Oleh Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 21 Februari (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Awang mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menetapkan tarikh pilihan raya umum ke 12 sebagaimana yang diamalkan di negara maju.
Komen: Negara maju tu baik sangatkah? Setakat Demokrasi je berkesan tapi zalim serata dunia buat apa? Penindasan dan prejudis ke atas umat Islam serata dunia, engkau setuju jugak ke? Apasal nak sangat beliau umumkan tarikh pilihanraya? Perasan boleh menang? Jangan bertandding la. BOIKOT lah…SPR di kelantan tu penipu…banyak pengundi hantu!!!
Berucap sempena 'Bulan Penerangan' peringkat Negeri Pulau Pinang Ahad lepas berkata, cara lama yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan cara kuno yang tidak sepatutnya diamalkan oleh sebuah negara yang sedang rancak membangun.
Komen: Kuno-kuno pun PAS memerintah Kelantan jugak!!!
"Perdana Menteri kena tetap tarikh pilihanraya umum kepada semua rakyat agar mereka merasai kebebasan yang telus bukan merahsiakan seperti kaedah kuno, " jelasnya.
Tegas beliau, lagipun Perdana Menteri berjanji mahu mengubah persepsi rakyat bahawa cara pemerintahannya berlainan dengan pendekatan yang dilakukan oleh pemimpin sebelumnya.
Komen: Dengan kepimpinan lama pun PAS perintah Kelantan 3 penggal jugak!!
Menurut beliau, beberapa pendekatan baru seperti memperkasakan beberapa institusi dalam negara, seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kononnya kelihatan telus sehingga melakukan beberapa tangkapan orang kenamaan, tetapi ia masih di tahap rendah dan perlu di pertingkatkan.
"Isu Eric Chia dan Kasitah Gadam boleh diterima sebagai pendekatan telus kerajaan tangani rasuah tetapi masih tidak memadai dan perlu ada penerusan usaha ekoran banyak lagi nama-nama hitam yang tidak ditahan, " ujarnya.
Ustaz Ahmad berkata, isu Permit Impot (AP), rumah mewah Zakaria Deros, pembalakan haram, skandal pemimpin tertinggi atau yang melibatkan wang PPRT dan sebagainya harus ditangani segera agar nama negara dibersihkan dari indek rasuah.
Komen: Yes! Yes! Pembalakan haram di Kelantan dan Terengganu di abwah pemerintahan PAS terutamanya. Sampai keruh la air tasik kenyir akibat dek pembalakan haram tu.
Katanya, jalan terbaik ialah PM mesti memberikan tarikh pilihanraya untuk membuktikan beliau bersungguh mahu melakukan perubahan.
"Sudahlah Malaysia jatuh dari tangga ke 29 ke 34 indek rasuah, sikap kepimpinan yang mengabaikan tanggungjawab rakyat dengan mementingkan kroni juga harus dihukum, " katanya.
Komen: PAS pun kroni jugak! Alibaba jugak. Sudahlah Tanya Nik Aziz dan Hadi Awang., siapa kroni Hadi di Terengganu sampai keadaan PAS Terengganu tegang suatu masa dulu, apa pun sampai kalah dalam pilihanraya umumlah dek kerana berebut balak.
Sebelum itu, Ketua Penerangan PAS tersebut bersama Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir, Ketua Penerangan PAS Negeri, Omar Hasan dan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Zahar Zainul mengadakan lawatan ke beberapa lokasi seperti di Balik Pulau, Jelutong dan Nibung Tebal.
Beliau menyaksi sendiri bagaimana pembangunan yang tidak seimbang sepertimana yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri lalu ketika mengadakan lawatan ke Tanjung To Kong dan Balik Pulau.
Manakala di Jelutong beliau dibawa melawat beberapa lokasi pembinaan rumah berharga tinggi yang tidak mampu dimiliki oleh golongan bumiputra.
Komen: Yang Pas di Kelantan tu , apa yang dapat dia buat untuk rakyatnya? Rumah PPRT pun tak mampu berikan kepada rakyat.
Di Nibung Tebal pula beliau mengadakan dialog dengan kepimpinan dan masyarakat sekitar tentang pendekatan parti melalui bulan penerangan serta mengenal pasti masalah rakyat yang telah lama menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN).
Komen : Negeri yang tiada persaingan dengan bangsa lain pun tak mampu maju sepenuhnya tanpa bantuan kerajaan Pusat. Ada hati nak adakan dailog dan penerangan serta mengenalpasti masalah rakyat yang menyokong BN. Kesian aku dengar. Bak kata perpatah, ibu ketam mengajar anaknya berjalan.
23 February 2007
Kalau PM berani, tetapkan tarikh pilihan raya
at 11:00 AM Posted by obeng_sulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment