Platfom pemfitnah Malaysia, yakni internet, kini sedang rancak mengkhabar-anginkan bahawa Dolah sudah membeli sebuah(?) rumah di Australia [1], [2], [3]. Saya tidak bercadang mempertikaikan kesohihan gosip ini, kerana saya tahu dari rekod trak yang lepas-lepas, gosip ini akan terbukti benar dalam tempoh terdekat.
KomenKu:
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah menciptakan mereka (daritiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya) – Surah Fussilat ayat 15.
Selepas, sebagaimana biasa, Dolah membuat penafian keras, kalau tidak pun cubaan membelit [4], [5] .
KomenKu:
Mereka berkata : “Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujah-hujah semasa mengemukakan bantahnmu kepada kami; oleh itu datanglah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar” – Surah Hud ayat 32.
Darihal mempersiapkan rumah di Australia ini, dua perkara terlintas di kepala saya.
Belum apa-apa lagi, Dolah dan Keluarga Bahagianya sudah bercadang untuk mencari perlindungan politik atau suaka politik. Kata Inggeris, political asylum [6]. Begitu tidak yakinkah Dolah dan barisan penasihatnya bahawa UMNO pimpinan Dolah akan menang besar dalam PRU ke 12 kelak? Atau mungkin Dolah dan Menantunya sudah tidak yakin bahawa mereka boleh bertahan dalam UMNO itu sendiri. Yang mana sejurus tersingkirnya mereka dari tampuk kuasa, mereka akan dilayan laksana anggota kasta terbawah masyarakat Hindu kuno, yakni, pariah [7].
Kasihan jiran-jiran baru Dolah di Australia, kerana nilai hartanah mereka akan merudum ekoran kemasukan Dolah sebagi jiran. Ya lah, apa tidaknya, suasana damai taman perumahan ekslusif mereka mungkin akan berserabut dan bergetar dengan segala macam demonstrasi atau bantahan dari pihak-pihak yang menjejaki Dolah atau Menantunya kerana inginkan mereka diadili. Kalau tidak itu pun, rumah Dolah tentunya akan sentiasa dikunjungi pelawat dari kalangan penganut Islam Hadhari yang datang untuk solat berjemaah atau sekadar mencari barokah wal syafaah. Sekurang-kurangnya satu sudut rumah akan dijadikan surau demi melepas ketagihan Dolah menjadi imam. Dan pembaca boleh bayangkanlah betapa Australia itu alergik dengan Islam [8].
KomenKu:
(67:23)Katakanlah (wahai Muhammad) : “Allah yang menciptakan kamu, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati, amatlah sedikit kamu bersyukur”.
Nawaitu Dolah menghabiskan sebahagian besar masa beliau, sisa-sisa hidup, di Australia sekaligus membawa implikasi berat terhadap masa depan Islam Hadhari [9]. Apakah nasib ugama itu, yang mana di negara lain ianya dipanggil dengan nama – Islam Liberal [10], [11]? Mampukah Islam bentuk ini yang pertama dicadangkan oleh The Rand Corporation sebuah think tank kafir yang berpengkalan di Amerika Syarikat bertahan di Malaysia [12]? Apa akan jadi kepada segala khalifah-khalifah atau wakil mursyid Islam Hadhari di Malaysia [contoh: 13]?
KomenKu:
(67:29) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “ Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.
04 April 2007
Pak Lah sudah siap sedia cari perlindungan politik
at 10:15 AM Posted by cicakmankampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment