25 April 2007

BN semakin terdesak di Ijok - Khalid Ibrahim sangkal Najib

IJOK, 24 April (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang sering mengungit tentang tugas-tugas beliau sebelum ini di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Guthrie.
KomenKU:
Apa tak ungkitnya, engkau menipu orang terang-terangan, ngaku bawa balik Guthrie la, ngaku mencetuskan idea ASB la. Tipu belaka.


"Saya tidak mahu bercakap banyak hal ini, kerana hakikatnya dalam sesebuah organisasi, hanya dua tiga orang yang bertanggungjawab besar mengendalikannya, orang-orang yang di atas tidak berapa mengetahui," tegasnya dalam wawancara khas bersama Harakah dekat sini.
KomenKU:
Memanglah pengarah tak berapa tahu, biasanya CEO dan Pengurus Besar yang tahu banyak, tapi menipu banyak sangat. Tak baik.


Menurut Khalid, serangan terhadap pengalaman dan hasil kerja beliau di beberapa buah institusi korporat sengaja ditimbulkan kerana Barisan Nasional sudah semakin terdesak di Ijok.
KomenKU:
Apa yang terdesaknya? BN relax je, kerja macam di kawasan lain juga.


Tokoh korporat tersebut memberitahu, rata-rata pengundi Melayu yang beliau temui sendiri, khususnya di kawasan kubu Umno, menyatakan sokongan secara senyap-senyap kepada beliau.
KomenKU:
Pengundi Cina yang aku jumpa pun beritahu hal yang sama, depan engkorang , angguk sokong tapi bila engkorang (tian Chua) balik, mereka blah kecuali DAP totok!!


"Mereka nyatakan sokongan tetapi mereka tidak berani ke hadapan, saya kata saya faham kerana dalam suasana yang tertekan ini macam-macam boleh berlaku," katanya.
KomenKU:
Sejarah pilihanraya negara berapa ramai yang dah jadi korban agaknya yea?


Berdasarkan sambutan yang diterima dari kalangan pengundi kaum Tionghua, Khalid berkata beliau semakin yakin mereka akan mengundi beliau, kerana orang-orang Cina tahu apakah manfaat yang diperolehi dari wakil rakyat yang boleh membantu membangunkan ekonomi.
KomenKU;
Kalau engkau melawan arus dengan pemerintah Negeri, apa yang engkau boleh buat? Nak bangunkan ekonomi dengan apa? Engkau takde sokongan kerjaan negeri,sia-sia je undi engkau!!!


Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua yang berkampung di kawasan pengundi Cina sejak hari penamaan calon berkata, setakat hari ini, beliau yakin pengundi Cina sudah memberi signal untuk memilih Khalid.
"Saya harap orang-orang PAS bantu kita kerja kuat sikit di kawasan Melayu untuk membantu kemenangan Tan Sri," ujarnya.
Sementara bagi aktivis politik, Saifudin Nasution Ismail, yang ditemui di Pekan Ijok berkata, berdasarkan pengalaman beliau berkempen di Dun Lunas tahun 2001 yang lalu, beliau melihat banyak persamaan kecenderungan pengundi.
"Bagi saya, Cina Ijok sudah menjadi Cina Lunas (menyokong dan mengundi calon pembangkang), saya harap dalam beberapa hari terakhir ini, Melayu Ijok akan menjadi Melayu Lunas pula," kata beliau yang juga bekas Adun Lunas, Kedah.
KomenKU:
Aku dengar Saifuddin dah kena pujuk? Hari tu merajuk kejap?hehehe


Menyentuh tentang isu lain Khalid berkata, beliau tidak mengambil kira dengan gelaran 'Heavyweigth' yang diuar-uarkan sendiri oleh orang-orang BN.
"Saya kemukakan 'track-record' saya untuk diadili oleh rakyat, saya bukan hendak menjadi wakil rakyat, yang hanya membangunkan kawasan mengikut kehendak orang atasan, saya ada idea untuk bangunkan Ijok ini," ujar beliau
KomenKU:
Idea tanpa sokongan kerjaan negeri engkau tak kemana!


Khalid menegaskan beliau tidak pernah menyerang keperibadian mana-mana pemimpin, tetapi pelik kerana Najib dan beberapa orang pemimpin BN sering menghentam beliau.
"Sehingga apabila DAP bantu saya pun (berkempen), mereka menyelar saya. Sedang ini negara demokrasi, mengapa harus dibangkit perkara sebegini," ujarnya.
KomenKU:
Awas Melayu Ijok, jangan termakan pujuk rayu Keadilan yang bersongkongkol dengan DAP yang mahu laungan azan dihentikan, dia nak jadikan Malaysia macam Singapore agaknya. Menyokong Keadilan bermakna subahat . Jangan sekali-kali bersekongkol dengan DAP. Dulu Karpal kata langkah mayat dia sebelum isytiharkan negara Islam , kini Tan Seng Giaw pulak kata hentikan laungan azan di surau dan masjid. Takke kurang ajar ajar namanya.


Khalid juga yakin beliau boleh memberi sumbangan untuk membangunkan Ijok walaupun tidak dibantu oleh jentera kerajaan.
KomenKU:
Banyak duit? Mana mari. Anwar mau sponser ke? Tak pelik!!


Serentak dengan itu beliau menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, yang mendakwa, seseorang wakil rakyat hanya boleh efektif untuk membangunkan sesebuah kawasan yang diwakilinya jika menjadi Adun dari parti kerajaan.
Katanya, jika sesebuah kerajaan hanya membangunkan kawasan yang diwakili oleh anggota partinya, ia merupakan suatu kesilapan.
"Tujuan diwujudkan kerajaan ialah untuk menyelaraskan pembangunan di sesebuah komuniti, saya rasa ini adalah konsep yang salah dan tidak wajar diteruskan," katanya.
KomenKU:
Sudahlah selama ni berapa ramai kaum lain di negara ni yang mati kebulur? Berapa ramai rakyat yang merempat? Yang merempat tu pemalas je. Kebiasaanya yang susah akan dibantu kerajaan. Warga asing pun berebut cari makan di negara ini.

No comments: