23 February 2007

Mursyidul Am ajak rakyat Melaka hayati Islam sepenuhnya

MELAKA, 21 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat rakyat negeri ini kembali kepada Islam sepenuhnya dan menolak fahaman nasionalis, komunis dan sosialis yang cenderung kepada sekularisme.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan umat Islam di negeri Hang Tuah itu bahawa, hanya dengan mengamalkan Islam sepenuhnya sebagai 'way of life' masa depan umat Islam akan terjamin.

Komen: Jangan pandang rendah tahap keislaman orang lain, hanya Allah yang dapat menilanya. Orang Islam sejati tidak akan mengkafirkan orang Islam yang lain. Kerana Islam “way of life” le pelbagai system diusahakan KERAJAAN Malaysia , bertunjangkan UMNO , berlandaskan Islam. Kalau tidak Pok Nik dok guna sistem Perbankan dan Insuran konvensional sampai sekarang, apa yang Pok Nik buat di kelantan selain Balai Islam. Hudud pun tak mampu dilaksanakan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran bangunan Kompleks PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ) bertempat di Dataran HAMAS dekat sini, 18 Februari yang lalu.

Komen: Kerja dia rasmi bangunan je, yang lain tak tahu.

Pada majlis yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, pimpinan PAS negeri dan kawasan, Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di negeri tersebut,bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan.

"Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh tauladan terbaik dan Nabi akhir zaman yang dihalau dari kota Mekah oleh kaumnya kerana bercakap benar, mengajak kaumnya meninggalkan amalan jahiliah dan mengabdikan diri kepada Allah.

"Begitulah PAS yang mengingatkan dan mengajak agar kembali kepada Islam tetapi mendapat tentangan hebat dari Umno, pertentangan ini akan berterusan sehingga ke akhir zaman," katanya.

Komen: Jangan memfitnah UMNO Pok Nik, berdosa! Kalau dah dasar tak betul sapa nak sokong. Mempergunakan agama untuk kuasa dan kepentingan diri tu berdosa Pok Nik.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara pertama dilakukan ketika mula memerintah ialah mengeluarkan semua wang kerajaan negeri dari bank yang mengamalkan 'riba' dan akhirnya mereka terpaksa membuka kaunter perbankan Islam.

Komen: Tiga penggal perintah Kelantan sebuah syarikat kewangan Islam yang kecil pun tak mampu ditubuhkan , cakap berdegar-degar. Jangankan Perbankan Islam, credit and Islamic leasing company pun tak mampu.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Ustaz Abdul Ghani menempelak pemimpin Umno yang bercakap mengenai projek yang 'dialibabakan', pada hal merekalah sebenarnya pengkhianat yang merompak hak rakyat.

Komen: Banyak Exco Pas Kelantan yang ‘alibaba’ projek balak di Kelantan. Siapa makan cili dia terasa pedasnya.

"Demi pembangunan orang Melayu terpinggir, peniaga dihalau serta hak mereka dinafikan contohnya kedai Mara di tebing sungai Melaka telah dirobohkan dan dijadikan tempat meletak kereta, ini menyebabkan para peniaga Melayu itu merempat mencari tempat perniagaan yang baru," katanya.

Komen: Jangan bohong , tempat baru disediakan. Di Pasir Mas tu Takiyuddin sedang memeras wang rakyat dengan menggunakan sewa elektrik yang tinggi kepada peniaga di pasar tu apa.

Takiyuddin cukup hebat dengan Harrier putih beliau, keluar makan dengan sorang gadis dan pemuda lelaki Melayu bercakap loghat Kelantan di sebuah restoren di segambut, KL. Si gadis bertubuh gempal memakai baju lengan pendek dan berbaju t singat sehingga menampakkan seluar dalam apabila duduk di kerusi. Apabila berdiri pula, pusatnya hampir terkeluar.Tak mampukah beliau berdakwah dengan kelomppok kecil sedemikian? UMNO jugakah yang bersalah, sedangkan beliau makan semeja dengan pemimpin PA.

Bagi kepimpinan PAS Kawasan Jasin pula, mereka amat bersyukur walaupun hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat, tetapi orang ramai yang membanjiri dataran tidak berganjak demi untuk menjayakan majlis perasmian bangunan yang bakal menjadi mercu tanda kesinambungan PAS di negeri Melaka.

Pembangunan KOMPAJ diilhamkan seiring dengan tuntutan dan cabaran dakwah dan politik masakini dengan hasrat pimpinan pusat agar organisasi PAS mempertingkatkan mutu keupayaan khususnya dari aspek prasarana.

Sebelum ini Markaz PAS kawasan hanya mempunyai sebuah bangunan mengandungi pejabat, surau dan bilik mesyuarat yang tidak dapat menampung lagi keperluan PAS kawasan yang semakin berkembang pesat.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Jasin, Abdul Karim Kassim, KOMPAJ yang bakal dibina akan menempatkan satu dewan serbaguna, surau, pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat dan dijangka dapat melancarkan lagi pelbagai aktiviti dalaman parti seperti seminar,kursus serta sukan.

Sehubungan dengan itu Abdul Karim menyatakan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Skim Lot Wakaf KOMPAJ yang bernilai RM 10 sekaki persegi bolehlah menghubungi Bendahari PAS Kawasan Jasin, Suhaimi Harun di talian 013-6208858. - mr

Komen: Pastikan duit sampai ke matlamat, jangan sampai teraniaya seperti keluarga mangsa MEMALI di Baling, Kedah. Ahli keluarga dipergunakan untuk menentang kerajaan dan dipergunakan untuk meraih simpati masyarakat demi memenuhi kantung parti. Duit haram, sebab tu tak pernah berjaya mentadbir negara.


Read more!

Kalau PM berani, tetapkan tarikh pilihan raya

Oleh Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 21 Februari (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Awang mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menetapkan tarikh pilihan raya umum ke 12 sebagaimana yang diamalkan di negara maju.

Komen: Negara maju tu baik sangatkah? Setakat Demokrasi je berkesan tapi zalim serata dunia buat apa? Penindasan dan prejudis ke atas umat Islam serata dunia, engkau setuju jugak ke? Apasal nak sangat beliau umumkan tarikh pilihanraya? Perasan boleh menang? Jangan bertandding la. BOIKOT lah…SPR di kelantan tu penipu…banyak pengundi hantu!!!

Berucap sempena 'Bulan Penerangan' peringkat Negeri Pulau Pinang Ahad lepas berkata, cara lama yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan cara kuno yang tidak sepatutnya diamalkan oleh sebuah negara yang sedang rancak membangun.

Komen: Kuno-kuno pun PAS memerintah Kelantan jugak!!!

"Perdana Menteri kena tetap tarikh pilihanraya umum kepada semua rakyat agar mereka merasai kebebasan yang telus bukan merahsiakan seperti kaedah kuno, " jelasnya.

Tegas beliau, lagipun Perdana Menteri berjanji mahu mengubah persepsi rakyat bahawa cara pemerintahannya berlainan dengan pendekatan yang dilakukan oleh pemimpin sebelumnya.

Komen: Dengan kepimpinan lama pun PAS perintah Kelantan 3 penggal jugak!!

Menurut beliau, beberapa pendekatan baru seperti memperkasakan beberapa institusi dalam negara, seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kononnya kelihatan telus sehingga melakukan beberapa tangkapan orang kenamaan, tetapi ia masih di tahap rendah dan perlu di pertingkatkan.

"Isu Eric Chia dan Kasitah Gadam boleh diterima sebagai pendekatan telus kerajaan tangani rasuah tetapi masih tidak memadai dan perlu ada penerusan usaha ekoran banyak lagi nama-nama hitam yang tidak ditahan, " ujarnya.

Ustaz Ahmad berkata, isu Permit Impot (AP), rumah mewah Zakaria Deros, pembalakan haram, skandal pemimpin tertinggi atau yang melibatkan wang PPRT dan sebagainya harus ditangani segera agar nama negara dibersihkan dari indek rasuah.

Komen: Yes! Yes! Pembalakan haram di Kelantan dan Terengganu di abwah pemerintahan PAS terutamanya. Sampai keruh la air tasik kenyir akibat dek pembalakan haram tu.

Katanya, jalan terbaik ialah PM mesti memberikan tarikh pilihanraya untuk membuktikan beliau bersungguh mahu melakukan perubahan.

"Sudahlah Malaysia jatuh dari tangga ke 29 ke 34 indek rasuah, sikap kepimpinan yang mengabaikan tanggungjawab rakyat dengan mementingkan kroni juga harus dihukum, " katanya.

Komen: PAS pun kroni jugak! Alibaba jugak. Sudahlah Tanya Nik Aziz dan Hadi Awang., siapa kroni Hadi di Terengganu sampai keadaan PAS Terengganu tegang suatu masa dulu, apa pun sampai kalah dalam pilihanraya umumlah dek kerana berebut balak.

Sebelum itu, Ketua Penerangan PAS tersebut bersama Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir, Ketua Penerangan PAS Negeri, Omar Hasan dan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Zahar Zainul mengadakan lawatan ke beberapa lokasi seperti di Balik Pulau, Jelutong dan Nibung Tebal.

Beliau menyaksi sendiri bagaimana pembangunan yang tidak seimbang sepertimana yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri lalu ketika mengadakan lawatan ke Tanjung To Kong dan Balik Pulau.

Manakala di Jelutong beliau dibawa melawat beberapa lokasi pembinaan rumah berharga tinggi yang tidak mampu dimiliki oleh golongan bumiputra.

Komen: Yang Pas di Kelantan tu , apa yang dapat dia buat untuk rakyatnya? Rumah PPRT pun tak mampu berikan kepada rakyat.

Di Nibung Tebal pula beliau mengadakan dialog dengan kepimpinan dan masyarakat sekitar tentang pendekatan parti melalui bulan penerangan serta mengenal pasti masalah rakyat yang telah lama menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Komen : Negeri yang tiada persaingan dengan bangsa lain pun tak mampu maju sepenuhnya tanpa bantuan kerajaan Pusat. Ada hati nak adakan dailog dan penerangan serta mengenalpasti masalah rakyat yang menyokong BN. Kesian aku dengar. Bak kata perpatah, ibu ketam mengajar anaknya berjalan.


Read more!

22 February 2007

Surat Untuk Datuk Kadir

Datuk Kadir yang saya hormati, saya sudah membaca bermacam-macam komen yang Datuk buat mengenai pentadbiran Pak Lah. Syabas kerana komen itu tajam-tajam belaka.

Bagi saya komen mengenai RMK9 ini adalah yang paling panjang (saya ulang yang paling panjang, bukan yang paling baik). Saya sedih membaca apa yang diberitahu oleh Datuk melalui komen-komen itu.

TETAPI saya lebih sedih kerana Datuk juga, yang pernah mendapat habuan daripada Rancangan Malaysia yang lepas-lepas (mungkin RMK9 ini tak sempat kot), tidak berterima kasih kepada kerajaan yang sudah memberikan Datuk kemewahan dan kesenangan yang dikecapi sekarang.

Datuk boleh bantailah Pak Lah kiri dan kanan, Datuk boleh pujilah melangit mantan Perdana Menteri, Datuk boleh kondemlah orang-orang yang tidak sebulu dan sehaluan dengan Datuk sebab seperti kata Datuk dalam posting yang lepas: "mata pena lebih tajam dari pedang".

Mungkin Datuk lupa, kerana beberapa adjustment dalam belanjawan rancangan-rancangan yang lepas, Datuk jadi seorang Melayu yang berjaya sekarang.

Mungkin Datuk nak berkongsi dengan orang ramai dalam blog Datuk, berapa harga kereta BMW 7 series atau BMW 5 series yang Datuk pakai sekarang, berapa harga tanah lot banglo yang Datuk beli di Tropicana sekarang (untuk isteri pertama), berapa pula harga tanah lot banglo di Equine Park yang Datuk beli untuk isteri kedua, berapa pula harga tanah-tanah lot banglo lain yang Datuk miliki, saham-saham yang Datuk dapat masa bekerja dengan Realmild di bawah Anwar Ibrahim dan ketika bersahabat karib dengan Nazri Abdullah (orang kanan Anwar), percutian Datuk ke luar negeri, dll yang mungkin ramai pembaca blog tidak ketahui.

Kepada pembaca blog, Datuk dilihat sebagai pembetul kesalahan, kononnya hendak membetulkan kesalahan, tetapi ramai orang tahu sejarah Datuk di NST, keintiman Datuk dengan Puan Z (sekarang Datin Z) sebelum bergelar isteri dan sebagainya. Harap komen saya ini di siarkan, sekiranya Datuk betul-betul seorang gentleman!

Takbir Allahu Akbar


Read more!

16 February 2007

Aku Bosan Dengan Toyol Ruhanie!

Posted on Tuesday, February 06 @ 01:10:54 CST by reformis

Rakyat jelata selama ini menerima gambaran bahawa Datuk Seri Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU ke-12 kerana beliau dalam tempoh edah yang dikenakan oleh mahkamah. Soalnya di sini, bagaimanakah kalau ada sesuatu kejutan? Bagaimanakah kalau tiba-tiba sahaja Datuk Seri Anwar menerima pengampunan diraja?

Oleh Ruhanie Ahmad

Mesej kedua yang saya terima daripada ‘toyol’ pada penghujung Disember 2006 adalah mengenai Pilihan Raya Umum (PRU). Saya peram maklumat ini sekian lama kerana adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam yang berakhir pada Ahad 28 Januari 2007.Dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ tersebut mengatakan PRU ke-12 dijangka diadakan pada Mei 2007. Tetapi, dalam mesejnya pada akhir Disember 2006, ‘toyol’ itu mengatakan PRU berkenaan mungkin diadakan pada Julai 2007. Begini bunyinya sms berkod mengenai PRU daripada ‘toyol” tersebut: Siap sedia. Lagu Raya Julai. Carta sama macam ttc yang dulu.

