Seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat – Timbalan Setiausaha Agung, Dr Xavier Jeyakumar – menjadi sasaran apabila rumahnya dibaling dengan botol kaca berisi cat putih.
Beliau terjaga pada kira-kira jam 1.30 pagi apabila terdengar bunyi kaca pecah di rumahnya di Taman Klang Jaya. Ketika itu dia juga terdengar bunyi anjingnya menyalak dan bunyi motosikal beredar dari situ.
Apabila membuka pintu depan rumahnya, Xavier menemui botol kaca berisi cat putih yang dibaling dari luar pagar dan mengenai dinding tempat letak kereta di rumahnya.
Lantai dan dinding tempat letak kereta, pintu depan, kereta Toyota dan Volvo dan dua ekor anjingnya terkena percikan cat tersebut.
Selain daripada pecahan kaca, tidak ada kerosakan lain yang berlaku. Xavier menganggarkan kira-kira RM1,000 diperlukan untuk membersihkan tempat letak kereta serta membersihkan cat yang terkena pada keretanya itu.
“Keluarga saya masih terperanjat dengan kejadian tersebut. Ia tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini,” katanya.
Bermotif politik?
Xavier berkata, akvititinya dalam parti, yang membabitkan isu-isu mengenai pembangunan dan untuk pihak-pihak tertentu, mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak.
Komen: Mungkin kerana pergolakan dalaman parti KeAdilan itu sendiri. Berita terkini, Ezam nak keluar parti. Pasti ada yang tak kena. Kalau musuh politik daripada parti lain , kenapa baru sekarang, padahal engkau dah lama menyusahkan orang lain.
“Nasib baik cat putih dan bukan warna merah atau warna lain yang mungkin memberi mesej yang lain,” katanya.
Komen: Warna merah tu warna Along.
Pada 19 Januari lalu, Naib Presiden, Azmin Ali diserang di depan rumahnya di Ampang Jaya oleh empat lelaki yang bersenjatakan parang dan batang besi.
Mereka memaksanya menyerahkan telefon bimbitnya dan wang tunai RM2,000.
Komen: Khabarnya Azmin dah berlaga angin dengan Ezam lagi, kenapa ya?
Seperti juga Azmin, Xavier berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga bermotifkan politik. Balai polis Klang, yang menerima panggilan Xavier, telah mengambil kenyataan di rumahnya. Berita asal
3 comments:
alah...memang patut pun parti keadilan tu kena serang...dan bab-bab org yang keluar parti tu memang biasalah. Lagilah ADIL tu sendiri tak ADIL. Kalau tidak takkan lah Chandra Muzaffar tu awal-awal tarik diri. Dan sekarang ni pulak Ezam nak kuar... Petunjuk paling penting, orang perlu sedar apa matlamat sebenar KEADILAN...takat nak bebaskan Nuar tu...dah bebas pun, nak kan kuasa...ingat boleh dapat free ke...kalau berani mari berdepan dengan cicakman dulu!!!!
baru kena lempar dengan cat, apalah sangat.........
..berumah di tepi pantai, pastilah sanggup terima risiko dilambung ombak...dan lagi ancaman yang lebih hebat..tsunami ma...
Post a Comment