27 April 2007

Tian Chua baru jumpa bomoh pengundi hantu

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata , beliau telah mengarahkan jentera PKR dan PAS dari seluruh Malaysia untuk berkampung di Ijok mulai hari ini. Beliau mendakwa , telah mengenal pasti lebih 1, 200 pengundi berdaftar yang mencurigakan dalam senarai yang dikeluarkan SPR.

KomenKU:
Dia tu orang tempatan ke yang tahu sangat senarai nama pengundi yang mencurigakan? ATAU dah dapat agak akan kalah dengan majority 1,200 orang? TAKTIK penipu bomoh pengundi hantu kita boleh baca dah!!! Kalau ada dalam senarai SPR, hantu kemende lagi? Dia mungkin pengundi luar yang pernah menetap di Ijok dan tidak menukar alamat pada daftar pemilih. So, balik Ijok mengundi le……bawalah kamera banyak-banyak…..


Read more!

25 April 2007

BN semakin terdesak di Ijok - Khalid Ibrahim sangkal Najib

IJOK, 24 April (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang sering mengungit tentang tugas-tugas beliau sebelum ini di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Guthrie.
KomenKU:
Apa tak ungkitnya, engkau menipu orang terang-terangan, ngaku bawa balik Guthrie la, ngaku mencetuskan idea ASB la. Tipu belaka.


"Saya tidak mahu bercakap banyak hal ini, kerana hakikatnya dalam sesebuah organisasi, hanya dua tiga orang yang bertanggungjawab besar mengendalikannya, orang-orang yang di atas tidak berapa mengetahui," tegasnya dalam wawancara khas bersama Harakah dekat sini.
KomenKU:
Memanglah pengarah tak berapa tahu, biasanya CEO dan Pengurus Besar yang tahu banyak, tapi menipu banyak sangat. Tak baik.


Menurut Khalid, serangan terhadap pengalaman dan hasil kerja beliau di beberapa buah institusi korporat sengaja ditimbulkan kerana Barisan Nasional sudah semakin terdesak di Ijok.
KomenKU:
Apa yang terdesaknya? BN relax je, kerja macam di kawasan lain juga.


Tokoh korporat tersebut memberitahu, rata-rata pengundi Melayu yang beliau temui sendiri, khususnya di kawasan kubu Umno, menyatakan sokongan secara senyap-senyap kepada beliau.
KomenKU:
Pengundi Cina yang aku jumpa pun beritahu hal yang sama, depan engkorang , angguk sokong tapi bila engkorang (tian Chua) balik, mereka blah kecuali DAP totok!!


"Mereka nyatakan sokongan tetapi mereka tidak berani ke hadapan, saya kata saya faham kerana dalam suasana yang tertekan ini macam-macam boleh berlaku," katanya.
KomenKU:
Sejarah pilihanraya negara berapa ramai yang dah jadi korban agaknya yea?


Berdasarkan sambutan yang diterima dari kalangan pengundi kaum Tionghua, Khalid berkata beliau semakin yakin mereka akan mengundi beliau, kerana orang-orang Cina tahu apakah manfaat yang diperolehi dari wakil rakyat yang boleh membantu membangunkan ekonomi.
KomenKU;
Kalau engkau melawan arus dengan pemerintah Negeri, apa yang engkau boleh buat? Nak bangunkan ekonomi dengan apa? Engkau takde sokongan kerjaan negeri,sia-sia je undi engkau!!!


Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua yang berkampung di kawasan pengundi Cina sejak hari penamaan calon berkata, setakat hari ini, beliau yakin pengundi Cina sudah memberi signal untuk memilih Khalid.
"Saya harap orang-orang PAS bantu kita kerja kuat sikit di kawasan Melayu untuk membantu kemenangan Tan Sri," ujarnya.
Sementara bagi aktivis politik, Saifudin Nasution Ismail, yang ditemui di Pekan Ijok berkata, berdasarkan pengalaman beliau berkempen di Dun Lunas tahun 2001 yang lalu, beliau melihat banyak persamaan kecenderungan pengundi.
"Bagi saya, Cina Ijok sudah menjadi Cina Lunas (menyokong dan mengundi calon pembangkang), saya harap dalam beberapa hari terakhir ini, Melayu Ijok akan menjadi Melayu Lunas pula," kata beliau yang juga bekas Adun Lunas, Kedah.
KomenKU:
Aku dengar Saifuddin dah kena pujuk? Hari tu merajuk kejap?hehehe


Menyentuh tentang isu lain Khalid berkata, beliau tidak mengambil kira dengan gelaran 'Heavyweigth' yang diuar-uarkan sendiri oleh orang-orang BN.
"Saya kemukakan 'track-record' saya untuk diadili oleh rakyat, saya bukan hendak menjadi wakil rakyat, yang hanya membangunkan kawasan mengikut kehendak orang atasan, saya ada idea untuk bangunkan Ijok ini," ujar beliau
KomenKU:
Idea tanpa sokongan kerjaan negeri engkau tak kemana!


Khalid menegaskan beliau tidak pernah menyerang keperibadian mana-mana pemimpin, tetapi pelik kerana Najib dan beberapa orang pemimpin BN sering menghentam beliau.
"Sehingga apabila DAP bantu saya pun (berkempen), mereka menyelar saya. Sedang ini negara demokrasi, mengapa harus dibangkit perkara sebegini," ujarnya.
KomenKU:
Awas Melayu Ijok, jangan termakan pujuk rayu Keadilan yang bersongkongkol dengan DAP yang mahu laungan azan dihentikan, dia nak jadikan Malaysia macam Singapore agaknya. Menyokong Keadilan bermakna subahat . Jangan sekali-kali bersekongkol dengan DAP. Dulu Karpal kata langkah mayat dia sebelum isytiharkan negara Islam , kini Tan Seng Giaw pulak kata hentikan laungan azan di surau dan masjid. Takke kurang ajar ajar namanya.


Khalid juga yakin beliau boleh memberi sumbangan untuk membangunkan Ijok walaupun tidak dibantu oleh jentera kerajaan.
KomenKU:
Banyak duit? Mana mari. Anwar mau sponser ke? Tak pelik!!


