Posted on Tuesday, February 06 @ 01:10:54 CST by reformis
Rakyat jelata selama ini menerima gambaran bahawa Datuk Seri Anwar tidak boleh bertanding dalam PRU ke-12 kerana beliau dalam tempoh edah yang dikenakan oleh mahkamah. Soalnya di sini, bagaimanakah kalau ada sesuatu kejutan? Bagaimanakah kalau tiba-tiba sahaja Datuk Seri Anwar menerima pengampunan diraja?
Oleh Ruhanie Ahmad
Mesej kedua yang saya terima daripada ‘toyol’ pada penghujung Disember 2006 adalah mengenai Pilihan Raya Umum (PRU). Saya peram maklumat ini sekian lama kerana adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam yang berakhir pada Ahad 28 Januari 2007.Dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ tersebut mengatakan PRU ke-12 dijangka diadakan pada Mei 2007. Tetapi, dalam mesejnya pada akhir Disember 2006, ‘toyol’ itu mengatakan PRU berkenaan mungkin diadakan pada Julai 2007. Begini bunyinya sms berkod mengenai PRU daripada ‘toyol” tersebut: Siap sedia. Lagu Raya Julai. Carta sama macam ttc yang dulu.
Komen: Apahal engkau kecoh pasal DSAI sejak akhir-akhir ni, engkau memang la pengikut setia dia suatu masa dulu, tapi masih jadi ahli UMNO kan? Kalau DSAI tu idola engkau masuk je KeAdilan takpayah nak jadi musang berbulu ayam. Toyol Code tak habis-habis….eleh….penipu besar!!! Aku tahu engkau nak sangat jatuhkan DS Najib dan berharap DSAI masuk UMNO dan jadi TPM. Porrrahhhh! Asyik-asyik provoke DSAi masuk UMNO. Tak payah kenenlah…orang UMNO totok memang meluat dengan DSAI, kecuali species musang berbulu ayam. Kalau engkau masih YB pasti engkau sokong Presiden parti habis-habisan. Dengan harapan dengan kemasukan DSAI dalam UMNO engkau boleh jadi YB semula. Mimpi!!
Berdasarkan kod yang telah kita pecahkan pada Oktober 2006, perkataan Lagu Raya bermaksud Pilihan Raya. Jadi, maksud mesej di atas ialah: Siap sedia, PRU k-12 dijangka diadakan pada bulan Julai 2007. Senarai calonnya berasaskan ciri-ciri yang telah dihuraikan dalam The Toyol Code siri 2006.
16 February 2007
Aku Bosan Dengan Toyol Ruhanie!
at 5:07 PM Posted by cicakmankampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Terimalah kenyataan bahawa DSAI bersalah, mahkamah dah tetapkan begitu jadi janganlah berharap yg beliau akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sebenarnya memang masih ramai lagi kroni DSAI ni yang dok kat dalam UMNO. Masing-masing cuma musang berbulu ayam. Nak jaga kepentingan politik dan perniagaan je pun, bukannya atas dasar benar-benar ingin memartabatkan bangsa Melayu dan memajukan negara. Masing-masing dok ngampu aje, buat2 la sokong kerajaan sebaliknya di juga yang hentam balik...contoh orginal macam Ruhani Ahmad sendiri kan, dulu masa pegang jawatan...bla..bla..bla bercakap pasal dasar-dasar kerajaan, kerajaan bagus la, ntah hapa2 lagi la tapi sekarang ni bila tak ada jawatan lain pulak...bulu musang dah tertanggal rupanya...
itulah segelintir Melayu mudah lupa..... masa ada jawatan, semua baik... masa xde jawatan, apa yang dibuat oleh orang yg x lantik dia.. semua x baik... pikir2kanlah anak bangsanye survival... kdg2 org yg thp menopouse ni bkn ingat dgn yg muda, fikir tekak dia jeee... kalau mcm ni la Melayu still bertekak/tuduh menuduh sesama sendiri... hancus Melayu akan dtg... apa akan jadi 50 thn akan dtg...
http://www.keadilanrakyat.org/spm/index.php?option=com_content&task=view&id=970&Itemid=31&PHPSESSID=85c22a93c8111ce80cb8be45e07a1d90
Post a Comment