Based on article from HarakahDaily
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sepatutnya bertemu dengan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) bagi mendapatkan bukti 'pita lingam' hari ini telah membatalkan pertemuan itu dengan hanya menelefon Anwar pada jam 11.00 pagi tadi.
Demikian kata Anwar dalam satu sidang media sejurus selepas mendapat dua panggilan dari BPR di Pejabatnya di Petaling Jaya pagi tadi.
BPR bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar pembatalan tersebut termasuk tidak memberi tarikh pertemuan selanjut yang bakal diadakan, kata Anwar.
"Ini bukti yang dimahukan BPR ada di tangan saya,"sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih rakaman pita Lingam itu.
Beliau mengecam dan memberi amaran kepada BPR supaya mengambil bukti itu dalam masa lima minit (sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih pita Lingam) dari jam 12.00 tengahari tadi.
"Jika dalam masa lima minit BPR tidak sampai, bukti di tangan saya akan hilang,"kata Anwar yang tidak mahu BPR mengganggunya di masa akan datang memandangkan hari ini adalah hari yang sebenarnya dijanjikan dalam notis BPR kepada Anwar untuk menyerahkan bukti.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, BPR tidak muncul bagi mendapatkan pita itu, dan seramai hampir 150 orang masih berada di pekarangan pejabat Anwar termasuk wartawan dan jurugambar dalam dan luar negara.
Anwar mengecam penggunaan Seksyen 22 Akta Pencegah Rasuah yang memperuntukkan pegawai penyiasat BPR bagi mendapatkan bukti daripada individu yang terlibat dalam rasuah, dan bukannya pelapor atau pemberi maklumat.
Dalam pada itu beliau juga telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk mencabar tindakan BPR itu di mahkamah kerana katanya terbukti BPR menyalahgunakan akta tersebut.
Beliau menggesa BPR menyiasat VK Lingam dan Tun Ahmad Fairuz, selain mendesak dua individu itu menafikan dakwaan keterlibatan dalam konspirasi kehakiman jika tidak bersalah.
Terdahulu dalam laporan Harakahdaily pagi tadi, sumber menyatakan bahawa BPR akan mendapatkan pita itu dari Anwar hari ini.
Dalam notis terdahulu, jika Anwar enggan menyerahkan pita rakaman perbualan antara seorang peguam yang didakwa sebagai, VK Lingam dan seorang hakim kanan yang didakwa sebagai, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) itu boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 29 (c) Akta Pencegah Rasuah.
Di bawah akta itu, Anwar berkemungkinan akan dikenakan hukuman dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Hukuman itu boleh dikenakan berdasarkan notis dari BPR pada 22 Oktober lalu berhubung 'Perintah Mengemukakan Dokumen (di bawah peruntukan Seksyen 22 (1) (b) yang diserahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Tindakan Khas, BPR Putrajaya, Sazali Salbi dalam pertemuan dengan Anwar di pejabat bekas TPM itu Isnin lalu.
Dalam notis itu, Anwar diperintahkan agar menyerahkan rakaman pita selama 14 minit dan jika enggan beliau boleh dikenakan tindakan di bawah sekseyn 29 (c) Akta Pencegah Rasuah 1997 dan boleh dikenakan hukuman dengan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Ketika menerima notis itu, Anwar bagaimanapun tidak memberi sebarang ulasan apabila ditanya sama ada beliau akan mematuhi arahan dalam notis itu.
Ini adalah kali kedua BPR menemui Anwar di pejabatnya berhubung klip video tersebut yang didedahkannya sebulan lalu.
Sebelum ini, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Pegawai Penyelaras Politik Anwar, Sim Tze Tzin menerima notis yang sama. Mereka bagaimanapun enggan mematuhinya, kerana bimbangkan keselamatan sumber klip video itu.
Anwar turut menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh BPR itu hanyalah satu tindakan yang diarah oleh pihak atasan untuk menutup isu sebenar dalam kes Pita Lingam iaitu konspirasi kehakiman dan rasuah yang berlaku.
Anwar memberitahu media pita asal rakaman perbualan itu tidak berada di tangannya, sebaliknya beliau memiliki salinan sahih yang boleh digunakan BPR untuk menentukan kesahihan pita itu.
Hingga kini katanya beliau tetap akan melindungi sumbernya yang memberi rakaman itu dan berjanji jika ada jaminan keselamatan dan kerahsiaan diberi kerajaan kepada pemberi maklumat, beliau akan mendedahkan baki enam minit rakaman perbualan.
Apa yang menyedihkan hingga kini kerajaan langsung tidak memberi keazaman untuk menyiasat kes rasuah dengan memberi jaminan kepada saksi, sebaliknya menggunakan BPR untuk menutup kes ini, katanya.
Dibimbangi siasatan yang dijalankan oleh BPR ini hanyalah satu sandiwara sahaja bagi melambat dan menutup terus kes ini, ujarnya.
Justeru Anwar masih konsisten dengan pendiriannya bahawa satu Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk bagi menyiasat kes itu dengan semua jaminan keselamatan dan kerahsiaan terhadap sumber perlu diberi. - mks.
Warong Kopi`s Comments;
This same fella are on the news again, its gonna be a never ending stories, as he is going on and on and on looking for some reason to be on the headlines. Funny thing is, if he really sincere going for justice as he may say, he might just pass it over to BPR himself the bloody clips that he claimed to be in his tumbdrive. Anyway he got nothing to loose if he do that. What kind of game he is playing now?
Furthermore, I didn’t get the point when he said
"Jika dalam masa lima minit BPR tidak sampai, bukti di tangan saya akan hilang,"
Which means “If ACA (Anti Corruption Agency) couldn’t make it in another 5 minutes, the evidence (the video clips) that currently in my hand will be gone”
A bit too childish I guess.
Last but not least, as far as I remember this fella have tons of supporters during the reformation years 1997-1998 but what happened to his so called die hard fans? During this particulars press conference, only 150 people turn up and that is including the number of local and foreign press and photographers. Here are the invitation for the mass gathering at Anuar`s office for this event. http://anwaribrahimblog.com/2007/10/24/himpunan-solidariti-dengan-dsaipejabat-dsai/
Seems like less people are buying the word from this horse and who knows one day the horsy only talk to himself.
26 October 2007
Batal jumpa Anwar, BPR salahguna akta pencegahan rasuah
at 10:35 AM Posted by localhost
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment