14 February 2007

SPR perlu berubah sebelum rakyat hilang sabar

KUALA TERENGGANU, 12 Feb (Hrkh) – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar segera memperbaiki kelemahannya.

Katanya, SPR perlu melakukan sesuatu perubahan yang lebih adil, telus dan menyeluruh sebelum rakyat hilang kesabaran.

“SPR mesti buat perubahan sebelum rakyat hilang ‘mood’ kesabaran untuk baiki kelemahan sistem yang diamalkan selama ini,” tegasnya ketika berucap pada suatu majlis di Kampung Pulau Kambing, Khamis lalu.

Komen: Betul tu….banyak penipuan yang dibuat untuk memastikan kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu. Suka hati je tukar tempat mengundi. Cukup ramai pengundi hantu di sana.

Katanya, PAS serta Barisan Alternatif (BA) masih lagi sedia mendukung sistem demokrasi yang diamalkan tetapi bukan demokrasi ‘tempang’.

“Kita akan boikot hingga SPR buat perubahan dan diperbaiki kelemahan sistem yang diamalkan oleh SPR selama ini,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Justeru itu, katanya PAS masih lagi membuat kerja-kerja daftar pemilih kerana parti itu mendokong sistem demokrasi di negara ini.

Menurutnya lagi, jawatan pada hari ini bukan lagi menjadi suatu amanah tetapi ‘rebutan’ di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat.

“Hari ini jawatan bukan lagi suatu amanah tapi jadi rebutan untuk mereka mencari kekayaan sebab itu, mereka sanggup langgar peraturan dan undang-undang hanya kerana mahu merebut jawatan-jawatan tertentu,” ujarnya.

Selain itu, katanya pemerintahan negeri ini perlu dikembalikan semula kepada PAS melalui sistem pilihan raya yang adil, telus pada masa akan datang. - mks.

2 comments:

siakapsenohong said...

alah...memang patut pun parti keadilan tu kena serang...dan bab-bab org yang keluar parti tu memang biasalah. Lagilah ADIL tu sendiri tak ADIL. Kalau tidak takkan lah Chandra Muzaffar tu awal-awal tarik diri. Dan sekarang ni pulak Ezam nak kuar... Petunjuk paling penting, orang perlu sedar apa matlamat sebenar KEADILAN...takat nak bebaskan Nuar tu...dah bebas pun, nak kan kuasa...ingat boleh dapat free ke...kalau berani mari berdepan dulu!!!!

spongegoat said...

next general election, BN menang mudah bebs... sbb pembangkang boikot... mudah-mudahan...