Serentak dengan itu beliau menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, yang mendakwa, seseorang wakil rakyat hanya boleh efektif untuk membangunkan sesebuah kawasan yang diwakilinya jika menjadi Adun dari parti kerajaan.
Katanya, jika sesebuah kerajaan hanya membangunkan kawasan yang diwakili oleh anggota partinya, ia merupakan suatu kesilapan.
"Tujuan diwujudkan kerajaan ialah untuk menyelaraskan pembangunan di sesebuah komuniti, saya rasa ini adalah konsep yang salah dan tidak wajar diteruskan," katanya.
KomenKU:
Sudahlah selama ni berapa ramai kaum lain di negara ni yang mati kebulur? Berapa ramai rakyat yang merempat? Yang merempat tu pemalas je. Kebiasaanya yang susah akan dibantu kerajaan. Warga asing pun berebut cari makan di negara ini.


Read more!

24 April 2007

TUDUHAN TAK HABIS LAGI PKR?

“Bila dia sebut macam itu, dia ada perancangan buat kerja itu. Pemuda UMNO kalau benar nak buat kenapa tak buat pada pilihanraya sebelum ini, di Pengkalan Pasir….Machap”

Kenapa tiba-tiba Ijok pulak nak menyamar? Sebenarnya Pemuda dan Putera UMNO lebih bangga menyarung pakaian berlambangkan UMNO daripada menyamar macam iguana. Pemuda dan Putera UMNO ada harga diri dan berani. Tak perlu menyamar.

Surah an – Nahl:125;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…”.

Surah at –Taubah:47;
“Jika mereka berangkat bersama-sama kamu nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke hadapan di celah-celah barisanmu untuk mengadakan kekacauan antaramu sedang antara kamu ada orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang yang zalim.”


Read more!

TERJAWAB CAKAP FITNAH ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK

dipetik dari: http://lahabau.blogspot.com/

Ujian DNA anak lelaki Altantuya, Altanshagai Mukhtulga mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu merupakan anak Altantuya dengan suaminya. Maka dengan ini sesiapa yang memfitnah
“ Anak Razak atau Cucu Razak” terjawab dengan sendirinya.

Riwayat Muslim:
Daripada Abu Hurairah r.r. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.”

Riwayat Muslim:
“Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.”

Surah an-Nur:19;
“Sesungguhnya orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”


Read more!

Dosa sebar fitnah hilangkan pahala terkumpul

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Read more!

RADZI cabar Anwar

“Apa tunggu lagi….cakap saja isu itu (penghapusan hak istimewa orang Melayu) di Ijok bagi meraihkan sokongan orang Melayu”, cabar Radzi.

Sebelum ni dalam pilihanraya kecil di Machap, perkara itu merupakan manisfesto utama perjuangan Anwar Ibrahim. Sebab calon Cina dan pengundinya majority Cina. Tapi di Ijok lain pulak cerita dia, orang macam ni memang tak boleh pakai, lidah bercabang. Perangai macam ular!!!

Macam tu la dia berlakon di hospital. Di dalam wad berdiri tegak, berjalan ke sana ke mari tapi di depan orang ramai , siap duduk atas roda. Shah Rukh Khan pun kalah dengan lakonan dia. Muka tak tahu malu betul , boleh berlakon depan kakitangan hospital. Di Penjara Sungai Buloh pun dengar cerita dia main sepaktakraw, tapi depan media berlakon sakit belakang. (Slip disc konon).

***
APA LAGI NAK TUNGGU...DAH DICABAR OLEH MENTERI TAKKAN NAK DOK DIAM KOT


Read more!

Jentera BN Bersiap Sedia - Najib
















Read more!

23 April 2007

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini.
Diakenababe:
Tengok betapa kurang ajarnya si DAP ni, anggota BA yang engkorang saying sangat tu!! DS Ong Ka Ting tak pernah keluar kenyataan macam tu pun! Tun Ling Liong Sik berpuluh tahun menerajui MCA tak pernah pun bersuara sedemikian. Si DAP ni berani keluar kenyataan begitu. PAS!! Apasal tak buat demonstrasi? Keluarkan bantahan. Repot polis!! Kenapa jadi bacul? Sebab dia anggota BA? Pastikan jangan seorang pun orang Islam yang mengundi DAP. Tak tahu hormat agama lain langsung! Islam yang takde maruah je sokong DAP ni.


Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007 bagi memperkukuhkan hujah untuk mewujudkan 'Interfaith Council' (IFC).
Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut. Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan?
Diakenababe:
Pindah je dari kawasan tu! Kalau nak duduk selesa masuk hutan la!! Aduan bodoh macam tu pun nak masuk dalam Dewan Rakyat? Tapislah sikit, kalau tak jangan jadi Ahli Parlimen, kalau tak boleh nak fikir benda yang sensitive macam tu. Bau colok jiran-jiran bukan Melayu kami pun masuk baunya hingga ke dalam rumah kami. Tapi kami tutup mulut je demi jaga hati jiran!!


Tan perlu memahami adat dan budaya semua kaum memandangkan beliau adalah seorang ahli Parlimen yang mewakili satu kawasan yang turut dihuni oleh umat Islam juga.
Wajib bagi beliau belajar untuk memahami budaya umat Islam sama seperti umat Islam memahami budaya masyarakat Cina yang melakukan banyak upacara yang boleh dikatakan mengganggu suasana siang dan malam kaum lain.
Sebagai contoh, upacara penghormatan bagi ahli keluarga kaum Cina yang meninggal dunia, acara Tahun Baru Cina yang dimeriahkan dengan persembahan gendang Cina, upacara meraikan pesta hantu dan sebagainya.
Umat Islam walaupun ada yang tidak puas hati dengan beberapa amalan kaum Cina tidak pula membangkitnya kerana memahami bahawa itu adalah adat kaum Cina yang harus dihormati.
Jadi DPPWP berasakan bahawa tiada sebab untuk Tan cuba menghalang azan dikumandangkan kerana ia ditujukan kepada umat Islam bagi memaklumkan waktu sembahyang dan mengajak mereka bersembahyang di masjid atau surau.
Ini adalah amalan agama umat Islam yang patut dihormati dan setelah 50 tahun negara merdeka kita sebenarnya telah menerima kontrak sosial ini secara bersama. Oleh itu tiada sebab untuk Tan cuba menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
Diakenababe:
Kenapa tak pandai ajar sekutu engkorang ke? Gerakan Wil Persekutuan dah minta maaf. DAP kenapa tak desak? Takut?


DPPWP akan mengaturkan satu pertemuan berupa dialog bersama Tan serta pimpinan DAP lainnya bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara baik. Demontrasi adalah satu pilihan jika isu ini gagal diselesaikan melalui dialog tersebut.
DPPWP mahu agar Tan menarik balik cadangan beliau agar daripada lima kali azan yang dilaungkan setiap hari, satu azan dilaungkan dengan perlahan agar tidak mengganggu kaum lain.
Beliau juga harus meminta maaf kepada umat Islam atas keterlanjuran desakan beliau yang didasari oleh kehendak seorang penyokong beliau yang tidak memaham amalan dan hak umat Islam.
Diakenababe:
Jangan beri muka! Dulu masa Gerakan tunjuk taring sangat> Mana Mahfuz, beri kenyataan!!


Secara kesimpulannya DPPWP menolak cadangan Tan dan berharap agar pihak kerajaan tidak melayan permohonan beliau agar azan dikumandangkan dengan perlahan kerana ia adalah salah satu dari syiar Islam yang amat penting.
DPPWP juga berharap agar isu-isu berkaitan dengan agama dan amalan umat Islam atau agama lain tidak dibangkitkan atau dipertikaikan bagi mengelakkan perpecahan rakyat yang mengundang sengketa yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Perbezaan pendapat dan fahaman agama adalah satu perkara yang kita harus fahami dan hormati.
Semoga hubungan antara kaum dan agama di negara dapat terus dijaga dan dipelihara bagi memastikan kelestarian hubungan yang harmoni dan keamanan negara dapat terus dikecapi hingga ke generasi mendatang. - lanh
* Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Read more!

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok yang berakhir pada jam 11.00 pagi semalam diserikan dengan lagu-lagu sinis menghentam Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang dinyanyikan oleh ribuan penyokong Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) di hadapan Dewan Orang Ramai, Batang Berjuntai.

KOMENKU:
Bila bertanding dengan parti lain tak pulak jadi kecoh macam tu. Bak kata perpatah Melayu “ Bapa Borek , anak rintik”.


Kehadiran Najib dan isterinya Rosmah Mansor mendapat perhatian yang cukup kuat dari penyokong KeADILan yang bersorak menghentam Najib berikutan pemimpin nombor dua negara itu enggan menjawab tuduhan yang dikaitkan dengannya dala isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu.
KOMENKU:
Apa kena mengena dengan DS Najib? Dia jawab pun bukan orang nak percaya, pasti fitnah berterusan. Pembangkang memang hati busuk!!
'Kapal selam', 'Mongolia', 'Altantuya' lagu perli Najib


Ketika mula melintas masuk ke dalam dewan selepas selesai pengumuman yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Najib diperdengarkan dengan lagu-lagu yang menyebut antara lain nama 'Altantuya', 'C4', 'Mongolia', 'Kapal Selam' dan tidak kurang yang menyanyi sambil mendesak Najib menjawab tuduhan itu.
KOMENKU:
AZMIN ALI yang kaya raya tu kena tak persoalkan? Dia kan pernah bekerja dengan ANWAR IBRAHIM dulu, mesti ada connection. Tapi bukan kerja penyokong kerajaan memfitnah orang.Agaknya bisnes apa yang dia buat sebelum dibuang daripada jawatan SUSK TPM. Gaji gomen berapa sangat!!


Suasana menjadi tegang bila mana beberapa pegawai polis yang kelihatan tidak senang duduk dengan penghinaan yang dibuat penyokong KeADILan itu ke atas Najib cuba meminta penyokong berdiam.
KOMENKU:
Orang yang menghina orang lain mungkin lebih hina daripada orang yang dihinanya.
Surah Al Ahzab: 58
“ Dan orang yang menyakiti orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata”.

Surah Al Hujurat :12
“Wahai orang yang beriman!Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat , lagi Maha Mengasihani”.


Tanpa menghiraukan arahan pihak polis itu, penyokong meneruskan nyanyian kali ini lebih kuat lagi bila mana Pemangku Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin dan N.Gobalakrisnan serta Naib Presiden KeADILan, Xavier Fernandes memberi 'signal' kepada penyokong untuk menguatkan nyanyian itu.


Read more!

KUALA LUMPUR, 21 April (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, sebagai parti pembangkang, PAS berhak untuk bersama-sama bersuara dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok.
Katanya, walaupun PAS tidak bertanding tetapi sebagai sebuah komponen dalam Barisan Alternatif (BA) PAS tetap akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diletakkan untuk melawan Barisan Nasional (BN) di situ.

KomenKu:
OOOOOkomponen? Jadi DAP kurang ajar tu , mencabar laungan azan tu parti komponen BA ya? Kalau calon Melayu di Ijok pun takut kat DAP, nak undi buat apa? Tolak saja. Biar K. Parthiban yang India tu asalkan hormatkan agama Islam.


“PAS masuk ke Ijok sebagai BA dan BA itu pula hanya PAS dan PKR,” katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

KomenKu:
Ohh sebab pengundi Cina kurang, maka komponennya PKR dan PAS, kalau pilihanraya umum , DAP masuk pulak! Atau takut nak ngaku DAP komponen sebab Tan Seng Giaw menyuarakan rasa tidak senang hati terhadap laungan azan? Agama punya isu jangan main politik la. Ulamak atau ular dalam semak?


Media pro kerajaan semalam dipetik mengkritik Ustaz Nasharudin kerana turut mengkritik pihak berkuasa dalam isu insiden pergaduhan semasa hari penamaan calon di Ijok pada 19 April lepas.
Bagi mereka Ustaz Nasharudin tidak sepatutnya berbuat demikian kerana PAS bukan bertanding di situ

KomenKu:
Tak bertanding pun mulut masih jahat jugak! Fitnah sana-sini.


Read more!

20 April 2007

Rombakan Kabinet Selepas Ijok:Najib Akan Pindah Kementerian?SMS keempat yang dikirimkan oleh Toyol saya awal pagi semalam mengatakan bahawa satu rombakan kabinet yang agak kecil mungkin dilakukan selepas PRK DUN Ijok.

Diakenababe:
Kemende le engkau ni Ron tak habis-habis dengan spekulasi! Dulu heboh gak pasal rombakan kabinet, tapi senyap je. Ni timbul balik. Engkau ni macam terkilan je…(teringin nak jadi Menteri?)


Senator Tan Sri Mohammad Muhd. Taib, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, diura-urakan menjadi Menteri Pertahanan.Ura-ura ini menimbulkan spekulasi terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang juga Menteri Pertahanan.Kalaulah ura-ura mengenai Tan Sri Muhammad ini jadi kenyataan, ke kementerian manakah Datuk Seri Mohd. Najib akan berpindah?Mungkinkah beliau akan berpindah ke Kementrian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah? Atau, mungkinkah Datuk Seri Mohd. Najib hanya akan bertugas sepenuh masa sebagai Timbalan Perdana Menteri sahaja?Spekulasi ini sedang hangat diperkatakan, terutama sekali bila Datuk Seri Mohd. Najib kini sedang diserang secara bertubi-tubi oleh pihak pembangkang atas tuduhan bebrapa penyelewengan membabitkan Kementerian Pertahanan.Serangan sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi, mungkinkah ianya memang disengajakan oleh sesetengah pihak yang berkonspirasi dengan pembangkang semata-mata untuk mencemarkan kredibaliti dan integriti Datuk Seri Mohd. Najib sebagai tokoh nombor dua negara? –

Diakenababe:
Kemende le sangat serangan tu? Tiada bukti pun, pandailah engkau nak laga-lagakan dalaman UMNO. Pembangkang yang sengaja buat cerita , mereka ni menjadi api dalam sekam . Saja nak pecah belahkan UMNO.


Read more!

17 April 2007

Anwar: BTN hentikan jadi alat fitnah Umno

GELUGOR: Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memperalatkan Biro Tatanegara (BTN) yang di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengadakan kursus penerangan mengugut orang Melayu kononnya kedudukan bangsa Melayu kini sedang terancam oleh kaum Cina.“Saya hendak jawab, ekonomi Melayu, masalah Melayu terancam bukan kerana Cina hendak telan (kita), tetapi kerana pemimpin Melayu rasuah dan menzalimi bangsa mereka sendiri.
KomenKU:
Wei Nwar, betul tu…masa engkau jadi Menteri Kewangan semua pink form dapat kat kroni , kalau tak yakkanlah Azmin yang Cuma Pegawai di pejabat engkau dapat jadi jutawan dan mampu beli rumah di Taman Tasik Titiwangsa. Mahal tu , gaji dia memang tak layak untuk beli rumah tu. Projek yang mana engkau bagi kat dia? Takyah nak burukkan bangsa sendiri demi meraih undi Cina di negara ini. Takyahle berkempen memburukkan Melayu sampai masuk ke Tokong – tokong. Bukan salah masuk tokong tapi biarlah berpada.


“Saya yakin kalau pemimpin Melayu tidak rasuah, kita boleh bela nasib orang Melayu dan memberikan keadilan kepada kaum Cina dan India.”
KomenKU:
Bila tak berkuasa macam-macam engkau cakap , dulu hang buat apa? Tahu TELAN projek je ke?


Beliau berkata demikian dalam ceramahnya sempena Majlis Makan Malam, di Padang Menora, dekat sini, Sabtu.Anwar turut mengecam BTN yang terus menabur fitnah, kononnya beliau agen Yahudi dan Amerika, hanya berdasarkan foto beliau disambut permaidani merah sewaktu melawat negara itu ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri
Jelasnya, sambutan permaidani merah, yang diterimanya bukan sekadar di Amerika tetapi juga di Mesir, Indonesia, Arab, Filipina dan banyak negara lain.AGEN YAHUDI
Katanya BTN sepatutnya mendedahkan perkara sebenar, siapakah pemimpin negara yang membayar jutaan ringgit kepada pelobi Yahudi Jack Abramoff, semata-mata hanya ingin bertemu dengan Presiden Amerika, George Bush.
KomenKU:
Tengok kalau betul bagai di kata engkau, betapa berpengaruhnya engkau sebab mudah jumpa kaum bkerabat YAHUDI, sedangkan Dr Mahathir , Perdana Menteri Malaysia sendiri kena melobi. Kalau bayar pun apa salahnya, Dr Mahathir jumpa Bush nyatakan pendirian Malaysia bukan macam engkau tu ……


Abramoff pemilik syarikat perjudian yang menipu orang Red Indian Amerika telah didakwa atas kesalahan rasuah dan menipu.
Beliau adalah seorang Yahudi Ortodoks dan penyokong kuat Israel.
“Kita tidak memusuhi semua Yahudi, tetapi kita memusuhi Yahudi yang zalim macam Israel,” jelas Anwar.Media barat pernah mendedahkan skandal tersebut tahun lalu.Dilaporkan tindakan kerajaan Malaysia mengupah Abramoff bermula apabila Malaysia mahu memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat dengan mengaturkan pertemuan dalam tahun 2002 antara Dr Mahathir dengan Bush.Kerajaan Malaysia didakwa membayar AS$1.2 juta (kira-kira RM4.46 juta) kepada Abramoff, untuk menjayakan pertemuan itu.
KomenKU:Apa herannya barat tu, jahat! Apa yang mereka buat semua ada agenda nak jahanamkan kita. Apa baiknya mereka di Iraq? Bagus sangat ke mereka ni Nwar? Setiap apa yang barat buat tu baik sangat ke? Memang budaya Amerika membenarkan amalan pelobi ni. Takkan tak tau kot?

Dokumen-dokumen yang diperolehi oleh para penyiasat Senat Amerika mengesahkan sekurang-kurangnya $AS900,000 dari jumlah itu.
Bayaran kepada Abramoff telah dibuat melalui kedutaan Malaysia di Washington DC.
Berdasarkan muka surat 59 Laporan Jawatankuasa Senat Amerika Mengenai Hal-Ehwal Orang-orang Indian, mendedahkan satu invois telah dikemukakan kepada Kedutaan Malaysia, untuk perhatian Dr Fauziah Mohamad Taib, yang pada masa itu adalah Timbalan Ketua Misi Malaysia di Kedutaan Malaysia di Washington.MEDIA MALAYSIA PADAM BERITAMenurut Anwar bayaran tersebut telah disambung bayar oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi.“Perkara ini tidak dilaporkan dalam media Malaysia, kerana hendak menutup pekung dan rasuah pemimpin negara” ujar Anwar.
KomenKU:
Ek eleh…. Rasuah konon…budaya ini diterima barat yang engkau agungkan tu!!!


“Ini fitnahkah, saya ada bukti, polis tidak pernah bertanya saya.“BTN patut jelaskan hal ini, jangan hanya pandai fitnah,” ujarnya. Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan invois, berjumlah AS$300,000 datang daripada badan palsu yang dinamakan American International Center (AIC) sebuah pusat "pemikir antarabangsa" palsu untuk bayaran perkhidmatan dari 19 Jun hingga 19 Ogos 2001.
KomenKU:
Raja Petra tu sapa sangat? Dia kutip mana entah invois tu. Siapalah dia tu, macam bagus je. Siapalah yang dia rasuah untuk dapat dapatkan invois tu kan?


AIC ditubuhkan oleh rakan Abramoff, Michael Scanlon, di sebuah rumah kawasan pantai di Delaware.Dilaporkan juga bekas sekutu Abramoff, Duta Malaysia, Ghazzali bin Sheikh Abdul Khalid telah menemui Abramoff beberapa kali.
Berhubung perkara tersebut, Dr Mahathir pernah menjelaskan sudah menjadi amalan kerajaan Amerika Syarikat untuk meminta mana-mana pihak yang ingin berjumpa dengan presiden negara itu menggunakan khidmat pelobi dan ianya tidak dianggap sebagai rasuah."Sememangnya saya difahamkan ada pihak yang membayar sejumlah wang kepada pelobi di Amerika Syarikat, namun saya tidak tahu siapakah mereka dan ia bukan kerajaan Malaysia. Malah, saya sendiri tidak menyentuh wang itu," kata Dr Mahathir.


Read more!

11 April 2007

Pelajar UKM nyaris dirogol bukti TNC lebih berminat dengan politik

Dan bagi Timbalan Naib Canselor HEP UKM, oleh kerana beliau lebih berminat untuk ‘melindungi keselamatan’ Barisan Nasional daripada mempedulikan keselamatan dan nyawa pelajarnya sendiri, maka pilihan yang ada pada beliau ialah supaya meletakkan jawatan dan menjadi pekerja UMNO/BN sepenuh masaOleh Abdullah Abdul KarimSeluruh negara gempar dengan tersiarnya berita bagaimana dua orang mahasiswi Fakulti Undang-Undang UKM yang nyaris dirogol dan diculik selepas menaiki sebuah bas kilang yang masuk ke kawasan kampus UKM Bangi dua hari lepas. Tambah mengejutkan, Ketua Polis Selangor di dalam sidang akhbarnya pada 4hb April 2007 mengesahkan bahawa polis percaya kejadian tersebut ada kaitan dengan satu sindiket yang cuba melacurkan pelajar-pelajar IPT untuk djual ke pasaran antarabangsa.
Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kejadian yang berlaku ini yang menunjukkan begitu longgarnya kawalan keselamatan di kampus UKM dan kami percaya situasi yang sama juga di kampus-kampus yang lain.

Diakenababe:
Orang lain pun pandang serius jugak….


Persoalan penting yang perlu dijawab oleh pihak pengurusan UKM ialah bagaimana bas yang dipandu penjenayah terbabit boleh membolosi pintu masuk utama Kampus UKM Bangi dan selepas itu boleh pula mengambil dan menurunkan pelajar-pelajar di dalam kawasan kampus serta keluar kembali tanpa menimbulkan kecurigaan langsung di pihak Unit Keselamatan Pelajar yang sepanjang masa berkawal di pintu masuk.

Diakenababe:
Pengawal keselamatan tu jaga pintu masuk je….ada yang lalai le tu!


Apakah Unit Keselamatan UKM kekurangan pengawal-pengawal keselamatan? Atau pun kekuatan yang ada pada Unit tersebut ditumpukan untuk tugas-tugas lain di luar kampus? Naib Canselor dan juga pegawai-pegawai kanan UKM perlu menjelaskan perkara ini kepada umum.

Diakenababe:
Banyak la nak buat cerita rekaan tu…nak tuduh macam-macam le tu….


Pada saat banyak persoalan berkaitan dengan kejadian tersebut tidak berjawab, kita dikejutkan dengan pendedahan bagaimana IPTA-IPTA seluruh negara atas seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat sebarang pembabitan pelajar universiti awam di dalam kempen menyokong parti pembangkang di dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap. Yang lebih mengejutkan, jawatankuasa tersebut khabarnya dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Profesor Dato Dr Mohd Wahid Shamsuddin, individu yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan para pelajarnya di UKM!
Terbongkarnya sekali lagi komplot kotor dan jahat IPTA-KPT-UMNO/BN ini semacam menemukan kita dengan jawapan terhadap persoalan bagaimana longgarnya kawalan keselamatan di UKM. Bukan rahsia lagi sejak beberapa kali Pilihanraya kecil dan juga Pilihanraya Umum 2004, KPT dan pentadbir IPTA telah menubuhkan jawatankuasa yang sama dengan meronda di sekitar kawasan pilihanraya untuk menangkap para pelajar yang terlibat berkempen membantu parti pembangkang. Yang peliknya sekiranya pelajar terlibat membantu BN, tiada tindakan dikenakan sedangkan ianya juga melanggar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Sudah tentulah jawatankuasa tersebut dibiayai dengan jutaan ringgit dana lumayan oleh KPT dan IPTA-IPTA sendiri yang diambil dari wang cukai rakyat dan yuran pelajar dan semestinya turut melibatkan unit keselamatan IPTA-IPTA. Malang sekali pelajar yang merasakan keselamatan mereka terjamin dan terkawal di kampus, rupanya diabaikan oleh kerana IPTA-IPTA lebih berminat untuk mengawal pembabitan pelajar dengan pembangkang. Sedangkan jika benar sekali pun para pelajar terlibat dengan kempen pilihanraya, samada di pihak BN atau BA, mereka terjamin keselamatan dari dirogol atau diculik.

Diakenababe:
Apasal Nik Aziz tak letak jawatan bila wanita Kelantan kena rogol?

Dewan Pemuda PAS merasa amat kesal dengan apa yang berlaku dan mendesak supaya jawatankuasa tersebut dibubarkan serta merta dan peruntukan dana awam serta tenaga yang dihabiskan membantu BN tersebut seharusnya ditumpukan untuk memperbaiki kawalan keselamatan di kampus. Pembabitan KPT dan IPTA dalam politik sudah semakin dalam dan begitu melampau. Menteri Pengajian Tinggi dan seluruh Naib-Naib Canselor IPTA mesti tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Diakenababe:
Ek eleh….PAS tak de peluang atau mungkin kurang pengaruh maka Kerajaan/BN disalahkan.


Dan bagi Timbalan Naib Canselor HEP UKM, oleh kerana beliau lebih berminat untuk ‘melindungi keselamatan’ Barisan Nasional daripada mempedulikan keselamatan dan nyawa pelajarnya sendiri, maka pilihan yang ada pada beliau ialah supaya meletakkan jawatan dan menjadi pekerja UMNO/BN sepenuh masa.
Abdullah ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Pemuda PAS Pusat dan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Sesi 2001-2002

Diakenababe:
Engkau dulu kena buang universiti tak? Biasasiswa terima tak? Bukan semua duit cukai yang digunakan untuk perbelanjaan negara, kerajaan buat perniagaan juga seperti menjual minyak mentah dan kelapa sawit. Ada gak yang tak pernah bayar cukai tapi bila cakap asyik ungkit “taxpayer” tak habis-habis.


Read more!

05 April 2007

KenyataanAkhbar Walau seribu panah menyerang ...

Pengorbanan adalah lumrah dalam perjuangan. Dalam 8 tahun berlalu kami sedar ramai pihak telah berkorban; wang, masa, kehidupan dan tenaga yang cukup banyak demi memastikan kelestarian perjuangan dapat diteruskan dan Insya Allah diwariskan kepada generasi depan. Kita juga telah mengerti ada sebahagian dari sahabat-sahabat perjuangan yang tidak BERTAHAN dengan dugaaan, cabaran dan fitnah yang dihunjam kepada kita. Lalu mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan

ARUS PERJUANGAN PARTI.

SETIAP kali tanggal 4 April datang, saya percaya ingatan kita, khususnya penggerak dan aktivis parti, akan segera mengimbas kenangan 8 tahun lalu. Di saat itu kebangkitan suara rakyat sedang melata, semua pihak tidak kira kedudukan, umur, kaum, gender, dari kota dan desa, beramai-ramai menuntut perubahan dan reformasi kerana tidak lagi tahan menyaksikan ketidakadilan yang berlaku.
Kes fitnah dan penghinaan ke atas saudara Anwar Ibrahim adalah sebagai lambang kebejatan ketika itu, di samping tindakan ganas pemerintahan dalam menghadapi kebangkitan rakyat. Lalu, demi menyambut ledakan dan lonjakkan kembali aspirasi keadilan, demokrasi dan daulat hukum (rule of law), tertubuhlah parti Keadilan Nasional (keADILan) yang menyediakan lagi satu wadah perjuangan buat rakyat dan menyambung semangat yang dilontarkan oleh pejuang-pejuang terdahulu.
KomenKu:
Bukan perjuangan bangsa tapi untuk individu, yang kini semakin kurang pengaruhnya. Lepas keluar penjara makin lari orang kanan sekelilingnya , mesti ada sebab. Syukurlah mereka kian sedar kerana dos valium makin kurang.


Namun perlu dingatkan disini bahawa aspirasi perjuangan ini bukan baru, dan tidak hanya berputik pada tahun 1998-1999, ianya telah lama mengakar dan merembes dalam sanubari sejarah bangsa Malaysia. Ia dimulakan dengan perjuangan menuntut kemerdekaan sebenar yang digagaskan sekitar tahun 1930-an oleh pejuang-pejuang nasionalisme yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), lalu membibit idea kemerdekaan.
KomenKu:
Apa pun terbukti dengan usaha UMNO, MCA DAN MIC baru dapat kemerdekaan. UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946, yang mempelopori dan bijak menangkis tipu helah barat bagi mencapai kemerdekaan. Kalau DSAI masih dalam UMNO pasti DSWA sebut UMNO dalam perenggan tersebut.


Ianya diteruskan lagi pada dekad 60-an dan 70-an oleh pejuang bahasa dan kesaksamaan ekonomi, mahasiswa dan pekerja. Selepas tertidur sebentar akibat leka dengan agenda pembangunan dan teknologi rakyat kembali sedar pada 1998. keADILan menyambung tradisi perjuangan bersejarah yang lalu itu.
KomenKu:
Ait! 1998 baru tersedar konon! Sebelum ni selesa di kerusi empuk TPM,tak sedar lagi ya! Jika ditakdirkan DSAI masih jadi TPM, di akan sokong UMNO sampai sekarang. Dengan
masyarakat engkau boleh berbohong tapi dengan Allah, engkau tak boleh, aku pun tak boleh.


Read more!

04 April 2007

Untuk Saudara Hasrul Halid

“Bro, apa yang saya perhatikan, kedua-dua blog tu dari jenis yang tulis sendiri dan komen sendiri. Tapi masa kat komen tu guna nama lain-lain..Blog tahun 60an boleh la guna taktik tu. Tak genuine langsung-langsung!Padan la dengan apa yang depa 'sembah dan sokong' pun. Sori bro, terkasar sikit!”

JAWABKU:
Mana saudara tahu yang kami tulis dan kami jawab sendiri? Selama ini kami memberi komen-komen yang menentang pembangkang tetapi tidak disiarkan. Sekurang-kurangnya kami menulis perkara yang benar, korang banyak fitnah, maki hamun dan menyambung-nyambung fitnah tu lagi oleh para blogers picisan. Kami hanya ‘sembah’ ALLAH!

Sori bro, terkasar sikit

JAWABKU:
Kami tak heran pun…. Dah lali hidu dengan caci makin dan fitnah oleh golongan yang menjadi pencacai.


Read more!

Pak Lah sudah siap sedia cari perlindungan politik

Platfom pemfitnah Malaysia, yakni internet, kini sedang rancak mengkhabar-anginkan bahawa Dolah sudah membeli sebuah(?) rumah di Australia [1], [2], [3]. Saya tidak bercadang mempertikaikan kesohihan gosip ini, kerana saya tahu dari rekod trak yang lepas-lepas, gosip ini akan terbukti benar dalam tempoh terdekat.
KomenKu:
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah menciptakan mereka (daritiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya) – Surah Fussilat ayat 15.

Selepas, sebagaimana biasa, Dolah membuat penafian keras, kalau tidak pun cubaan membelit [4], [5] .
KomenKu:
Mereka berkata : “Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan bantahnmu kepada kami; oleh itu datanglah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar” – Surah Hud ayat 32.

Darihal mempersiapkan rumah di Australia ini, dua perkara terlintas di kepala saya.
Belum apa-apa lagi, Dolah dan Keluarga Bahagianya sudah bercadang untuk mencari perlindungan politik atau suaka politik. Kata Inggeris, political asylum [6]. Begitu tidak yakinkah Dolah dan barisan penasihatnya bahawa UMNO pimpinan Dolah akan menang besar dalam PRU ke 12 kelak? Atau mungkin Dolah dan Menantunya sudah tidak yakin bahawa mereka boleh bertahan dalam UMNO itu sendiri. Yang mana sejurus tersingkirnya mereka dari tampuk kuasa, mereka akan dilayan laksana anggota kasta terbawah masyarakat Hindu kuno, yakni, pariah [7].
Kasihan jiran-jiran baru Dolah di Australia, kerana nilai hartanah mereka akan merudum ekoran kemasukan Dolah sebagi jiran. Ya lah, apa tidaknya, suasana damai taman perumahan ekslusif mereka mungkin akan berserabut dan bergetar dengan segala macam demonstrasi atau bantahan dari pihak-pihak yang menjejaki Dolah atau Menantunya kerana inginkan mereka diadili. Kalau tidak itu pun, rumah Dolah tentunya akan sentiasa dikunjungi pelawat dari kalangan penganut Islam Hadhari yang datang untuk solat berjemaah atau sekadar mencari barokah wal syafaah. Sekurang-kurangnya satu sudut rumah akan dijadikan surau demi melepas ketagihan Dolah menjadi imam. Dan pembaca boleh bayangkanlah betapa Australia itu alergik dengan Islam [8].
KomenKu:
(67:23)Katakanlah (wahai Muhammad) : “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Nawaitu Dolah menghabiskan sebahagian besar masa beliau, sisa-sisa hidup, di Australia sekaligus membawa implikasi berat terhadap masa depan Islam Hadhari [9]. Apakah nasib ugama itu, yang mana di negara lain ianya dipanggil dengan nama – Islam Liberal [10], [11]? Mampukah Islam bentuk ini yang pertama dicadangkan oleh The Rand Corporation sebuah think tank kafir yang berpengkalan di Amerika Syarikat bertahan di Malaysia [12]? Apa akan jadi kepada segala khalifah-khalifah atau wakil mursyid Islam Hadhari di Malaysia [contoh: 13]?
KomenKu:
(67:29) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “ Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.


Read more!

03 April 2007

Anwar Gila Glamour!

Parti Keadilan Rakyat nampaknya begitu yakin telah siap sedia menghadapi pilihan raya umum ke 12, bahkan dengan nada ‘bangga’ akan menang pada kali ini. Begitulah yang diumumkan oleh beberapa pemimpin parti tersebut baru-baru ini. Mereka yakin kerana si DSAI telah kembali ke kancah politik Malaysia ini.

Semasa pilihan raya umum yang lalu pun mereka sering menjadikan ‘lebam mata’ DSAI sebagai modal ceramah dan pelbagai lagi tuduhan kepada kerajaan Barisan Nasional tetapi hasilnya, bertanding di Parlimen sebanyak 59 kerusi cuma menang 1. 121 di DUN, satu pun tak menang!

Keadilan ni tak habis-habis dengan angan-angannya, ingin mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mana nak letak Haji Hadi, Lim Kit Siang, Karpal Singh yang juga ada cita-cita yang sama. Sebuah parti yang terpaksa bergabung dengan parti sosialis untuk bernyawa di arena politik Malaysia ini.

DSAI berterusan dengan mimpinya yang sehingga kini masih berunding dengan parti yang didominasi satu kaum sahaja; DAP dan Pas, yang sanggup mempergunakan kesucian agama Islam demi kepentingan politik mereka.

Bagaimana dengan dongengannya yang sekejap sakit tengkuk, sekejap sakit tulang belakang, tetapi dalam masa yang sama apabila pergi ke oversea utk rawatan, terus sihat wal afiat.

Sebagai seorang yang amat mementingkan ‘cahaya’ glamour, beliau sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadinya, bermula dari zaman di Abim; ketika di UMNO dan terkini di PKR.

Apakah tidak terfikir wahai penyokong-penyokong Anwar, bagaimanakah anda boleh membontoti Anwar yang dahulunya selama berbelas tahun mendokong, menyanjung dan menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional, tetapi disebabkan hal peribadinya alim-alim kucing yang sekian lama terselindung sudah terbongkar dan diketahui umum; dalam beberapa hari setelah dipecat, lantas beralih nada mencaci dan mengeji bahkan hingga ke tahap ingin menjual kerajaan yang dahulunya ditatang dan dipuji.

Kebelakangan ni kita lihat, dah ramai pemimpin PKR sama ada dari peringkat pusat, negeri atau bahagian yang telah meletakkan jawatan bahkan ayam tambatannya juga turut membuat tindakan yang sama. Ini semua disebabkan mereka telah nampak hala tuju parti itu yang semakin tiada fokus dan hanya bermatlamatkan kepentingan si Anwar sahaja.

Kenapa Anwar tak mahu masuk Pas, sebab dia tahu Pas tidak akan memberi laluan kepada beliau memegang jawatan penting. Dengan tertubuhnya parti baru, barulah dia boleh pegang jawatan yang penting. Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah disebabkan agenda peribadi beliau! Seorang yang gila kuasa dan pangkat!


Read more!

02 April 2007

Saifuddin Nasution keluar PKR?

Ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu dilanda kejutan dengan tindakan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari keluar parti…ada juga yang bertanya apa ceritanya pula tentang Saifuddin Nasution,seorang lagi bekas tokoh ternama parti itu yang kini ‘menyepi’ di Kelantan.

Diakenababe:
Tu la Abang Din, DSAI memang tak boleh pakai, Abang Din korbankan diri dan masa depan demi perjuangan reformasi , akhirnya…apa jadi? Datuk Zahid cepat tersedar , maka beliau telahpun cepat berpatah balik. Pengorbanan Abang Din sia-sia saja. Sayang sekali, Abang Din merupakan seorang yang berkaliber, dedikasi dan berpendirian. Kembalilah bersama UMNO semula.


Ada juga desas desus mengatakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan (dulu Nasional) ini juga sudah meninggalkan PKR dan masuk PAS.
Diakenababe:
Abang Din jangan percaya PAS, mereka cakap tak serupa bikin. Kata nak memperjuangankan Islam tapi masih tidur sebantal dengan Karpal Singh yang menentang Malaysia sebagai negara Islam. Kita terapkan Islam secara sistematik tanpa menjejaskan kepentingan agama lain. Akhlak dan amalan kita yang perlu menjadi contoh, bukan material atau paksaan untuk perkembangan Islam.


Namun begitu ketika dihubungi Saifuddin,calon Parti Keadilan yang pernah menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil di Lunas,Kedah memberi jawapan yang agak membingungkan.
Diakenababe:
Tengok! Kalau betul DSAI menghargai Abang Din, takkan jadi begini. Dia dengar nasihat Abang Din. Saya kenal Abang Din dan cara pemikiran Abang Din yang rasional tu.


Katanya dari segi teknikal beliau masih lagi ahli PKR. “Tetapi saya sudah lama tidak bayar yuran keahlian parti dan tidak peduli pun samaada saya ahli PKR atau tidak,”katanya. Saifuddin kini berkhidmat sebagai Pengurus Yayasan Tok Kenali,sebuah badan dibawah naungan parti PAS di Kota Bharu.
Diakenababe:
Ketepikan ego Abang Din, kita bersatu seperti dulu semula. Abang Din akan diterima baik dalam UMNO.


Beliau enggan mengulas mengenai tindakan Anuar Shaari,yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Timbalan Perdana Menteri dulu keluar parti serta beberapa kemelut termasuk ketegangan isu pencalonan jawatan Timbalan Presiden PKR. “Saya memang tidak suka cakap hal-hal masalah dalaman parti secara terbuka,”katanya. Menyentuh tentang dirinya,Saifuddin mengakui beliau ‘ada masalah’ dengan beberapa orang dalam parti itu. Ditanya apakah beliau sedia bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang jika ditawarkan tempat oleh parti itu,beliau berkata soal itu tidak timbul. “Tak manis saya cakap hal-hal begitu,”katanya. Menurut Saifuddin tumpuannya sekarang ialah berkhidmat sebaiknya sebagai pengurus yayasan yang diamanahkan keatasnya. “Kini saya berpegang pada dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung,Itulah kesimpulan tentang diri saya sekarang yang dapat saya beri, ” katanya.

Sumber : Agendadaily


Read more!

Mana Pendakwah Melayu atau NGO Melayu?

Saya berada di Hospital KL sejak dua minggu lalu kerana menjaga ibu saya yang terlantar di sana. Setiap petang Ahad terdapat sekumpulan rakyat Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu dan juga bangsa lain yang datang melawat ke katil-katil pesakit.
Mereka membawa hadiah-hadiah di dalam kotak-kotak kecil dan juga minuman botol. Daripada gaya dan penampilan mereka, saya boleh agak yang mereka ini dari kumpulan pendakwah agama tertentu.
Mereka menghampiri katil-katil pesakit dengan senyum dan kata-kata nasihat yang sangat manis. Mereka menawarkan pesakit bantuan dan memberikan nombor untuk dihubungi apabila keluar dari hospital nanti. Tumpuan mereka ialah pada wad-wad kelas bawah yang dihuni golongan miskin dan tidak mampu.
Itulah taktik mereka. Menghulur bantuan, memberi nasihat dan semangat. Agaknya jika yang tengah nazak dan kesempitan tentunya akan menurut apa saja seruan mereka.
Sepanjang tempoh berada di HKL itu juga, tidak pernah saya terserempak dengan orang-orang Islam yang datang bagi tujuan tersebut. Saya tertanya-tanya di manakah NGO, badan-badan amal, agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kebajikan dan dakwah serta individu yang cakap berdegar-degar tentang isu murtad dan gejala sosial? Mengapakah tiada usaha yang sedemikian?
KomenKu:
Kenapa Tanya orang? Awak sendiri apahal? Pergi tak melawat orang di hospital sebelum ni? Atau masuk hospital semata-mata kerana mak awak dalam wad? Melayu dan Islam sering meletakkan kesalahan di bahu orang lain, kalau ada kelemahan. Kenapa tak tanya diri sendiri?

Juga, daripada e-mel yang saya terima (spam) saban hari, ramai orang Melayu (Islam) yang menawarkan pendapatan ratusan ribu malah berjuta melalui skim cepat kaya, e-biz, SMS portal dan sebagainya. Siap dengan gambar cek yang diterima mereka yang berjumlah ratusan ribu ringgit. Oleh itu apalah salah jika 'dicampakkan' sedikit wang untuk berbakti kepada masyarakat.
KomenKu:
Tahukah kamu kalau mereka memberi sedekah. Ada orang yang memberi tanpa tangan kanan mengetahuinya.

Tapi apabila sesuatu badan (saya mengambil contoh Sahabat Interaktif Malaysia - SIM) ingin mengadakan aktiviti untuk rumah anak-anak yatim Nurhikmah, kenapa harus meminta-minta? Tiadakah antara yang kaya raya dengan skim tadi dapat membantu rumah-rumah anak-anak yatim tadi, tanpa perlu lagi kita meminta-minta?
Jika semakin ramai anak-anak Melayu yang dimurtadkan...jangan sentiasa salahkan pihak lain. Jika pendakwah agama tertentu mengambil alih rumah-rumah kebajikan, jangan nak mengamuk nak bakar itu ini. Salahkan diri sendiri kerana tak berusaha mengatasi dan membantu kesulitan dan kesusahan sesama ummah.
KomenKu:
Masalahnya pegawai kerajaan yang ada di agensi pertubuhan berkaitan agama , ramai yang menyokong pembangkang. Cakap berdegar-degar pasal politik, tapi malas bekerja. Pendakwah tak mau keluar berdakwah, lebih suka duduk dalam pejabat. Di Universiti buat kursus dakwah dan kepimpinan, tapi bila diberi kerja , tak mau berdakwah. Gaji kerajaan bayar ambil, tapi dalam masa yang sama kutuk kerajaan, kerja tak buat jugak. Masuk pejabat setakat punch card je. Fikir sendiri la , halal atau haram duit gaji tu.

Bukan saja di HKL, di HB Ipoh pun perkara yang sama berlaku. Kumpulan ini akan menghampiri pesakit yang tidak ada pelawat. Di samping tutur kata yang manis mereka juga membawa buah tangan pelbagai rupa. Setiap petang kumpulan ini datang bertanya khabar, latar belakang dan masalah pesakit.
Mereka akan beredar sebaik sahaja kaum keluarga atau pelawat pesakit datang. Wasalam. – lanh
KomenKu:
Pendakwah agama lain tahu cari kesempatan, “orang alim” kita asyik menyalahkan kerajaan dalam pelbagai hal, too politicking. Agaknya tunjuk imej waraq untuk imej politik je.


Read more!