Komen: Apahal engkau kecoh pasal DSAI sejak akhir-akhir ni, engkau memang la pengikut setia dia suatu masa dulu, tapi masih jadi ahli UMNO kan? Kalau DSAI tu idola engkau masuk je KeAdilan takpayah nak jadi musang berbulu ayam. Toyol Code tak habis-habis….eleh….penipu besar!!! Aku tahu engkau nak sangat jatuhkan DS Najib dan berharap DSAI masuk UMNO dan jadi TPM. Porrrahhhh! Asyik-asyik provoke DSAi masuk UMNO. Tak payah kenenlah…orang UMNO totok memang meluat dengan DSAI, kecuali species musang berbulu ayam. Kalau engkau masih YB pasti engkau sokong Presiden parti habis-habisan. Dengan harapan dengan kemasukan DSAI dalam UMNO engkau boleh jadi YB semula. Mimpi!!

Berdasarkan kod yang telah kita pecahkan pada Oktober 2006, perkataan Lagu Raya bermaksud Pilihan Raya. Jadi, maksud mesej di atas ialah: Siap sedia, PRU k-12 dijangka diadakan pada bulan Julai 2007. Senarai calonnya berasaskan ciri-ciri yang telah dihuraikan dalam The Toyol Code siri 2006.


Read more!

Ezam Letak Jawatan, PKR Nak Rebah

Ezam tak senang dengan gelagat beberapa pemimpin PKR peringkat pusat yang ‘kehilangan fokus, berfikiran sempit, pentingkan diri sendiri dan hanya mahu dekat dengan Anwar Ibrahim.’

Bekas ketua angkatan muda PKR itu bertegas meletakkan jawatan di peringkat negeri dan menyatakan tindakannya itu muktamad dan tiada siapa dalam PKR boleh ‘membeli’ dan ‘memancing’nya untuk kembali memegang jawatan dalam parti sama ada peringkat negeri mahupun pusat.

Keputusan nekad dan muktamad itu dikaitkan juga dengan perbalahan antaranya dengan Mohd Azmin Ali serta desas desus kempen pencalonan Anwar Ibrahim sebagai Presiden dalam mesyuarat agong ke-4 PKR penghujung Mei ini serta penolakan idea melantik Naib PKR di kalangan pemuka Parti Rakyat.

Satu demi satu ‘pemuka’ bani ‘adil keluar parti dan menyertai NGO. Terdahulu Chandra Muzaffar yang kini Presiden JUST ( International Movement for a Just World). Kemudian, disebabkan rasa tidak puast hati, Hamdan Tahar, Zainur Zakaria, Johari Abdul dan Marina Yusoff letak jawatan dan keluar daripada parti.

Benarlah, ada puak dalam parti. Dalam parti mana sekalipun, sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Kerana politik adalah berkaitan pakatan. Dan apabila ada orang mahukan sesuatu pertandingan itu bersih, adakah mereka maksudkan seseorang calon itu bersikap menyendiri dan tidak tergolong dalam mana-mana puak? Ini yang berlaku kepada Ezam.

Jika seseorang askar ke medan perang macam Lone Ranger, dialah yang akan mati kecundang dulu. Dan Ezam sertai NGO kerana tak mahu mati lebih awal. Dah tak ada siapa yang boleh jadi ‘gu’.

Dah tak sebulu mana boleh jadi ‘gu.’ Lu Lu Gua Gua Lah.


Read more!

Pas membazirkan peluang keemasan

Oleh True Muslim

Pas masih keliru mengenai asal usul banyak perkara yang mereka anggap sebahagian daripada budaya Arab tetapi sebenarnya berasal daripada budaya yahudi dan Kitab Bible. Contohnya Nasharudin Mat Isa selalu memakai kopiah putihnya. Kopiah putih adalah ciptaan budaya dan agama Yahudi yang disebut ‘kippah’ dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Perkataan kopiah (atau kepiah di negeri Kedah) diambil daripada perkataan Yahudi ‘kippah’ ini.

Rujukan : http://library.thinkquest.org/C004351F/skull_cap.htm Ustaz Hadi pula dengan gaya jubah dan serban kelihatan seperti Arab ciplak yang telah sesat di hutan belantara tanah Melayu. Jubah dan serban sebagai pakaian orang alim (paderi atau imam) diambil daripada ajaran Kitab Bible juga, seperti berikut :

Kitab Bible, Exodus (Keluaran) Bab 28 : 3 – 4 :28 : 3–4 -

“Haruslah engkau mengatakan kepada semua orang yang ahli, yang telah Kupenuhi dengan roh keahlian, membuat pakaian Harun, untuk menguduskan dia, supaya dipegangnya jabatan imam (paderi) bagi-Ku. Inilah pakaian yang harus dibuat mereka: tutup dada, baju efod, jubah (gamis), kemeja yang ada raginya, serban dan ikat pinggang. Demikianlah mereka harus membuat pakaian kudus bagi Harun, abangmu, dan bagi anak-anaknya, supaya ia memegang jabatan imam (paderi) bagi-Ku.”

Rujuk : http://bibledbdata.org/onlinebibles/indonesian_tb/02_028.htm
Maka amalan memakai jubah (baju gamis) dan serban oleh Ustaz Hadi untuk menonjolkan beliau seorang ‘ulamak’ adalah mengikut ajaran Kitab Bible juga.

Jelas bahawa Pas perbesarkan perkara remeh yang sebenarnya termaktub dalam Kitab Bible dan tidak menjadi ajaran Al Quran, kitab agung bagi orang Islam. Begitu juga sekarang Pas perbesarkan isu remeh Valentine’s Day sebagai boleh menjejaskan akidah. Oleh kerana barisan pimpinan Pas dihuni kaum totok dan bukan daripada kaum terpelajar maka Pas tidak mempunyai pilihan melainkan memperjuangkan perkara remeh yang sebenarnya datang daripada Kitab Bible.

Kita tidak perlu khuatir sangat mengenai Valentine’s Day – ia cuma hiburan sahaja bagi orang muda dan Perdana Menteri yang sedang bercinta. Tetapi apakah maksud akidah? Perkataan ‘al akidah’ pun tidak terjumpa dalam Al Quran. Perkataan ‘al aqadat’ di Surah Nisaa ayat 33 merujuk kepada ‘perjanjian’ atau akad. Begitu juga ‘aqadtum’ di Surah al Maidah, ayat 89 dan Surah An Nahl, ayat 91 merujuk kepada ‘sumpah janji’. Perkataan ‘uqdah’ di Surah Baqarah, ayat 235 merujuk kepada akad atau perjanjian kahwin.

Selain daripada kalimah seperti ini, langsung tidak terjumpa perkataan ‘al akidah’ dalam Al Quran yang membawa pengertian ‘kepercayaan manusia’. Sekali lagi maksud perkataan akidah yang merujuk kepada ‘kepercayaan agama’ adalah konsep yahudi Ibrani (Hebrew) yang dipetik daripada Kitab Bible Ibrani (Hebrew Bible). Contohnya sila rujuk Kitab Bible, Genesis atau ‘Kejadian’ bab 22 ayat 9 yang menceritakan mengenai kisah Nabi Ibrahim hendak serahkan anaknya Ishak sebagai korban.

“Sampailah mereka ke tempat yang dikatakan Allah kepadanya. Lalu Abraham mendirikan mezbah di situ, disusunnyalah kayu, diikatnya Ishak, anaknya itu, dan diletakkannya di mezbah itu, di atas kayu api” – Kitab Bible, Genesis (Kejadian) 22:9

Rujukan : http://www.einjil.com/

Kitab Bible bahasa Ibrani (Hebrew) merujuk peristiwa ini sebagai Nabi Ibrahim ‘mengakidahkan’ atau mengikat anaknya Ishak kepada kepercayaannya. (Aqedah: the Hebrew word for ‘binding’, and the common designation for Genesis 22:1 – 19 in which God tests Abraham by commanding that he sacrifice his s on Isaac. Abraham “binds” or ‘aqedah’ Isaac in verse 9. Refer Oxford Companion to the Bible, pg 43).

Begitu juga perjuangan Pas menegakkan tudung atau hijab untuk wanita juga dipetik daripada Kitab Bible. Memakai tudung bukan ajaran Al Quran. Inilah buktinya daripada Kitab Bible :

“Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.” - 1 Korintus 11:5

‘Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.’ - 1 Korintus 11:6

“Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?” - 1 Korintus 11:13

Maka terlalu banyak perkara yang dipentingkan oleh Pas sebenarnya berasal daripada Kitab Bible atau daripada peradaban kristian orang Barat dan bukannya ajaran Islam.

Satu lagi contoh ialah cadangan Husam Musa Timbalan Menteri Besar Kelantan supaya kita menggunakan matawang dinar emas. Idea ini sebenarnya telah dipelopori oleh Tun Dr Mahathir dari awal lagi tetapi Dr Mahathir lebih focus kepada penggunaan emas sebagai asas untuk menetapkan nilai matawang. Pas perlu faham bahawa seperti juga jubah, kepiah, tudung dan konsep akidah, ‘dinar’ pun adalah ciptaan barat dan Rom. Perkataan dinar berasal daripada perkataan bahasa Rom ‘denarius’ yang telah digunakan selepas tahun 211 Sebelum Masihi (atau 211 BC) di empayar Rom. Perkataan Italy dan Sepanyol denaro dan perkataan Portugis ‘dinheiro’ semuanya berasal daripada perkataan Latin ‘denarius’ ini (http://en.wikipedia.org/wiki/Denarius). Jadi dinar itu bukanlah matawang Islam. Tidak ada benda yang boleh dikenali sebagai matawang Islam seperti juga tidak ada benda yang boleh dikenali sebagai kerusi Islam atau kasut Islam.

Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat pula melambangkan kaum totok Melayu ia itu pengundi simple di kampong, pengundi yang tidak cukup bersekolah dan kaki surau yang suka dengar doa bahasa Arab tanpa memahami apa pun. Malang sekali ramai penyokong Pas termasuk dalam kategori ini.

Tetapi Pas mempunyai dua orang jaguh yang berkaliber dan berpotensi yang boleh dianggap ‘miles apart’ atau jauh berbeza daripada pemimpin Pas yang lain. Dato Husam Musa, Timbalan Menteri Besar Kelantan mempunyai intelek yang tajam dan seorang lagi adalah Dr Dzulkifli Ahmad, Pengarah, Pusat Penyelidekan Strategic PAS yang fasih berbahasa Inggeris dan mempunyai kebolehan memahami dan menganalisa isu yang rumit. Jika kedua pemimpin berwibawa ini diberi peluang menerajui pimpinan Pas, sudah tentu parti itu akan mengalami satu lonjakan besar sewaktu pilihan raya.

Seluruh dunia faham bahawa Kitab Bible tidak diterima pakai lagi oleh majority orang kristian terutama sekali orang Barat. Orang Eropah sebulat suara setuju bahawa Kitab Bible adalah sebuah kitab yang lapuk yang telah mengakibatkan kemunduran Zaman Kegelapan Eropah atau European Dark Ages. Jadi apabila Pas pula cuba memperjuangkan konsep konsep remeh seperti tudung, serban, jubah, akidah dan sebagainya yang berasal dari Kitab Bible itu, maka sudah tentu Pas juga akan menjadi mundur dan terkebelakang. Ini bukan perjuangan Islam. Sebab itu perjuangan Pas akan selalu gagal dan selalu kelihatan remeh atau ‘silly’ pada pandangan majority.

Banyak lagi keghairahan Pas yang dianggap sebagai budaya Arab sebenarnya adalah warisan Kitab Bible. Hukum hudud merejam penzina sampai mati juga adalah diambil dari Kitab Bible dan bukannya ajaran Al Quran. Sila lihat sendiri

Kitab Bible, Deuteronomy 22:22 - “Apabila seseorang kedapatan tidur dengan seorang perempuan yang bersuami, maka haruslah keduanya dibunuh mati: laki-laki yang telah tidur dengan perempuan itu dan perempuan itu juga. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari antara orang Israel”.

Kitab Bible, Deuteronomy 22:23 – 24 - “Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan--jika seorang laki-laki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia, maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu rejam dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu”.

Ajaran ini semuanya diambil daripada Kitab Bible dan bukan dari Al Quran. Orang kristian Barat pernah ditimpa dengan bala ‘Zaman Kegelapan’ atau Dark Ages of Europe kerana mereka telah pelopori kepercayaan Bible yang palsu ini. Itulah bala kemurkaan Allah. Sudah tentu Pas akan ditimpa kemurkaan Allah yang sama jika Pas juga menganut kepercayaan Kitab Bible yang aneh ini.

Pemimpin Pas akan menjawab bahawa kepercayaan Pas seperti rejam manusia dengan batu sampai mati, ‘hukum’ hudud, tudung, akidah dan sebagainya adalah ajaran daripada ‘hadith israiliyah’ yang berunsur ajaran Nabi Musa dan sebagainya. Kepercayaan ini adalah tidak benar sama sekali atas sebab yang berikut :

Surah 42:52 - “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”

Maka sebelum turunnya Al Quran, Nabi kita tidak tahu apakah itu Al Kitab pun. Maka Nabi tidak boleh tahu Kitab Bible atau ‘hadith israeliyah’ yang berasaskan Kitab Bible itu. Dan dengan lebih jelas lagi, Nabi kita telah memberi amaran kepada kita mengenai Kitab Bible dan sebagainya. Sila lihat sendiri :

Surah 3:100 - “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman.”

Nescaya, jika kita mengikuti sebahagian dari orang yang diberi Kitab, mereka akan menyesatkan kita menjadi orang kafir. Kitab yang dimaksudkan di sini termasuk Kitab Bible yang memang sudah wujud semasa zaman Nabi. Jika kita mengikuti Kitab Bible kita akan menjadi orang kafir.

Malangnya dalam keghairahan mereka untuk menganut Kitab Bible, Pas lupa budaya dan tradisi Melayu juga. Ini juga satu sebab besar kenapa Pas kalah di peti undi. Pas menonjolkan amalan ‘kosmetik’ saja yang tidak dapat menarik minat akal yang bijak. Orang Melayu bukan benci Pas tetapi Pas cuba mengumpan mereka dengan perkara remeh yang tidak berguna. Dan perkara remeh ini tidak tersebut dalam Al Quran tetapi dipetik daripada Kitab Bible. Inilah masalah besar bukan saja bagi Pas tetapi bagi semua parti politik berteraskan agama di seluruh pelusuk dunia Islam. Pas dan orang yang sebulu dengan mereka sudah menjadi mangsa komplot yahudi yang sangat besar – mereka telah kembali menjadi penganut Kitab Bible.

Inilah buktinya

Surah Baqarah ayat 120 - “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan ini datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Ini adalah satu amaran besar daripada Rasul dan Nabi kita. Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berhenti-henti untuk mengembalikan kita kepada agama mereka yang sesat. Agama mereka yang sesat itu tersirat dalam Kitab Bible. Jelas sekali bahawa setelah zaman Nabi, orang Yahudi dan Nasrani memang telah berjaya memalingkan umat Islam daripada ‘petunjuk Allah (Al Quran) kepada Kitab Bible. Inilah yang menjadi pegangan Pas pada hari ini. Inilah pegangan yang menimbulkan begitu banyak masalah bagi umat Islam sedunia.

Sekarang kita menjawab pertanyaan apakah peluang keemasan yang Pas akan membazirkan itu? Pilihan raya Umum sudah pasti akan tiba tidak lama lagi. Buat kali pertama dalam tempoh lebih 35 tahun, parti pembangkang mempunyai peluang keemasan untuk menang banyak kerusi Parlimen dan DUN. Ini adalah kerana populariti kerajaan Barisan Nasional sedang menjunam dan akan terus menjunam.

Menurut pungutan banci terbaru oleh Merdeka Centre, 32% pengundi Melayu akan sokong pembangkang pada pilihan raya akan datang. 10% lagi belum membuat keputusan. Ini bermaksud 42% pengundi Melayu berpotensi mengundi pembangkang. Bagi pengundi Cina pula 60% akan mengundi pembangkang dan 18% belum tentu lagi. 33% pengundi India akan mengundi pembangkang dan 13% belum tentu lagi. Secara keseluruhan 42% pengundi Malaysia akan mengundi pembangkang manakala 13% belum membuat keputusan. Maksudnya hampir 55% pengundi berpotensi menyokong pembangkang. Ini adalah satu peluang besar bagi pembangkang.

Penulis sendiri telah menyokong dan mengundi BN sejak kecil dan juga menjadi ahli UMNO tetapi kali ini penulis akan membuat pilihan yang waras.

Perdana Menteri yang lesu, barisan pimpinan lesu, isu rasuah dan menelan duit rakyat tanpa had dan perilaku peribadi Perdana Menteri yang memalukan rakyat Malaysia serta serangan bertubi-tubi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuatkan rakyat Malaysia sedar dan semakin ‘fed-up’ dengan kerajaan Abdullah Badawi. Jalan yang paling mudah bagi UMNO dan Barisan Nasional untuk menangkis semua masalah ini ialah meminta Perdana Menteri mengundurkan diri. Tetapi malang sekali jalan yang mudah ini (the easy solution) tidak akan berlaku. Maka parti BN akan mengalami cabaran rumit dalam pilihan raya umum yang menjelang tiba.

Tetapi siapakah di antara parti pembangkang yang akan untung besar? DAP, Keadilan atau Pas? Ramai orang yang telah berpaling daripada BN berkata mereka akan mengundi DAP atau Keadilan. Paling sikit sekali yang akan menyokong Pas. Keadilan dan DAP dilihat sebagai parti moden yang menonjolkan nilai-nilai yang boleh diterima pakai oleh pengundi termasuk orang Melayu. Pas pula masih menegakkan perjuangan kartun tudung, akidah, Valentine’s Day, serban, jubah, dinar Islam dan sebagainya yang tidak relevan bukan saja bagi rakyat Malaysia tetapi juga bagi penduduk dunia. Jika Pas tidak mengubah pendiriannya dan tidak meninggalkan falsafah totok yang diciplak daripada Kitab Bible, sudah tentu Pas akan melepaskan peluang keemasan yang bakal menjelma. Ianya akan menjadi satu ‘wasted opportunity’. DAP dan Keadilan yang akan meraih keuntungan besar.

Pas perlu singkirkan perjuangan ‘hukum’ hudud, tudung bagi wanita, isu-isu akidah, syariat dan sebagainya yang tidak terjumpa sedikit pun dalam Quran tetapi hanya dijumpai dalam Kitab Bible.

Kalau Pas tidak mahu mengubah qiblatnya untuk selama-lamanya, sekurang-kurangnya Pas boleh mengumumkan keputusan untuk menangguhkan falsafah agamanya untuk satu tempoh singkat seperti sepuluh tahun atau dua puluh tahun akan datang – atas alasan bahawa lebih penting bagi Pas meyakinkan kaum bukan Islam dan juga orang Melayu bahawa Pas akur pendapat majoriti dalam negara kita. Dengan alasan seperti ini maka Pas akan bebas menawarkan falsafah baru yang menegakkan ‘nilai-nilai baik’ yang berteraskan Islam seperti kepimpinan yang jujur, kebebasan bersuara, kebebasan beragama untuk semua orang termasuk orang Islam, kebebasan hak individu, pembangunan ekonomi yang pesat, peluang ekonomi bagi semua rakyat Malaysia, mengatasi masalah pencemaran alam, memperkukuhkan system pendidikan kebangsaan dwi bahasa (Melayu dan Inggeris), hak pengguna, hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dua penggal dan banyak lagi perkara baik seperti ini yang berteraskan Islam.

Jika Pas boleh membuat perubahan yang mudah dan baik seperti ini sudah tentu majoriti besar rakyat Malaysia daripada semua kaum akan mengundi Pas. Jika Pas enggan membuat perubahan ini dan masih berdegil dengan menegakkan ajaran Kitab Bible saja, bukan saja Pas akan gagal di peti undi tetapi Pas akan menjemput bala kemurkaan Allah. Satu nasib yang cukup malang.


Read more!

Ezam: Keputusan saya muktamad

Oleh FATHI ARIS OMAR

Bekas ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ezam Mohd Noor tetap bertegas meletakkan jawatan di peringkat negeri dan bahagian seperti yang diura-urakan sekarang.

Ezam berkata surat peletakkan jawatannya, bertarikh 11 Feb, telah dihantar kepada ketua perhubungan Selangor negeri itu Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Terpulang kepada Tan Sri untuk memaklumkan kepada PKR pusat," katanya kepada mStar Online tadi, apabila diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin PKR yang menafikan berita tentang perkara itu.

Semalam naib presiden PKR Mohd Azmin Ali dan ketua penerangan Tian Chua menafikan perkembangan terbaru itu kerana mereka tidak dimaklumkan secara rasmi.

Ezam berkata beliau tidak memaklumkan kepada pemimpin pusat PKR kerana jawatan-jawatannya hanya di peringkat negeri.

Terbaru, Khalid sewaktu bercakap kepada The Star hari ini berkata: "Kalaupun ada, saya akan memanggil mesyuarat perhubungan negeri untuk mempertimbangkan perkara ini."

Ditanya tentang penafian Khalid itu, Ezam berkata: "Mungkin beliau belum baca atau belum menerima surat itu. Saya hantar melalui seseorang, saya sendiri tidak berjumpanya."

Komen: Tu la Ezam, habis madu sepah dibuang, dulu hang kerja setengah mati membela DSAI, la ni dia diam seribu bahasa . Pujuk hang jauh sekali. Keluar je dari parti yang TIDAK Adil tu. Depa ni semua nak himpit DSAI je, bukan nak buat kerja. Lagipun parti tu takde masa depan. Cakap berdolak dalik. Semua tak ngaku….nak tutup kelemahan parti le tu.

Disoal kemungkinan peletakkan jawatannya ditolak atau wujud rundingan agar beliau kembali aktif dalam parti, Ezam berkata: "Kali ini keputusan saya sudah muktamad."

Komen: Baguih la tu buang masa hang saja.

Tambahnya, beliau kini lebih menumpukan kerja dalam Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), sebuah NGO yang ditubuhkannya dan dilancarkan pada 2005.
"Saya rasa peranan saya lebih berkesan melalui Gerak. Lebih-lebih lagi sekarang banyak isu rasuah dalam kerajaan," katanya.

Komen: Dulu masa DSAI jadi TPM takde rasuah ka?

Awat bila dia keluar baru nak bising, dulu dia tak nampak ka? Atau dia rabun? Hang dulu pun kerja gomen kan? Hang buat apa? Tak nasihat Boss suruh siasat ka? Oh ya, masyuk jugak kot, tak pa la yang tu hang jawab pada diri sendiri la.

Ezam juga berkata beliau tidak senang gelagat beberapa pemimpin peringkat pusat yang didakwanya "kehilangan fokus, berfikiran sempit, pentingkan diri sendiri dan hanya mahu dekat dengan (penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Komen: Memang depa la ni nak himpit DSAI, untung-untung kalau DSAI berjaya masuk UMNO semula depa nak tumpang sekaki, sebab DSAI pun tak yakin boleh jadi pemerintah tanpa UMNO.

Beliau bagaimanapun enggan menyebutkan nama individu tertentu atau mengesahkan perselisihannya dengan Azmin seperti yang diuar-uarkan dalam parti tersebut.

"Kritik saya ini, dan ini bukan baru, untuk kebanyakan pemimpin dalam Majlis Pimpinan Tertinggi," katanya.

Komen: Kalau hang yang banyak jasa pun depa tak dengar, tak tau nak cakap apa lagi. Patut la Chandra Muzaffar keluar parti awal-awal lagi. Memang parti tak boleh diharap!! Wahai orang-orang kampung…dengarlah seruan ku keluarlah dari parti Keadilan yang tidak pernah Adil itu ….belajarlah daripada keperitan Ezam Mohd Noor.


Read more!

Serangan Dan Tuduhan Melulu Bloggers Tempatan Terhadap Pak Lah Tidak Mampu Pengaruhi Keyakinan Pelabur Kesatuan Eropah (EU)

Oleh Fadzil Abd Rashid

KUALA LUMPUR: Serangan dan tuduhan melulu bloggers tempatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya tidak mampu mempengaruhi keyakinan Kesatuan Eropah (EU) yang terus meningkatkan pelaburan terus (FDI) ke negara ini sejak awal Januari lalu.

Penganalisis ekonomi Eropah, Prof Sir Dr Edward Norton memberitahu UMNO-Online, Jumaat, keyakinan pelabur-pelabur EU yang kebanyakannya dari firma multinasional pangkalan hadapan terhadap iklim pelaburan di Malaysia tidak pernah berubah malah semakin meningkat ekoran keupayaan Bank Negara (BNM) membuat pengukuhan aliran kewangan domestik yang efektif.

Beliau berkata, firma multinasional terkemuka dari Jerman seperti Siemens-Nixdorf, Maersk Sealand (Denmark) dan beberapa firma elektronik dan pembuatan utama dari Belgium, Perancis, Switzerland, Norway, Sweden, Sepanyol dan Britain terus berlumba-lumba meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia.

“Memang benar, berita mengenai kritikan politik tempatan terhadap kepimpinan Malaysia kami ketahui melalui internet namun bagi firma-firma terbabit ia tidak lebih sekadar percaturan politik luaran dalam agenda domestik politik Malaysia semata-mata.

“Ini bukan perkara baru kerana sebagai contoh kepimpinan kerajaan Jerman, Britain, Sepanyol malah Switzerland juga pernah dikritik malah ia terus berlaku oleh mereka yang ada kepentingan tertentu namun bagi firma multinasional seperti yang saya sebut tadi, ia tidak berupaya menjejas persepsi positif berasaskan kepentingan strategik perdagangan antarabangsa.

“Bukan Perdana Menteri anda sahaja dikritik malah Presiden Perancis, Jacques Chirac juga kerap dikritik melalui internet namun ia tidak pernah menjejas ekonomi dan kestabilan politik Perancis,” katanya melalui jaringan internet dari ibu pejabat beliau di Brussels, Belgium.

Beliau seterusnya mengesahkan bahawa EU kini sedang berusaha menjadi pelabur utama di Malaysia selepas sekian lama berada di anak tangga kedua selepas Amerika Syarikat (AS) dalam aktiviti pelaburan sektor perindustrian utama.

“EU kini sedang berusaha menjadi pelabur utama menyaingi AS yang kini masih menjadi rakan dagang utama Malaysia, kestabilan politik Malaysia dan insentif pelaburan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri nyata sangat menarik usahawan EU,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Rafidah Aziz mengesahkan bahawa EU menunjukkan kecenderungan meningkatkan FDI mereka di negara ini atas beberapa faktor.

Katanya, antaranya adalah disebabkan oleh kestabilan politik tempatan yang ditunjangi UMNO dan pakatan parti politik dalam Barisan Nasional (BN) selain faktor ketenteraman awam yang terus menjadi aset pelaburan di negara ini.

