MALAM tadi (21 Ogos 2007) adalah malam terakhir restoran Kelantan Delights, satu-satunya sahaja restoran masakan Melayu yang beroperasi di Suria KLCC yang menghidang makanan di situ.
Mulai 23hb Ogos berakhirlah riwayatnya setelah beroperasi selama 10 tahun memperkenalkan masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar negeri di situ.
Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas?
Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga
Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa yang dikenakan, ia itu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini.
Pertemuan Biro Ekonomi Pemuda UMNO dengan pihak pengurusan KLCC baru-baru ini telah membuahkan hasil dengan jaminan peluang untuk peniaga bumiputera yang berkemampuan dan berdayasaing untuk terus bertapak di situ
Pemilik Kelantan Delights Encik Juhaidi Yean Abdullah yang juga ditemuramah menyambut baik hasil rundingan tersebut. Beliau juga berharap sokongan berterusan dari Biro Ekonomi Pemuda UMNO.
Sikap pembangkang yang hanya suka mencerca, menghina, mengutuk dan pelbagai lagi tindakan yang tidak proaktif, tidak akan membantu dalam menyelesaikan suatu isu tanpa sebarang tindakan yang rational. Liputan ini telah disiarkan oleh TV3 di waktu berita perdana malam 3 October 2007
Fikir-fikirkan lah Saudara.
2 comments:
terbukti bahawa setiap kemelut ada jalan penyelesaiannya dan peniaga bumiputera tidak pernah dipinggirkan malah nasib mereka akan tetap terbela hingga bila-bila apatah lagi kita di tanah air sendiri. Seharusnya PAS tidak menjadikan perkara ini sebagai satu isu kerana mereka sewajarnya turut sama memberi jalan penyelesaian atas perkara yang berlaku. Kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk membela nasib rakyat yang teraniaya...Hidup UMNO....teruskan perjuangan Pemuda....
Pemuda UMNO...pewaris perjuangan bangsa Melayu....pembela maruah dan penyelamat
Post a Comment