11 April 2007

Pelajar UKM nyaris dirogol bukti TNC lebih berminat dengan politik

Dan bagi Timbalan Naib Canselor HEP UKM, oleh kerana beliau lebih berminat untuk ‘melindungi keselamatan’ Barisan Nasional daripada mempedulikan keselamatan dan nyawa pelajarnya sendiri, maka pilihan yang ada pada beliau ialah supaya meletakkan jawatan dan menjadi pekerja UMNO/BN sepenuh masaOleh Abdullah Abdul KarimSeluruh negara gempar dengan tersiarnya berita bagaimana dua orang mahasiswi Fakulti Undang-Undang UKM yang nyaris dirogol dan diculik selepas menaiki sebuah bas kilang yang masuk ke kawasan kampus UKM Bangi dua hari lepas. Tambah mengejutkan, Ketua Polis Selangor di dalam sidang akhbarnya pada 4hb April 2007 mengesahkan bahawa polis percaya kejadian tersebut ada kaitan dengan satu sindiket yang cuba melacurkan pelajar-pelajar IPT untuk djual ke pasaran antarabangsa.
Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kejadian yang berlaku ini yang menunjukkan begitu longgarnya kawalan keselamatan di kampus UKM dan kami percaya situasi yang sama juga di kampus-kampus yang lain.

Diakenababe:
Orang lain pun pandang serius jugak….


Persoalan penting yang perlu dijawab oleh pihak pengurusan UKM ialah bagaimana bas yang dipandu penjenayah terbabit boleh membolosi pintu masuk utama Kampus UKM Bangi dan selepas itu boleh pula mengambil dan menurunkan pelajar-pelajar di dalam kawasan kampus serta keluar kembali tanpa menimbulkan kecurigaan langsung di pihak Unit Keselamatan Pelajar yang sepanjang masa berkawal di pintu masuk.

Diakenababe:
Pengawal keselamatan tu jaga pintu masuk je….ada yang lalai le tu!


Apakah Unit Keselamatan UKM kekurangan pengawal-pengawal keselamatan? Atau pun kekuatan yang ada pada Unit tersebut ditumpukan untuk tugas-tugas lain di luar kampus? Naib Canselor dan juga pegawai-pegawai kanan UKM perlu menjelaskan perkara ini kepada umum.

Diakenababe:
Banyak la nak buat cerita rekaan tu…nak tuduh macam-macam le tu….


Pada saat banyak persoalan berkaitan dengan kejadian tersebut tidak berjawab, kita dikejutkan dengan pendedahan bagaimana IPTA-IPTA seluruh negara atas seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat sebarang pembabitan pelajar universiti awam di dalam kempen menyokong parti pembangkang di dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap. Yang lebih mengejutkan, jawatankuasa tersebut khabarnya dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Profesor Dato Dr Mohd Wahid Shamsuddin, individu yang sepatutnya bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan para pelajarnya di UKM!
Terbongkarnya sekali lagi komplot kotor dan jahat IPTA-KPT-UMNO/BN ini semacam menemukan kita dengan jawapan terhadap persoalan bagaimana longgarnya kawalan keselamatan di UKM. Bukan rahsia lagi sejak beberapa kali Pilihanraya kecil dan juga Pilihanraya Umum 2004, KPT dan pentadbir IPTA telah menubuhkan jawatankuasa yang sama dengan meronda di sekitar kawasan pilihanraya untuk menangkap para pelajar yang terlibat berkempen membantu parti pembangkang. Yang peliknya sekiranya pelajar terlibat membantu BN, tiada tindakan dikenakan sedangkan ianya juga melanggar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Sudah tentulah jawatankuasa tersebut dibiayai dengan jutaan ringgit dana lumayan oleh KPT dan IPTA-IPTA sendiri yang diambil dari wang cukai rakyat dan yuran pelajar dan semestinya turut melibatkan unit keselamatan IPTA-IPTA. Malang sekali pelajar yang merasakan keselamatan mereka terjamin dan terkawal di kampus, rupanya diabaikan oleh kerana IPTA-IPTA lebih berminat untuk mengawal pembabitan pelajar dengan pembangkang. Sedangkan jika benar sekali pun para pelajar terlibat dengan kempen pilihanraya, samada di pihak BN atau BA, mereka terjamin keselamatan dari dirogol atau diculik.

Diakenababe:
Apasal Nik Aziz tak letak jawatan bila wanita Kelantan kena rogol?

Dewan Pemuda PAS merasa amat kesal dengan apa yang berlaku dan mendesak supaya jawatankuasa tersebut dibubarkan serta merta dan peruntukan dana awam serta tenaga yang dihabiskan membantu BN tersebut seharusnya ditumpukan untuk memperbaiki kawalan keselamatan di kampus. Pembabitan KPT dan IPTA dalam politik sudah semakin dalam dan begitu melampau. Menteri Pengajian Tinggi dan seluruh Naib-Naib Canselor IPTA mesti tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Diakenababe:
Ek eleh….PAS tak de peluang atau mungkin kurang pengaruh maka Kerajaan/BN disalahkan.


Dan bagi Timbalan Naib Canselor HEP UKM, oleh kerana beliau lebih berminat untuk ‘melindungi keselamatan’ Barisan Nasional daripada mempedulikan keselamatan dan nyawa pelajarnya sendiri, maka pilihan yang ada pada beliau ialah supaya meletakkan jawatan dan menjadi pekerja UMNO/BN sepenuh masa.
Abdullah ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Pemuda PAS Pusat dan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), Sesi 2001-2002

Diakenababe:
Engkau dulu kena buang universiti tak? Biasasiswa terima tak? Bukan semua duit cukai yang digunakan untuk perbelanjaan negara, kerajaan buat perniagaan juga seperti menjual minyak mentah dan kelapa sawit. Ada gak yang tak pernah bayar cukai tapi bila cakap asyik ungkit “taxpayer” tak habis-habis.

No comments: