09 October 2007

Parti baru bukti PKR alami krisis dalaman

Berdasarkan Artikel Agenda Daily 7 October 2007. Berita Penuh

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan penubuhan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) membuktikan wujudnya masalah dalaman dan kepimpinan yang serius di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana parti itu diasaskan oleh bekas Ketua Bahagian PKR Kepong, Datuk S. Nallakaruppan yang juga merupakan sahabat karib penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Menurut Najib, perpecahan yang berlaku yang membawa kepada penubuhan parti baru itu memberi gambaran PKR kini berhadapan dengan masalah dalaman yang mampu menggugat keutuhan parti tersebut.

‘‘Mungkin ada masalah dalaman yang besar dalam Parti Keadilan, sebab itulah Datuk Nalla tidak bersama lagi dalam Keadilan dan mengambil keputusan untuk menubuhkan partinya sendiri.

‘‘Saya tunggu komen setelah Datuk Nalla mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendiriannya itu,” kata Najib kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat di Pekan, Pahang, hari Ahad.

Semalam, Nallakaruppan yang juga seorang ahli perniagaan mengumumkan penubuhan parti politik baru MIUP yang mewakili kaum India dengan beliau sendiri akan menjadi Presiden parti itu.

Nallakaruppan merupakan salah seorang yang ‘penting’ semasa pemecatan Anwar dibuat pada tahun 1998.

Nallakaruppan dinilai oleh para pengikut setia Anwar ketika itu sebagai sahabat sejati kerana sanggup berhadapan dengan tindakan undang-undang semata-mata mempertahankan semangat setiakawannya terhadap Anwar.

Malah sepanjang tempoh Anwar dipenjara, Nallakaruppan adalah salah seorang yang banyak menghulurkan bantuan kepada pergerakan politik Parti Keadilan Nasional ketika itu.

Namun, segala-galanya berubah apabila Anwar bebas dan Nallakaruppan merasakan dirinya dipermainkan kerana kepentingan politik Anwar.

Menurut Najib, dalam sistem demokrasi berparlimen, mana-mana pihak boleh menubuhkan parti politik.

Katanya, terpulang kepada rakyat sama ada hendak memberikan sokongan atau tidak kerana ia bergantung kepada dasar-dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

‘‘Terpulang kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mereka sokong. Dasar yang diperjuangkan juga ditentukan oleh parti yang ditubuhkan oleh Datuk Nalla itu,” ujarnya


Komen Warong Kopi;

Ezam pun ada masalah dengan pengerusi Keadilan dan kini pula joint venture dengan Nalla. Memang sah ini cukup membuktikan PKR ada masalah dalaman. Sedangkan Nalla dan Ezam yang merupakan orang kuat DSAI pun sudah muak dengan perjuangan yang sia-sia dan akhirnya mengambil tindakan keluar parti. Dua watak yang cukup dominan dalam PKR bukan sahaja keluar tetapi sekarang menentang PKR secara rasmi. Lebih baik duduk dalam jel sebab pengikut lebih ramai daripada zaman keluar jel. Apa kata DSAI masuk jel semula.

1 comment:

kgbahgia said...

PKR nampak sangat sia sia, tak kemana pun