07 May 2008

Isu Karpal pertikai hak sultan - Persoal titah Agong pula

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dibidas pelbagai pihak ekoran tindakannya mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini turut dikritik oleh ahli-ahli Parlimen kerana mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pula.

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan persoalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan diraja dan adakah ia ‘titah kerajaan’ pada perasmian persidangan Parlimen Ke-12 dilihat sebagai perbuatan yang menghina institusi raja.

‘‘Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.

‘‘Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika membahaskan usul terima kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Pada hari pertama persidangan Rabu lepas, Karpal berkeras ingin tahu siapa yang bertanggungjawab menyediakan teks titah Seri Paduka.

‘‘Terlalu banyak soal berkaitan sultan ini, negara ini ditubuh, sebab wujudnya Kesultanan Raja-Raja Melayu. Ini bukan soal perkauman tetapi kedaulatan. Bukit Gelugor semasa (Parlimen) rasmi dulu juga bangkit soalan yang sama,” kata Razali.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangkit mencelah, meminta penjelasan Razali sama ada wajar Karpal dikenakan tindakan.

Razali menjawab: “Saya seorang tidak boleh menentukan tindakan terhadap beliau. Kita semua sudah dewasa dan merupakan wakil rakyat, agenda politik patut diketepikan.”

Ketika ini, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) turut mencelah dan meminta pandangan Razali sama ada Karpal wajar meminta maaf kepada Sultan Azlan Shah kerana mempertikaikan kuasa baginda dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang ingin mempertahankan tindakan bapanya yang ketika itu tiada di dalam Dewan berkata: ‘‘Saya tidak faham apakah salah jika tanya, kenapa takut hendak jawab soalan siapa yang sediakan (titah Agong). Itu yang kita hendak tahu.”

Dalam hal ini, Razali berkata, soal berani atau tidak untuk menjawab soalan itu tidak timbul.

‘‘Apabila sesuatu perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong, itu adalah titah Seri Paduka,” tegasnya.

SETELAH dibidas oleh pelbagai pihak ekoran tindakannya mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) semalam turut dikritik oleh ahli-ahli Parlimen kerana mempersoalkan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menimbulkan persoalan tentang siapa yang menyediakan titah ucapan diraja dan adakah ia ‘titah kerajaan’ pada perasmian persidangan Parlimen ke-12 dilihat sebagai perbuatan yang menghina institusi raja.

“Tuanku merupakan Ketua Negara dan rakyat kena akur dan taat kepada Seri Paduka. Memang Tuanku bertindak atas nasihat Perdana Menteri tetapi tidak perlulah bertanya titah ini titah siapa...titah kerajaan atau titah menterikah.

“Apabila perkara itu dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong maka ia adalah titah Seri Paduka,” kata Razali Ibrahim (BN-Muar).

Dari Utusan Online

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dah berani pertikai dan persoal hak Melayu itu dah dikira kes baidablah namanya. Begitu juga isu tulisan disyorkan dipinggirkan manakala tulisan kaum (perkaumanlah namanya...) Cina dan Tamil, kononnya atas nama muhibah. Bukankah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan itu dah merentasi kaum sifatnya. Bahasa Melayu adalah bahasa hak kepunyaan semua kaum di negara ini. Kaum Yahudi dimurkai Tuhan kerana berasa bangsanya hebat (sombong)dan memandang bangsa lain rendah tarafnya.