16 February 2009

Isu Saman Sultan – Kenapa Pemimpin Melayu Pembangkang ‘Menikus’?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mementingkan diri tidak berani berkata benar apabila enggan mengulas Titah Sultan Selangor yang melahirkan rasa dukacita terhadap perkembangan yang mempersoal kewibawaan dan kedaulatan Raja berhubung isu kemelut politik di Perak sekarang.

“Soal (kenyataan) Sultan Selangor berhubung isu itu saya tidak mahu ulas, sebab sekarang isu berkaitan (Sultan) selalunya saya tak nak ulas, termasuk Sultan Kelantan sendiri,” katanya.

Hakikatnya di sini Menteri Besar Kelantan itu ‘play safe’ dan jelas sekali beliau seorang yang hipokrit dan pentingkan diri.

Begitu juga Nik Aziz kata Karpal bersendirian dalam tindakannya untuk menyaman Sultan Perak

“Tidak boleh diambil kira. Dia orang tua, malah di kalangan muda dalam Dap sendiri, tak pedulikan dia.

“Semua kenyataan Karpal adalah pandangan peribadinya dan disebabkan itu segala tindak tanduk Karpal dalam isu berkaitan tak menjejaskan hubungan dengan parti-parti dalam pakatan rakyat dan Pas sendiri,”

Matematik mudah, antara Nik Aziz dan Karpal, siapakah lebih tua?

Sudah pasti Nik Aziz kerana dia lahir pada tahun 1931 sedangkan Karpal lahir 1940.

Jelas di sini pakatan pembangkang tidak sekepala dalam membuat sesuatu tindakan dan sentiasa bertindak sesuka hati. Ini menunjukkan mereka memang takkan mampu berpakat mentadbir, sebagai contoh, tumbangnya kerajaan campuran Perak yang hanya berusia 10 bulan sahaja.

Kalau ahli Dap tidak setuju dengan Karpal, Lim Kit Siang tidak akan berada di sisinya sewaktu sidang media Karpal memberi amaran kepada yang membuat laporan polis terhadapnya mengenai saman Tuanku.

Dasar kurang ajar dan Melayu tak sedar diri pun terus menyokong dan sekongkol dengan Dap. Entah nanti ustaz ‘beli’ mana pulak akan jadi calon pilihan raya bagi Dap nanti. Sejarah telah membuktikan…

Nik Aziz dan Wan Azizah bacul sangatkah sampai sanggup biarkan kroni sekongkolan mereka menyaman Raja Melayu mereka. Betapa hinanya manusia sebegini. Jangan pelik, satu hari nanti agama Islam pun tergadai dek kerana mahukan kuasa dan pengaruh duniawi.

DSAI kenapa membisu. Berilah kenyataan!!

1 comment:

Anonymous said...

maka terjadi lah politikus menikus?