“Tuduhan melulu dan serangan bermotif politik tidak menjejas persepsi pelabur asing ke negara ini dan kita mestilah berusaha keras mempertahankankan pencapaian ini,” tambah beliau.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengakui ekonomi Malaysia menunjukkan tanda-tanda positif untuk lebih kukuh dengan nilai dagangan melebihi paras RM1 trilion dan kenaikan nilai ringgit mencecah RM3.50 bagi setiap AS$1 dan beberapa hari sebelumnya, BSKL ditutup tinggi mencecah 1,200 mata adalah petanda sangat positif.

Jumlah dagangan sebanyak RM1.069 trilion pada tahun 2006, meliputi eksport negara bernilai RM588.949 bilion dan nilai import bernilai RM480.493 bilion dengan lebihan dagangan sebanyak RM108.456 (18.5 peratus).

Selain itu, negara juga mencatatkan lebihan dagangan selama 110 bulan berturut-turut. Yang lebih penting bagi kerajaan sekarang ialah cuba untuk mengekal dan meningkatkan lagi lebihan dalam imbangan dagangan.

Ini kerana, jika berlaku defisit dalam imbangan pembayaran, lebihan dagangan sudah tentulah secara langsung akan dapat mengecilkan defisit tersebut. Imbangan pembayaran meliputi akaun semasa (eksport dan import), akaun modal dan akaun rizab rasmi. UMNO-Online difahamkan oleh sumber-sumber kewangan domestik, dalam keadaan nilai ringgit Malaysia yang meningkat, ia dijangka memberi kesan positif kepada lebihan dalam akaun modal.

Sehubungan itu, dalam keadaan akaun semasa mencatatkan lebihan, tumpuan pembuat dasar juga harus diberi untuk meningkatkan lagi aliran masuk modal ke dalam negara yang matlamat akhirnya ke arah lebihan (surplus) imbangan pembayaran Malaysia.

Peningkatan nilai ringgit Malaysia akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara melalui peningkatan lebihan dalam akaun semasa dan akaun modal. Bagaimanapun, dengan peningkatan nilai ringgit, jika akaun nilai rizab rasmi yang diukur dalam dolar Amerika, nilainya dijangka berkurangan yang seterusnya akan memberi kesan langsung kepada jumlah imbangan pembayaran.

Peningkatan nilai ringgit Malaysia juga bermaksud, harga barang-barang eksport meningkat manakala harga barang-barang import menjadi murah secara relatifnya.

Dalam keadaan ini, firma harus bersedia menghadapi persaingan global terutamanya dalam produk-produk yang dikeluarkan dari negara-negara ASEAN, terutamanya produk China dan Vietnam, yang harganya lebih murah.

Dalam keadaan sekarang, peningkatan nilai ringgit Malaysia dijangka memberi kelebihan kepada firma-firma besar dan multinasional yang telah beroperasi lebih cekap (skil-optimum) berbanding firma-firma kecil, termasuk industri kecil dan sederhana (IKS). Tumpuan harus diberi kepada peningkatan kecekapan, produktiviti, teknologi dan melalui ekonomi supaya kos seunit keluaran (produk) dapat dikurangkan.

Kerajaan dalam masa yang sama, harus meningkat lagi aspek-aspek penyelidikan dan pembangunan termasuk sumber manusia dan cuba mengurang kos-kos pentadbiran, pengurusan dan kos masa untuk firma memulakan atau mengembangkan perniagaan. Selain itu, era kini dan akan datang tumpuan persaingan bukanlah dari segi harga tetapi kualiti dan skil-ekonomi.

Pendekatan ini harus digunakan sepenuhnya dalam memenuhi komitmen Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), termasuk Skim Tarif Keutamaan Seragam Berkesan ASEAN (Common Preferential Effective Tarriff) mulai tahun 2005 dan hanya boleh ditangguh (kelonggaran) sehingga 2010.

Tarif perdagangan intra-ASEAN akan dikurangkan dari kosong hingga lima peratus sahaja. Selain itu semua sekatan bukan tarif (non-tariff barriers) seperti kuota, subsidi, lesen import dan sebagainya juga akan dihapuskan. Persaingan, bukanlah dari segi harga lagi.

Firma terutamanya dalam industri makanan, harus menggunakan kesempatan dalam keadaan harga barang import yang murah dengan meningkatkan lagi input-input pengeluaran yang diimport. Ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran.

Pengalaman pahit krisis ekonomi pada tahun 1997 harus dibayar semula. Contoh, kejatuhan nilai ringgit ketika itu ialah betapa meningkatnya kos pengeluaran ayam antara 80 hingga 85 peratus. Ia membabitkan kenaikan harga anak ayam daripada 60 sen hingga 70 sen kepada RM1.10 seekor. Harga bahan makanan utama seperti jagung dan kacang soya yang kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat, China dan Argentina dan harga bahan-bahan ubatan seperti vitamin mineral dan antibiotik.

Keadaan masa itu telah meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya akan mendesak harga makanan untuk terus meningkat. Dalam keadaan sekarang, apabila nilai ringgit Malaysia telah kembali pulih, firma dan penggunanya harus mendapat manfaat daripada perkembangan positif tersebut dan bukan sebaliknya. (Petikan dari www.UMNO-Online.com)


Read more!

14 February 2007

Seorang lagi pemimpin PKR jadi sasaran

Seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat – Timbalan Setiausaha Agung, Dr Xavier Jeyakumar – menjadi sasaran apabila rumahnya dibaling dengan botol kaca berisi cat putih.

Beliau terjaga pada kira-kira jam 1.30 pagi apabila terdengar bunyi kaca pecah di rumahnya di Taman Klang Jaya. Ketika itu dia juga terdengar bunyi anjingnya menyalak dan bunyi motosikal beredar dari situ.

Apabila membuka pintu depan rumahnya, Xavier menemui botol kaca berisi cat putih yang dibaling dari luar pagar dan mengenai dinding tempat letak kereta di rumahnya.

Lantai dan dinding tempat letak kereta, pintu depan, kereta Toyota dan Volvo dan dua ekor anjingnya terkena percikan cat tersebut.

Selain daripada pecahan kaca, tidak ada kerosakan lain yang berlaku. Xavier menganggarkan kira-kira RM1,000 diperlukan untuk membersihkan tempat letak kereta serta membersihkan cat yang terkena pada keretanya itu.

“Keluarga saya masih terperanjat dengan kejadian tersebut. Ia tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini,” katanya.

Bermotif politik?

Xavier berkata, akvititinya dalam parti, yang membabitkan isu-isu mengenai pembangunan dan untuk pihak-pihak tertentu, mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Komen: Mungkin kerana pergolakan dalaman parti KeAdilan itu sendiri. Berita terkini, Ezam nak keluar parti. Pasti ada yang tak kena. Kalau musuh politik daripada parti lain , kenapa baru sekarang, padahal engkau dah lama menyusahkan orang lain.

“Nasib baik cat putih dan bukan warna merah atau warna lain yang mungkin memberi mesej yang lain,” katanya.

Komen: Warna merah tu warna Along.

Pada 19 Januari lalu, Naib Presiden, Azmin Ali diserang di depan rumahnya di Ampang Jaya oleh empat lelaki yang bersenjatakan parang dan batang besi.

Mereka memaksanya menyerahkan telefon bimbitnya dan wang tunai RM2,000.

Komen: Khabarnya Azmin dah berlaga angin dengan Ezam lagi, kenapa ya?

Seperti juga Azmin, Xavier berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga bermotifkan politik. Balai polis Klang, yang menerima panggilan Xavier, telah mengambil kenyataan di rumahnya. Berita asal


Read more!

SPR perlu berubah sebelum rakyat hilang sabar

KUALA TERENGGANU, 12 Feb (Hrkh) – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar segera memperbaiki kelemahannya.

Katanya, SPR perlu melakukan sesuatu perubahan yang lebih adil, telus dan menyeluruh sebelum rakyat hilang kesabaran.

“SPR mesti buat perubahan sebelum rakyat hilang ‘mood’ kesabaran untuk baiki kelemahan sistem yang diamalkan selama ini,” tegasnya ketika berucap pada suatu majlis di Kampung Pulau Kambing, Khamis lalu.

Komen: Betul tu….banyak penipuan yang dibuat untuk memastikan kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu. Suka hati je tukar tempat mengundi. Cukup ramai pengundi hantu di sana.

Katanya, PAS serta Barisan Alternatif (BA) masih lagi sedia mendukung sistem demokrasi yang diamalkan tetapi bukan demokrasi ‘tempang’.

“Kita akan boikot hingga SPR buat perubahan dan diperbaiki kelemahan sistem yang diamalkan oleh SPR selama ini,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Justeru itu, katanya PAS masih lagi membuat kerja-kerja daftar pemilih kerana parti itu mendokong sistem demokrasi di negara ini.

Menurutnya lagi, jawatan pada hari ini bukan lagi menjadi suatu amanah tetapi ‘rebutan’ di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat.

“Hari ini jawatan bukan lagi suatu amanah tapi jadi rebutan untuk mereka mencari kekayaan sebab itu, mereka sanggup langgar peraturan dan undang-undang hanya kerana mahu merebut jawatan-jawatan tertentu,” ujarnya.

Selain itu, katanya pemerintahan negeri ini perlu dikembalikan semula kepada PAS melalui sistem pilihan raya yang adil, telus pada masa akan datang. - mks.


Read more!

Ezam dilantik penasihat antarabangsa...pe citenye!!!

Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Mohamad Ezam Mohd Nor telah dilantik sebagai Jawatankuasa Penasihat Antarabangsa, di The May 18 Memorial Foundation sebuah pertubuhan demokrasi di Korea.

KOMEN: Setakat pertubuhan demokrasi di Korea tu apa la sangat? Ahli Parimen pun boleh gaduh , baling-baling kerusi dalam Parlimen.

Pengerusi Gerak itu telah dijemput untuk mesyuarat pertama selaku anggota penasihat antarabangsa bagi badan yang berpusat di Gwangju, Korea itu pada 7 hingga 9 Febuari lalu.
Selain itu Gerak turut dinamakan sebagai pengkalan kepada aktiviti yayasan tersebut di Asia Tenggara, kata Koordinator Gerak, Badrul Hisham Shaharin kepada Harakahdaily hari ini .

"Pelantikan Ezam sebagai panel penasihat merupakan pengiktirafan yang amat bernilai kepada Gerak" kata Badrul Hisham.

KOMEN: Ek eleh….pengiktirafan, yang Ezam meraung-raung minta dilantik tu apa?

"Walaupun sebagai organisasi baru namum usaha serius yang oleh semua warga kerja Gerak yang diterajui Ezam telah mula diberikan perhatian bukan sahaja di peringkat tempatan namun oleh beberapa organisasi di peringkat antarabangsa.

Sementara pada pertengahan Mac ini pula Ezam akan berada di Scotland atas jemputan Amnesty International bagi meneruskan perjuangan demokrasi melalui gerakan antarabangsa, tambah Badrul lagi.

Komen: Suruh bertanding dalam pilihanraya tak mau, BOIKOT konon…yang Wan Azizah menipu semasa pilihanraya umum 2004 lalu di Permatang Pauh tu apa? DEMOKRASI konon!!!

Bukan dijemput tapi dia ssendiri yang register nak hadir Amesty International tu….Ezam hang tolong cakap kat Bapak angkat hang si Bush dan Blair tu hentikan penganiayaan terhadap umat Islam di Iraq dan Afghanistan tu.

Sebagai menghormati Ezam sebagai keluarga baru panel penasihat antarabangsanya, yayasan tersebut turut mengadakan majlis ringkas melancarkan buku terbaru terbitan Gerak, "Freedom of Information in Malaysia' pada 8 Februari di salah sebuah restoran terkemuka di Gwangju, katanya.

Komen: Cari populariti le tu, Bad ni pulak dapat komisyen kalau buku tu laku.

Terdahulu sebelum ini buku yang sama yang mengulas isu sekatan terhadap kebebasan maklumat di Malaysia yang sering terhalang dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) telah dilancarkan di hadapan Balai Polis Bukit Aman oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Buku itu ditulis Ezam bersama seorang peguam muda, Fadha Nur Ahmad Kamar yang juga bekas pemidato terhebat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Komen: Orang lain lagi hebat berpidato. Pidato kosong dan penuh fitnah buat apa.

Pelancaran di hadapan Bukit Aman itu bersempena dengan tindakan Bukit Aman memanggil empat aktivis Protes antaranya, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Bendahari KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Ahli Majlis Tertinggi DAP, Ronnie Liu.

Komen: Kalau aku tak sanggup nak minum semeja dengan orang DAP kerana Karpal Singh pernah kata “Langkah mayat saya sebelum mengisytihar Malaysia sebuah negara Islam”. Macamana la si Dr Hatta ni sanggup bersekongkol dengan golongan yang macam tu …Ronnie Liu tu bukan ka dari DAP? Dasar depa tetap sama.

The May 18 Memorial Foundation merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan hasil dari wang pampasan yang dibayar oleh kerajaan Korea kepada pejuang kebangkitan rakyat yang dizalimi oleh ditaktor suatu ketika dahulu di Korea.

Komen: Kalau Malaysia tak demokrasi , DS Wan Azizah tak boleh bertanding dalam pilihanraya pun…macam-macam usaha boleh dibuat untuk menyekat…ini tidak…menang dengan penipuan lagi gitu…

Kini yayasan tersebut selain dari menjaga kebajikan waris pejuang demokrasi di Korea , ia juga menumpukan usaha memperkasakan demokrasi di seluruh Asia. - mks.

Komen: Kalau Malaysia tak demokrasi, hang ni Bad dah lama kena lepuk…


Read more!