23 April 2007

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini.
Diakenababe:
Tengok betapa kurang ajarnya si DAP ni, anggota BA yang engkorang saying sangat tu!! DS Ong Ka Ting tak pernah keluar kenyataan macam tu pun! Tun Ling Liong Sik berpuluh tahun menerajui MCA tak pernah pun bersuara sedemikian. Si DAP ni berani keluar kenyataan begitu. PAS!! Apasal tak buat demonstrasi? Keluarkan bantahan. Repot polis!! Kenapa jadi bacul? Sebab dia anggota BA? Pastikan jangan seorang pun orang Islam yang mengundi DAP. Tak tahu hormat agama lain langsung! Islam yang takde maruah je sokong DAP ni.


Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007 bagi memperkukuhkan hujah untuk mewujudkan 'Interfaith Council' (IFC).
Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut. Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan?
Diakenababe:
Pindah je dari kawasan tu! Kalau nak duduk selesa masuk hutan la!! Aduan bodoh macam tu pun nak masuk dalam Dewan Rakyat? Tapislah sikit, kalau tak jangan jadi Ahli Parlimen, kalau tak boleh nak fikir benda yang sensitive macam tu. Bau colok jiran-jiran bukan Melayu kami pun masuk baunya hingga ke dalam rumah kami. Tapi kami tutup mulut je demi jaga hati jiran!!


Tan perlu memahami adat dan budaya semua kaum memandangkan beliau adalah seorang ahli Parlimen yang mewakili satu kawasan yang turut dihuni oleh umat Islam juga.
Wajib bagi beliau belajar untuk memahami budaya umat Islam sama seperti umat Islam memahami budaya masyarakat Cina yang melakukan banyak upacara yang boleh dikatakan mengganggu suasana siang dan malam kaum lain.
Sebagai contoh, upacara penghormatan bagi ahli keluarga kaum Cina yang meninggal dunia, acara Tahun Baru Cina yang dimeriahkan dengan persembahan gendang Cina, upacara meraikan pesta hantu dan sebagainya.
Umat Islam walaupun ada yang tidak puas hati dengan beberapa amalan kaum Cina tidak pula membangkitnya kerana memahami bahawa itu adalah adat kaum Cina yang harus dihormati.
Jadi DPPWP berasakan bahawa tiada sebab untuk Tan cuba menghalang azan dikumandangkan kerana ia ditujukan kepada umat Islam bagi memaklumkan waktu sembahyang dan mengajak mereka bersembahyang di masjid atau surau.
Ini adalah amalan agama umat Islam yang patut dihormati dan setelah 50 tahun negara merdeka kita sebenarnya telah menerima kontrak sosial ini secara bersama. Oleh itu tiada sebab untuk Tan cuba menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
Diakenababe:
Kenapa tak pandai ajar sekutu engkorang ke? Gerakan Wil Persekutuan dah minta maaf. DAP kenapa tak desak? Takut?


DPPWP akan mengaturkan satu pertemuan berupa dialog bersama Tan serta pimpinan DAP lainnya bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini secara baik. Demontrasi adalah satu pilihan jika isu ini gagal diselesaikan melalui dialog tersebut.
DPPWP mahu agar Tan menarik balik cadangan beliau agar daripada lima kali azan yang dilaungkan setiap hari, satu azan dilaungkan dengan perlahan agar tidak mengganggu kaum lain.
Beliau juga harus meminta maaf kepada umat Islam atas keterlanjuran desakan beliau yang didasari oleh kehendak seorang penyokong beliau yang tidak memaham amalan dan hak umat Islam.
Diakenababe:
Jangan beri muka! Dulu masa Gerakan tunjuk taring sangat> Mana Mahfuz, beri kenyataan!!


Secara kesimpulannya DPPWP menolak cadangan Tan dan berharap agar pihak kerajaan tidak melayan permohonan beliau agar azan dikumandangkan dengan perlahan kerana ia adalah salah satu dari syiar Islam yang amat penting.
DPPWP juga berharap agar isu-isu berkaitan dengan agama dan amalan umat Islam atau agama lain tidak dibangkitkan atau dipertikaikan bagi mengelakkan perpecahan rakyat yang mengundang sengketa yang boleh merosakkan keharmonian negara.
Perbezaan pendapat dan fahaman agama adalah satu perkara yang kita harus fahami dan hormati.
Semoga hubungan antara kaum dan agama di negara dapat terus dijaga dan dipelihara bagi memastikan kelestarian hubungan yang harmoni dan keamanan negara dapat terus dikecapi hingga ke generasi mendatang. - lanh
* Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments: