umum yang akan datang, yang mana rakyat akan mengetepikan kepentingan bangsa, kaum dan agama bagi menumbangkan kekuasaan UMNO yang bertopengkan Barisan Nasional.

Perpaduan kaum sudah lama ada di Malaysia, hanya UMNO menggunakan isu perkauman bagi menakutkan rakyat dan khasnya orang-orang Melayu. Ayat yang kononnya terbiasa “Pemimpin Itu Maruah Bangsa” dan mesti dipertahankan sudah tidak boleh diterima pakai di zaman Abdullah Hj Ahmad, seperti Maling menyebut maling begitu Abdullah Hj Ahmad, berkata rasuah tetapi beliaulah bapak segala penerima rasuah dan nepotisme.

Seperti mana yang disebutkan, ada satu majlis di Seri Perdana dalam saat rakyat meraikan Hari Kebangsaan, majlis yang merupakan persembahan kumpulan Jazz yang terkenal hanya untuk mereka yang di undang sahaja dibuat. Ini memberi pengertian bahawa rakyat hanya layak untuk hiburan jalanan sahaja tetapi Perdana Menteri atas kehendak isterinya mengadakan satu “entertainment” khusus yang dibayar oleh Berjaya, Naza Motor dan YTL atau Francis Yeoh yang menelan belanja RM 2juta. Apakah itu bukan rasuah? Kemungkinan dari segi kaca mata BPR-Badan Pencegah Rasuah mungkin sama dengan Amerika Syarikat bahawa bila rakyat menentang kerajaan itu dipanggil “pengganas” tetapi bila kerajaan melalui agensi seperti Polis, menembak dan memukul rakyat itu “mengamankan” keadaan. Dari segi BPR, Perdana Menteri mengatasi tuhan tidak boleh disentuh, kalau BPR benar-benar hebat dan ada telor (pinjam ayat Rosli Ismail pemilik Agenda Daily - alat propaganda UMNO kepada Raja Petra Kamarudddin Malaysia Today) sewajarnya BPR membuat penyiasatan tanpa aduan.

Tidak termasuk lagi kes nepotisme yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad yang menggunakan duit minyak yang dinaikkan tahun lepas atas alasan hendak meningkatkan pengangkutan awam seperti Bas. Sebaliknya dengan duit itu, yang dia yang bertanggung jawab dengan SPNB - Syarikat Prasarana Negara Berhad membutakan mata untuk melarang SPNB dari memberikan kontrak membekal Bas kepada anaknya melalui syarikat Scommi kepada Rapid di K. Lumpur dan Pulau Pinang. Dan masalahnya semuanya Bas diimport secara langsung dari China, malah tender membaharui perhentian “Bas Stop” yang sedang dibuat di K. Lumpur sekarang khabarnya ada kepentingan Scommi dan anehnya Bas Stop itu tertulis Parisign, kalau di sponsor mungkin boleh diterima akal tetapi sudahlah SPNB membayar, syarikat itu boleh mempamerkan iklannya.

Belum lagi skandal terbesar di Pulau Pinang, Jambatan Kedua khabarnya dibina oleh UEM tetapi dibiayai oleh sebuah syarikat gergasi China . Dari harga RM1.6Billion sudah menjadi RM4 Bilion dan khabarnya syarikat China sudah menyebarkan cerita kepada rakan-rakan niaga di mana-mana kononnya ada permintaan komisen dari pemimpin paling tertinggi di Malaysia yang berjumlah bilion juga (yang paling tinggi di Malaysia hanya Perdana Menteri sahaja). Begitu juga dalam keadaan orang Melayu menuntut kehidupan yang lebih baik di Pulau Pinang, anaknya Kamalludin Abdullah secara senyap mempunyai kepentingan tidak kurang 70% dalam PGCC walau pun di hadapan bernama Patrick Badawi.

Sekarang peguam sudah berarak di jalanan, Ini memberi pengertian bahawa orang yang berstatus tinggi seperti Peguam sudah bersedia berarak dalam keadaan panas dan berhujan bagi menuntut satu keadilan yang bebas dan jujur, bagaimana kumpulan-kumpulan lain yang lebih rendah martabatnya dari peguam yang menuntut keadilan seperti berlaku di Terengganu, bila mereka hanya sekadar Imam kampung, nelayan dan pelajar menunjukkan perasaan kerana hak mereka dinafikan. Adakah mereka (peguam) diperalatkan?

Kenapa Wan Farid Wan Salleh berada di Pejabat Perdana Menteri bagi menerima memorandum dari Majlis Peguam Malaysia adalah satu persoalan yang menarik. Kerana Wan Farid Wan Salleh adalah Setiausaha Politik Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, kenapa Set pol yang lain tidak boleh mengambil memorandum itu seperti Dr Vincent Lim yang juga Setiausaha Politik terus kepada Perdana Menteri orang yang dianggap paling bijak di Pejabat Perdana Menteri dan proksi Ethos Consultant Sdn Berhad yang menantu Perdana Menteri ada kepentingan di situ. Kerana nak harapkan Othman Desa untuk menghadapi Peguam itu tak mungkin sesuai kerana dia hanya diharapkan kepada songkoknya sahaja.

Kemungkinan keberadaan Wan Farid Wan Salleh di Pejabat Perdana Menteri bagi menjadi Pengarah lakon Layar Episod Drama Batu Burok cuba menggunakan taktikal seperti Batu Burok untuk mengharu hara perarakan itu. Tetapi setelah dia sedar bahawa tidak banyak anggota Parti Pembangkang hadir sebaliknya kesemuanya Peguam yang saling kenal mengenal antara mereka, maka formula untuk perancangan strategi perang saraf bagi memburukkan suasana tidak boleh dilakukan. Dan Polis terpaksa akur dengan arahan hanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan memerhati sahaja.

Bagaimana pun telah tiba masanya, rakyat Malaysia beri kata dua kepada Abdullah Hj Ahmad sama ada dia meletakan jawatan secara terhormat atau rakyat menolak UMNO atau Barisan Nasional, sebuah Parti yang berjasa besar kepada negara ini. Rakyat sudah melihat bahawa sempadan bangsa, kaum dan agama tidak akan menghalang rakyat bersatu bagi menunjukkan kemarahan kepada Kerajaan Tiga Beranak yang diketuai oleh Abdullah Hj Ahmad atau Abdullah Al Koridori seperti yang ditunjukkan oleh para peguam yang terdiri dari berbagai etnik kaum dan agama tetapi satu Bangsa Malaysia, dengan niat hendak menyelamatkan Malaysia dari kerakusan seorang menggelar dirinya Imam Besar Islam Hadhari (ada had ada hari)

Sang Kelembai: Khabar yang di war - war dalam bulan Ramadhan ini Abdullah Hj Ahmad membaca Al-Quran, itu sebab maafkan dia kerana tak masuk pejabat dan tidur. Malangnya dia hanya sekadar membaca tetapi tidak mengerti apa-apa yang dia baca. Kalau dia baca betul dan sampai ke surat Al Anfal ayat 27, dia akan berjumpa ayat ini “Hai orang-orang yang beriman, jangan kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan kamu berkhianat pula dalam menunaikan amanah mu, pada hal kamu yang mengetahui’ Berdasarkan fakta-fakta rasuah yang dilakukannya sesuailah Abdullah Hj Ahmad boleh dipanggil seorang pengkhianat itu sebab Khalifah Umar Abd Aziz berkata “Jika kamu hendak tahu akan pandangan di sisi Allah kepada seorang pemimpin, kamu lihat pandangan rakyat kepadanya”

Komen Warong Kopi:

Di bulan Ramadhan ni cubalah berkata yang elok-elok skit. Tulisan saudara di bulan yang diberkati ini mahupun di bulan-bulan yang lain, sama sahaja gayanya, penuh dengan bahasa yang kesat dan nista.


Rasulullah SAW bersabda:

(Barangsiapa yang tidak meninggalkan perbuatan menggunakan kata-kata yang buruk/tidak baik dan masih mengamalkannya, maka tiada keperluan pula bagi Allah untuk menerima makan dan minumnya).
Sahih Bukhari, Hadis Riwayatkan Abu Hurairah


Apakah hasil tulisan saudara hanya berbentuk tomahan semata kerana tidak pula dikemukakan dengan bukti yang sahih? Jika benar saudara ingin menegakan keadilan, bawalah ia ke muka keadilan, janganlah hanya bercakap kosong. Sesungguhnya maksiat maknawi atau mengumpat dan menipu merupakan maksiat yang besar, sepatutnya dijauhi lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Rasulullah SAW bersabda:

Apabila tiba bulan Ramadan pintu langit dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu
Sahih Bukhari, Hadis Riwayatkan Abu Hurairah


Mengenai tomahan saudara tentang Pak Lah kita, yang sekadar membaca Al-Quran tanpa mengerti maksudnya, andaikata saudara boleh memahami maksud setiap ayat dari 114 surah yang terkandung di dalamnya, alhamdulillah, tetapi kefahaman saudara perlu diperhalusi dengan penghayatan dan cuba dipraktikan dalam kehidupan sehari-hari. Kenal benarkah saudara dengan Ulumul Quran Pak Lah kita sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa?

Mungkin petikan surah Luqman dibawah boleh mengingatkan saudara tentang pentingnya akhlaq terpuji sebagai seorang muslim dan adilnya Allah SWT.


يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ


Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Surah Luqman Ayat 16

No comments: