Parti Keadilan Rakyat nampaknya begitu yakin telah siap sedia menghadapi pilihan raya umum ke 12, bahkan dengan nada ‘bangga’ akan menang pada kali ini. Begitulah yang diumumkan oleh beberapa pemimpin parti tersebut baru-baru ini. Mereka yakin kerana si DSAI telah kembali ke kancah politik Malaysia ini.
Semasa pilihan raya umum yang lalu pun mereka sering menjadikan ‘lebam mata’ DSAI sebagai modal ceramah dan pelbagai lagi tuduhan kepada kerajaan Barisan Nasional tetapi hasilnya, bertanding di Parlimen sebanyak 59 kerusi cuma menang 1. 121 di DUN, satu pun tak menang!
Keadilan ni tak habis-habis dengan angan-angannya, ingin mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mana nak letak Haji Hadi, Lim Kit Siang, Karpal Singh yang juga ada cita-cita yang sama. Sebuah parti yang terpaksa bergabung dengan parti sosialis untuk bernyawa di arena politik Malaysia ini.
DSAI berterusan dengan mimpinya yang sehingga kini masih berunding dengan parti yang didominasi satu kaum sahaja; DAP dan Pas, yang sanggup mempergunakan kesucian agama Islam demi kepentingan politik mereka.
Bagaimana dengan dongengannya yang sekejap sakit tengkuk, sekejap sakit tulang belakang, tetapi dalam masa yang sama apabila pergi ke oversea utk rawatan, terus sihat wal afiat.
Sebagai seorang yang amat mementingkan ‘cahaya’ glamour, beliau sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadinya, bermula dari zaman di Abim; ketika di UMNO dan terkini di PKR.
Apakah tidak terfikir wahai penyokong-penyokong Anwar, bagaimanakah anda boleh membontoti Anwar yang dahulunya selama berbelas tahun mendokong, menyanjung dan menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional, tetapi disebabkan hal peribadinya alim-alim kucing yang sekian lama terselindung sudah terbongkar dan diketahui umum; dalam beberapa hari setelah dipecat, lantas beralih nada mencaci dan mengeji bahkan hingga ke tahap ingin menjual kerajaan yang dahulunya ditatang dan dipuji.
Kebelakangan ni kita lihat, dah ramai pemimpin PKR sama ada dari peringkat pusat, negeri atau bahagian yang telah meletakkan jawatan bahkan ayam tambatannya juga turut membuat tindakan yang sama. Ini semua disebabkan mereka telah nampak hala tuju parti itu yang semakin tiada fokus dan hanya bermatlamatkan kepentingan si Anwar sahaja.
Kenapa Anwar tak mahu masuk Pas, sebab dia tahu Pas tidak akan memberi laluan kepada beliau memegang jawatan penting. Dengan tertubuhnya parti baru, barulah dia boleh pegang jawatan yang penting. Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah disebabkan agenda peribadi beliau! Seorang yang gila kuasa dan pangkat!
03 April 2007
Anwar Gila Glamour!
at 12:48 PM Posted by cicakmankampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Siapa yang tak kenak dengan DSAI? Semua oarang tahu macam mana dia boleh naik sampai jadi TPM... dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat apa yang diingini, kuasa, pangkkat dan kemewahan... Sekiranya DSAI ada pendirian...dia tahu dimana bumi dipijak...dimana langit dijunjung.
Kita perlulah ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku...jawabnya, janganlah jadi pengkhianat bangsa...jangan jadi perosak negara, kejar harta dunia... biarlah kita bersederhana sahaja.
ANWAR IBRAHIM PENGKHIANAT BANGSA, NEGARA DAN AGAMA!
Bersekongkol dengan orang luar nak menjahanamkan Malaysia ni... geram betul aku! dasar keldaian betul la....
Post a Comment